Followers
Friday, July 8
bersih
Tinggal beberapa jam lagi perhimpunan bersih akan berlangsung, rakyat merasa teruja untuk melihat apa yang akan berlaku, disana sini topik utama perbualan adalah berkaitan bersih, di warong-warong, restoran bersih menjadi begitu popular. mengikut pengamatan gua bersih telah mendapat promosi percuma baik dari pihak yang ingin melakukan perhimpunan itu dan yg paling hebat promosi tersebut datangnya dari pihak kerajaan, terimakasih gua ucapkan. Gua merasa hairan pula dgn segala macam halangan, promosi buruk yg sering diwar-warkan, pada mulanya gua sangkakan akan memberi implikasi buruk kepada bersih, rupa-rupa sebaliknya yg berlaku, gua lihat halangan ini telah mengundang simpati org ramai, org ramai mula mengambil tahu apa yg diperjuangkan oleh bersih.
Gua x sangka beberapa org yg dulunya begitu kekar semangat umno nya kini mula kendur dan terang2 melahirkan rasa simpati, org ramai mula memahami sikap berat sebelah pihak berkuasa, tindakan yg dilakukan oleh pihak berkuasa ini sesetengahnya menjadi bahan lawak kepada org ramai.
Yang lebih memranjatkat gua rupa2 nya org melayu masih menebal cintanya kepada sultan, apabila titah sulatan diperlekehkan org ramai mula menjadi marah dan kecewa. merka juga mula membandingkan perbezaan pandangan sultan dgn pemerintah., yang mana satu perlu diikut, merka mula berfikir sultan yg selama ini dikenali sebagai bijak sana mana mungkin akan memberi green light kepada bersih jika perhimpunan tersebut sengaja diadakan untuk menjatuhkan sultan, merka mula mengerti penipuan yg cuba dimainkan pemerintah untuk menutup kelemahan sendiri. Merka mula faham mengapakah penyokong bersih sanggup bersusahpayah, membahayakan diri dan beria-ia benar menyerti bersih.Mereka mula nampak bahawa penyokong bersih ini bejuang bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk generasi akan datang.
Apa yang gua nampak mmg benar lah firman Allah swt: manusia merancang Allah jua merancang, sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik." dan ini yg berlaku walaupun berbagai tomahan dilemparkan kepada bersih rupa-rupanya ia memberi kesan yg besar kepada masyarakat.
Kepada rakan2 n saudara2 yg akan menyertai bersih gua doakan moga kita semua mendapat rahmat Allah dan selamat dari mara bahaya dan percaya la kebenaran akan mengatasi kebatilan. InsyaAllah,