Ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada pilihan raya umum kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam entri terbaru bertajuk 'Asabiah' yang disiar dalam blognya, beliau berkata, demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.
Apa la orang tua dah nak putus oksigen ni merepek, apa ke jadahnya orang nak taksub kepada Tgna secara membabibuta , lu ingat semua orang dunggu dan lu sahaja yang betul, Rata-rata orang kelantan berpendidikan agama, diorang mampu menilai mana yang datang dari Alquran atau mana yang datang dari mulut atau akal pemimpin penipu macam lu beb.
Apa kelayakan Mahathir ni membicarakan tentang 'Asabiah' sedangkan lu sendiri pendokong kuat 'Asabiah', sekarang cuba spin mengatakan orang 'asabiah'. Ini la rupa sebenar Mahathir, manusia yang akan menyerang orang lain walaupun dia sebenarnya yang buat,
Dia ni akan sedayaupaya akan memberikan gambaran bahawa orang lain yang melakukan sesuatu perkara ambil contoh, penderhakaan kepada sultan sedangkan dia sebenarnya penderhaka besar tapi akan dipusingkan supaya nampak kelihatan musuh politiknya yang menderhaka. Ini tektik yang biasa Mahathir gunakan dan telah banyak kali berjaya meperbodohkan orang ramai.
Tektik lapuk situa ni gua rasa semakin hari semakin disedari orang, itu sebabnya rakyat Malaysia dah mula celik, kalau di Johor ni angin perubahan gua lihat bukan main kencang lagi, di kawasan Pasir gudang umno dah mula pupus, di bandaraya Joho baharu juga menunjukan angin yang sama, di Batu pahat pula gua lihat kalau poad Zarkasi masih dicalonkan sebagai ahli parlimen, gua rasa umno boleh ucapkan baye2 kepada batu pahat.
Gua tak payah cerita keadaan di Muar atau Kluang kat sana lagi dahsyat beb anginnya. Kulai pun umno tinggal nyawa2 ikan beb, Ini semua gua tengok hasil dari rakyat mula celik dan mula memahami tektik lapuk umno dalam menipu rakyat. Ok gua malas nak sentuh tentang kepintaran rakyat johor yang semakin celik.
Gua ingin sangat sentuh tentang Uncle seekers yang selama ni gua anjing2 kan supaya diambil tindakan, gua sangkakan drama ni akan menurut skrip rupanya ada perubahan baru bila tiba-tiba uncle ni boleh pulak dituduh jadi mat gian, pelik dari cerita nak siasat bawah akta rahsia rasmi tiba2 sihabib ni jadi mat pit, perhh tak boleh bla beb. Ni siapa punya skrip ni. Naik seram beb gua dengan mainan undang2 politik Malaysia ni. Ngeri beb, kalau la begini mainan undang2 politik di Malaysia, gua amat simpati terhadap generasi yang bakal mendatang.
Apa nak diharap beb, kotor sungguh.
Read more...