Hari ni gua sebenarnya tak tahu apa yang nak tulis dalam entry, jadi gua merayau ranjau semua blog n facebook, tiada apa yang menarik sangat untuk dikongsi, cuma bila singgah kat blog sahabat ikut suka aku gua agak tertarik dengan cerita Zuridah ni, pasal cerita mempertikaikan najib jadi menteri wanita, weeeii get a life la zuridah, gua bab ni memang menyampah jika ada mp menyebuk benda-benda kecik sedangkan isu2 besar dalam negara ni lebih perlu untuk dibincangkan.
Weeei tak semestinya bila jadi pembangkang semua nak dibangkang la. Banyak isu lain lai hoiii. pergi buat kerja dengan rafizi yang kata nak membongkar kebejatan umno selangor tu, baru ada rasa beb, baru jadi isu nasional beb, kalau isu Najib jadi menteri wanita tu, lantak la dia, dia pun bukan berape lelaki pun.
Satu lagi gua terberenti lama kat blog uncleseekers bukan main sedap dia menghentam sultan kesyangan gua, berlepuk-lepuk la dia bantai, macam dah tak de kebaikan la pula sultan gua ni, tapi gua rasa la apa yang uncle buat tu macam da lebih la beb, agak-agak la kalau nak aibkan orang, nak tegur bukan tak boleh, tapi gua rasa ada batasnya takan la semua nak lu bantai, Sultan juga manusia beb ada hati dan perasaan, kalau buat silap biasa la beb, tapi takan la teruk sangat nak kena bantai.
At least dulu masa Almarhum hidup gua respek juga kat Dia, berapa kali naik mimbar baca khutbah, lu ada? Lagi pun uncle ni pun background dia dari apa yang gua baca bukan comel sangat pun, tak tau la kalau memang dia ni suka buka aib orang, sebelum ni gua tengok bukan main dia belasah bekas permaisuri agong, kesian juga gua kat Puan sri Aishah. mana nak letak muka.
Sekarang bantai kaw-kaw pulak sultan gua, mana nak letak muka sultan gua dipermainkan begitu sekali, tapi gua heran la apasal uncle ni boleh pulak jadi kebal, kalau orang lain mau kedalam beb, apa ilmu dia pakai sampai tak de siapa yang ambil tindakan terhadap dia, tak macam cerita Nizar sikit je tegur dah satu malaya kecoh.
lu orang pergi baca kat entry uncle ni nanti lu akan perasan apa yang gua cakap ni
http://uncleseekers.blogspot.com/
Gua juga heran la mana ngo atau puak yang dulu mengaku taat kepada sultan gua kenapa dok senyap je, atau lu orang saja je nak publisiti, murahan.
Apa pun kepada sultan gua, gua harap akan ada pembelaan. walaupun gua suka kepada pakatan gua juga hormat sultan gua.dan tak semestinya orang-orang pakatan ni bermusuh dengan sultan kerana selama ni pun gua rasa belum ada orang dari pihak pakatan bertindak lancang terhadap sultan, tapi kenyataan biadap dan melampau pernah keluar dari mulut pemimpin umno ada la.
Gua rasa la tahap penderhakan umno ni lebih teruk daripenderhakan jebat, sebab jebat melibatkan seorang sultan sahaja, tapi penderhakan umno melibatkan ramai sultan dan juga keturunannya. kira-kira pada gua penderhakan tahap gaban la ni.
Gua menulis ni kerana gua sayang sultan gua dan gua tidak mahu sultan gua diperkotak katikkan sewenang-wenagnya, kerana pada gua institusi raja ini masih releven untuk jangka masa lama dalam memertabatkan bangsa dan agama.
Read more...