Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diingatkan supaya jangan angkuh dengan keputusan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan ceramah beliau berkaitan peristiwa Bukit Kepong sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana lebih banyak pihak yang akan menyaman pemimpin Pas itu ekoran keceluparannya mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.
La Mat Sabu belum saman pun da ketakutan siap ugut balik pulak, nampak sangat menteri ni kalut dah, tuduh orang angkuh la pulak, apa yang lu takutkan sangat ni nazri, berani buat berani tanggung la. Apa lu takut ke fitnah utusan akan dibongkar kepada rakyat dan juak2 lu semua akan makan semula najis fitnah yang lu lemparkan ke? Dah lebih 15 hari lu semua bergembira dapat memfitnah Mat sabu tak cukup lagi ke, sekarang giliran Mat sabu pulak la membalas serangan.
Lu tengok atas jasa Mat sabu ni angota polis pun dapat kelebihan.
- Lebih 30,000 anggota polis berpangkat lans koperal bakal dinaikkan pangkat kepada koperal secara berperingkat mulai esok. Berita gembira itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam ini selepas mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 16,010 dinaikkan pangkat serta-merta, manakala 14,716 lagi akan dinaikkan kepada koperal secara berperingkat selepas ini.
Hari ini juga baru gua tahu kenaikan pangkat Polis rupanya perlu mendapat kelulusan Perdana Menteri, patut la Polis2 ni beria2 benar menurut telunjuk PM, rupanya PM la bos besar mereka, rupa2nya selama ini rakyat kena bohong la cakap polis badan bebas yang tiada kena mengena dengan kerajaan. Kalau tiada kena mengena dengan kerajaan kenapa ye PM yang bagi kelulusan kenaikan pangkat, dalam ramai2 yang naik pangkat tu berapa orang agaknya ye yang bertugas belasah orang masa perhimpunan Bersih ari tu.
Read more...