PUTRAJAYA 30 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian Merdeka Centre yang merumuskan bahawa populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menurun ketika ini tidak perlu diambil serius kerana ia tidak semestinya tepat.
Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri, kajian itu tidak menggambarkan situasi semasa selain tidak jelas bagaimana ia dilakukan terutama dari sudut responden yang dipilih.
Alahai mat sembab ni malu pulak nak mengaku, dalam hati ntah2 riang gumbira, rating najib da turun, gua ada can la jd pm.Tapi yang heran tu kenapa Mat sembab ni yang bagi ullasan pasal rating tu kenapa tak najib sendiri. Tapi dalam strategi politik ni mat sembab memang pakar, dulu masa Pak lah jd pm mat sembab ni diketepikan, mentri senior kena letak jd menteri jaga pokok sawit, mamat ni relex je, tak melawan pun, samapai la ada peluang, habis tegolek Pak lah kena tibai dengan mamat ni dengan bantuan dr m.
Dengan najib ni pun sekarang mamat ni pun relex je pura-pura setia, lepas ni lu tengok la ada je peluang baik, sekali pukul je ko mat mongol, tektik mat sembab ni dari dulu memang licik, masa anwar kena tendang dulu, mat sembab nyorok kat belakang dr m , buat2 tak nampak je, bila mata anwar dah lebam baru lah dia muncul jd wira dr m, mula2 dia tengok je ibrahim ali berkokok sakan. kemudian bila kokok brahim da kendur baru dia pulak berkokok. memang bijak mat sembab ni.
Semalam gua berkumpul kat rumah mak gua, salah seorang dari pakcik gua ni orang kuat bahagian umno, bila cerita pasal politik dia mula la cerita pasal mat sembab ni, cerita ni cerita lama gua pun da lupa bila dia cerita balik gua baru teringat semula nanti dalam entri lain gua ceritakan insyallah. Cerita popular orang johor mat sembab menangis peluk nisan kubur.
Read more...