ALOR SETAR 28 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar sentiasa memperingati sejarah penubuhan negara kerana kerajaan sejak dahulu lagi telah mengamalkan dasar-dasar toleransi, demokratik dan liberal bagi menjaga kepentingan semua pihak.
“Ini perlu kita ingat, jangan kita menjadi buta sejarah dan jangan kita jadi tidak mengenang budi kerana bangsa yang mulia ialah bangsa mengingati sejarah dan bersikap mengenang budi,” kata Perdana Menteri.
Mari kita belajar sejarah:
Malaysia dan Singapura
Pada
16 September 1963,
British bersetuju untuk menyerahkan
Singapura,
Sabah, dan
Sarawak untuk bergabung dengan
Tanah Melayu supaya
Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu
Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum
Bumiputera.
Keputusan pemisahan
Singapura dari
Malaysia diambil secara perseorangan oleh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di
London pada tahun
1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Siapa kah Tengku Abdul Rahman tiada kaitan dgn barisan nasional ke.
Sejarah 13 mei
Pada tahun 2007, satu buku —
May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen
Kua Kia Soong — telah diterbit oleh
Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai
'coup d'etat' untuk menumbangkan
Tunku Abdul Rahman.
[4]
Dasar Ekonomi baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program
sosioekonomi di
Malaysia yang diperkenalkan pada tahun
1971 oleh Perdana Menteri
Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
- mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
- mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Salah siapa agaknya dasar ini tidak berjaya hingga sekarang walaupun sudah 40tahun dibuat. Siapa agaknya yang gagal.
Operasi lalang
Operasi Lalang atau
Weeding Operation; atau
Ops Lalang dilancarkan pada
27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja
Malaysia /
Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.
Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah
ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen,
The Star dan
Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai (MCA) yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia (?).
April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir muncul sebagai pemenang. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.
Krisis perlembagaan malaysia
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran
Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh
Perlembagaan Malaysia. Pemecatannya oleh
Perdana Menteri Malaysia,
Dr. Mahathir bin Mohamad telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap
kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Setakat ini sahaja pelajaran sejarah kita pada hari ini. kesimpulannya jangan nak kencing rakyat la Najib
Read more...