Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, December 25

Tangan ghaib2

Sebelum kita pergi kepada tangan-tangan ghaib di dalam penyenaraian Felda Global ini, adalah elok
kita melihat soalan-soalan yang mengiringi kontroversi paling hebat melanda Felda:

1. Benarkah Isa Samad begitu berkuasa sehingga segala tindak-tanduknya pada masa ini
seolah-olah direstui oleh Najib? Benarkah Isa Samad dan Sabri Ahmad yang menjadi dalang
utama percaturan penyenaraian Felda Global?
2. Kenapa Khairy Jamaludin dan lain-lain musuh politik Isa Samad tidak mengambil kesempatan
membelasah Isa Samad yang menghancurkan keharmonian Felda dan bakal menjejaskan
peti undi Felda?
3. Benarkah pengurusan Felda yang pada masa ini dikenakan tindakan penyingkiran secara
terang-terangan kerana mengkhianati Najib?
4. Kenapa cubaan wakil-wakil pemimpin peneroka Felda berjumpa dengan Najib sekian lama
masih bertemu kegagalan dan suratkepada PM meminta berjumpa akhirnya jatuh kembali
ke tangan Isa Samad? Malah, sesi penerangan pemimpin peneroka kepada peneroka-
peneroka Pahang pada awal kontroversi ini telah dihalang oleh anggota Cawangan Khas
sehingga kemuncaknya apabila Isa Samad menghina Ketua Peneroka Felda Kebangsaan,
barulah kesabaran pemimpin-pemimpin peneroka hilang dan bertindak mengadakan sidang
akhbar. Harapan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah mereka akan dipanggil oleh
Najib setelah tercetusnya kontroversi sidang akhbar tetapi kenapa mereka tidak dipanggil?
Sedangkan apabila Nicol David baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia, beberapa hari
selepas itu Nicol David berpeluang bertemu Najib di pejabatnya tanpa perlu melalui proses
menyiksakan seperti dialami oleh pemimpin-pemimpin peneroka ini. Mengapa diskriminasi?
Siapa yang mengaturkan jadual pertemuan Najib dan menggagalkan pertemuan mereka?
5. Di dalam sidang akhbar oleh pemimpin peneroka secara bersendirian, antara wartawan
yang hadir adalah dari Utusan Malaysia, Bernama selain kehadiran wartawan berita
maya, blogger dan Harakah. Isu yang dibawa besar serta yang bersuara adalah himpunan
pemimpin peneroka Felda dari seluruh negara. Kenapa hanya Harakah dan Malaysia Insider
yang menyiarkannya? Seterusnya pada hari sidang media pengumuman penggabungan
pemimpin peneroka diketuai oleh Pak Sam selaku Ketua Peneroka Kebangsaan dan NGO
GWGF diketuai oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membentuk GEMPAK, hampir 40 media
menghadirkan diri tetapi hanya 1 media utama yang memilih menyiarkan berkenaan
sidang media berkenaan. Kenapa media berterusan memboikot pandangan pemimpin
peneroka ini? Sedangkan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah sah dipilih di peringkat
rancangan Felda lagi sehingga berjaya dipilih di peringkat nasional dan kesemua mereka
adalah ahli aktif dan berjawatan tinggi di bahagian UMNO masing-masing. Siapa yang begitu

