Mari kita lihat sekali imbas kenyataan akhbar yang
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda dan Gerakan Persatuan
Wanita (GPW) Felda:
1.
Menuntut permohonan maaf daripada Pengerusi Felda,
Isa Samad di atas penghinaan beliau terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang
juga Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin semasa program sesi penerangan
di Melang Inn, Kuala Pilah. Permohonan maaf beliau dituntut dalam tempoh 14
hari di 5 buah akhbar utama dan secara terbuka di mana-mana majlis melibatkan
peneroka atau jika enggan, Isa Samad akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. (Sehingga kini, tidak kurang
22,000 rakyat Malaysia menyaksikan kebiadapan Isa Samad melalui video di
Youtube ini http://youtu.be/pMenvftq6Ys )
2.
Mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda,
JKKP dan GPW menolak perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi
Permodalan Felda (KPF) melalui kuasa Menteri Koperasi dan meminta kerajaan
menghormati hak demokrasi pilihan perwakilan KPF dan undang-undang Koperasi
Permodalan Felda.
3.
Menuntut Kerajaan Malaysia atau Felda Global
Ventures supaya menghentikan tindakan memajakkan tanah-tanah Felda diuruskan
Felda Plantation yang didapati merugikan masa hadapan peneroka dan anak-anak.
JKPP dan GPW menuntut supaya Surat Pajakan Tanah di antara Felda dan Felda
Global Ventures diberikan dahulu kepada peguam mereka untuk diteliti atau Felda
Global Ventures bakal menghadapi tindakan injuksi mahkamah
4.
Mengutuk tindakan Seranta Felda mengganggu
peneroka untuk mendapatkan maklumat-maklumat tepat mengenai isu semasa Felda,
penyelewengan Pengarah Seranta Felda dan menuntut Unit Seranta Felda
dibubarkan. Manakala pegawai-pegawai Seranta Felda yang berkebolehan diserapkan
secara tetap ke dalam Felda, bukan berstatus kontrak dulu, kini dan selamanya
5.
Menuntut perletakan jawatan (ayat asal
mengundurkan diri) Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, menuntut
perletakan jawatan Dato Sabri Ahmad sebagai Ketua Eksekutif Felda Global
Venture dan menuntut perletakan jawatan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun
Narrashid sebagai Pengarah Seranta Felda.
kAH KAH kah kah kah Umno makin nazak nampaknya, lubuk kuat pun da mula bocor, dulu felda ni kubu kuat umno, siapa berani masuk felda pas tu naik kan bendera pas mampos, kena pulau atau tka pun kena belasah,
Sekarang ni jangan harap la orang felda da mula buka mata, selama ni kena tipu, kalau tak masakan kat pahang dah ujud kes peneroka saman felda. alamat umno bakal bekubur di felda amat cerah, yang terbaru pulak kes nak swastakan felda. mengamok sakan orang felda.
Sejak perasuah jadi pengerusi felda, orang da mula meluat, dan orang ramai pun da mula faham permainan umno, kenapa kutu yang memang kantoi rasuah oleh umno sendiri ni tiba2 boleh jadi bos besar felda, apa da mabuk ke umno ni.
Read more...