SHAH ALAM 21 Ogos - UMNO Selangor menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mula menunjukkan bibit-bibit 'tamak kuasa' apabila meminta kerajaan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, permintaan yang dibuat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu tidak sepatutnya dibuat dan ia jelas menunjukkan parti pembangkang mahu mempolitikkan penubuhan jawatankuasa berkenaan.
Apa ke bangang ulasan mamat ni, da jelas la jawatan kuasa tu ditubuhkan bagi tujuan politik supaya parti2 politik lebih telus dalam pilihanraya, apa mamat ni tak tau ke apa tujuan jawatankuasa ni ditubuhkan kalau tak tau sini gua bagitau
“Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan.
“Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini, maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik,” kata najib
lu tak nampak najib pun cakap ianya ada tujuan politik. satu lagi siapa sebenarnya yang tamak kuasa ni bukan BN ke lu tengok sendiri siapa yang akan ujud dalam jawatankuasa ni
Kabinet hari ini memutuskan bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
lima wakil bn beb cuma tiga je pembangkang siapa yang tamak kuasa ni bukan bn ke, apa la lu cakap ni belit2 noh
Read more...