“Saya menyokong desakan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin bahawa pakatan pembangkang kini mempunyai dua pilihan saja sama
ada mengemukakan saman terhadap Datuk Shazryl Eskay ataupun menukar
ketua pembangkang demi maruah dan moral mereka.
“Ahli pakatan pembangkang tidak pernah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai ketua umum mereka tetapi hanya dilantik oleh isterinya, Datin
Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR),” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata, jika mereka tidak menerima dua pilihan diberikan itu
bermakna mereka ingin dipimpin individu mempunyai rekod buruk dan
membiarkan ahli pakatan itu termasuk rakyat dalam keadaan tanda tanya
tanpa sebarang penjelasan.
Gua dari siang tadi nak sangat ulas cerita menteri recycle ni, minah ni kalau bukak mulut je mesti ada je cerita bangang yang akan keluar, gua pun kadang2 hairan macam mana dia boleh dapat phd, dulu masa dia belum masuk politik gua respek juga la dia ni tudung lintup sampai bawah dada, tapi semakin lama kain tudung dia ni semakin kecil pulak, atau mungkin salah kedai tudung yang bagi dia tudung kontot sampai boleh nampak bonjol ......
Gua malas lah nak komen pasal penampilan dia ni sebab da jadi trend wanita umprono macam tu, ada yang kuar jambul, ada yang pakai tudung kat bahu je, kadang2 gua tak faham apa yang diorang faham pasai fungsi tudung tu, lantak la diorang, petunjukan fesyen 'muslimah' yang dinaungi bik mama agaknya da berjaya memberi kefahaman tudung bukan nak tutup kepala atau part2 yang menonjol tapi kat bahu atau tutup sikit je kot.
Berbalik pasal cerita minah ni dari mana pulak dia dapat cerita si Anwar ni ada rekod buruk, setahu gua Anwar ni belum ada la pulak didapati bersalah oleh mahkamah pasal salah laku sex, atau lainnya. Yang ada pun sampai masuk penjara sebab hakim gula2 hack kata rasuah gunakan kuasa sebab suruh polis siasat rentetan 50 dalil je.kes liwat 1 dibatal kan sabitan kes oleh mahkamah, Jadi dari mana pulak dia dapat idea Anwar ni ada rekod buruk. kalau nak kira rekod buruk hampir semua pemimpin umprono ada rekod buruk, cuma tutup2.
Minah ni pun lagi banyak rekod buruk, kalau tak masakan kena pancung dengan pengundi baling.Kalau baik sangat kenapa Pak lah gugurkan dia dari jadi calon pilihanraya 2008. Minah ni juga yang kelurkan fatwa diharuskan jadi pelacur kalau terdesak sikit masa dulu.Gua pun heran la mana dia letak ilmu yang dia belajar dahulu bila mengata orang sedangkan benda tak betul apa tak dinamakan fitnah ke? Apa yang minah ni dok meroyan pasal maruah dan moral ni, agaknya ni la yang dikatakan oleh bro Mat Sabu 15 tahun dahulu, kalau tak nak kena tahi jangan la masuk lubang tahi. Atau gua tafsirkan begini, bila da jadi balaci umprono secara sengaja atau tidak sengaja akan bercakap macam umprono juga, hukum Islam tolak tepi sebab tak sesuai dalam masyarakat majmuk.Atau fitnah ke mengumpat ke tolak tepi yang penting dapat jilat umprono.
Read more...