berkuasa menghalang penyiaran pandangan pemimpin peneroka yang nyata bercanggah
dengan kenyataan Isa Samad bahawa pemimpin peneroka faham dan menyambut baik
penyenaraian ini? Pandangan ketua peneroka felda kebangsaan dan pemimpin peneroka
dipinggirkan dan media berterusan menyiarkan kenyataan pemimpin katak seperti ruslan
kasim, ezam md nor, zahid mat arip dan zahrain hashim yang memburukkan pengurusan
Felda yang didakwa pengkhianat dan menyeleweng. Siapa yang menyusun kenyataan
pemimpin katak di dalam akhbar dan memberikan mereka ruang menyiarkan pandangan
mereka yang pro Isa?
penyenaraian Felda Global adalah DSAI. Oleh kerana ANAK melalui Mazlan Aliman telah lama
memperjuangkan isu Felda maka beberapa bulan ini, ANAK dibiarkan mencorakkan perjuangannya
berdasarkan apa sahaja maklumat asas yang diterima ANAK dari dalam. Pada awalnya dilihat tidak
ramai wakil rakyat PR yang memahami isu terbaru Felda ini dan mereka menganggap isu ini sekadar
perbalahan majikan dan kakitangan. Sehinggalah kemunculan Pak Sam, Ahli Lembaga Pengarah
Felda yang juga Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan rakan-rakan pemimpin peneroka Felda
mewakili 11 wilayah Felda mengadakan sidang akhbar menuntut perletakan jawatan Isa, barulah
wakil-wakil rakyat PR sedar bahawa kubu BN di Felda telah ditembusi. Kini berbekalkan maklumat
diperolehi dari ANAK, PKR dan Pas giat menambah ahli dan membuka ranting dan cawangan baru
di Felda-Felda seluruh negara.Kejayaan ini memberangsangkan walaupun tanpa campur tangan
pimpinan tertinggi PAS dan PKR yang masih menyimpan peluru isu Felda ini untuk digunakan semasa
pilihanraya.

Di ruang pertempuran maya, blogger anjing besar dikenalpasti adalah pemain utama untuk
menampal maklumat penyenaraian Felda Global di dalam blognya.Di dalam lingkungan rakan-
rakannya adalah Rocky Bru, ABIW dan beberapa lagi.Tidak ramai yang berminat untuk menyambut
ajakan anjing besar untuk menyerang kakitangan kerajaan di dalam Felda serta masing-masing
mengetahui ‘Sebut Harga’ yang anjing besar telah kenakan kepada pengupahnya.“Lu makan sorang,
Lu kerja sorang” adalah moto blogger bebas dalam UMNO. Di atas kritikan dan desakan pengupah
anjing besar yang terkenal sanggup menggigit tangan yang mengupahnya jika tidak dapat apa
dihajati, anjing besar mula mencetus kontroversi dengan menyenaraikan pengurusan Felda sebagai
pengkhianat. Isu ini dipuji oleh tuan barunya dan disambut meriah oleh pimpinan katak bekas PKR
diketuai oleh Zahid Mad Arip, pegawai khas Isa.Kemunculan Pak Sam dan para pemimpin peneroka
yang menentang penyenaraian, penyatuan pemimpin peneroka dan GWGF (TS Rozali Ismail),
serta kejayaan ANAK mendapat sambutan hangat di Felda-Felda akhirnya telah memaksa Jabatan
Perdana Menteri memanggil semua blogger bernaung di bawahnya untuk sama-sama menjawab
isu Felda. Dalam kekaburan maklumat penyenaraian Felda Global, sukar untuk blogger-blogger
UMNO menjelaskan kepada pembaca masing-masing kebaikan penyenaraian Felda Global kecuali
memainkan isu durian runtuh, pembangkang tidak tahu apa-apa dan hanya tahu menentang dan ada
juga turut bernyanyi lagu anjing besar iaitu pengurusan Felda pengkhianat. Tidak ada blogger UMNO
termasuk anjing besar sendiri pun berani menyiarkan gambar sekumpulan pemimpin peneroka
felda setiap wilayah felda yang diiktiraf secara rasmi oleh felda dan kerajaan dimana bilangan tahun
mereka menyertai UMNO sahaja lebih tua daripada kebanyakan umur blogger UMNOdan mereka ini
jelas menolak kepimpinan Isa Samad dan menolak agenda tersembunyi penyenaraian Felda Global.

Seterusnya di siri akhir adalah pendedahan eksklusif, watak utama di belakang penyenaraian Felda

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP