Akta baru yang bakal menggantikan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai
ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan
keganasan yang mengancam negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
berlainan dengan ISA, dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka
menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis
kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.
Menurutnya, dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan
dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United
Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di
negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.
''Jadi, jangan sesekali mengajar saya tentang apa yang perlu dilakukan jika anda sendiri gagal melakukannya.
''Terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di
Guantanamo tanpa melalui perbicaraan, jangan bersikap pilih bulu dan
hipokrit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan
bulanan dan sambutan hari inovasi kementeriannya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pihaknya akan tetap menggunakan
ISA untuk menangani aktiviti pengganas sehingga dua akta baru yang
menggantikannya dikuatkuasakan.
Masa HJ najib menistiharkan untuk menghapuskan ISA berbondong2 kutu kaki bodek mengampu menyatakan tindakan yang perihatin oleh kerajaan, sah sekarang rupa2nya semuanya kencing belaka, ISA2 akan mengantikan ISA lama cuma beza nya ditambah baik kan bagi memudahkan kutu2 dalam BN mengekalkan kuasa,
Kalau dulu ISA ada 1 akta, sekarang ni nak dibuat 2 akta beb, yang tak boleh tahan adalah mempunyai persamaaan dan pendekatan Akta patriot beb. Lu orang tahu tak akta patriot tu apa? baca ni
patriot. kalau nak jelas lagi ingat tak tahanan guantanamo macam mana kehidupan dalam kem tahanan tersebut.
sini
Ingat bukan gua yang kata ISA2 sama macam akta Patriot tapi hisham yang kata. jadi buka fikiran
Read more...