Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) yang mewakili 15,000 pekerja mengancam berpiket sekiranya pemeteraian antara syarikat penerbangan itu dan AirAsia Bhd tidak dihentikan serta-merta.
Presidennya, Alias Aziz, mendakwa di sebalik pembentukan kerjasama itu, kesatuan sekerja difahamkan satu lagi syarikat penerbangan baru akan diwujudkan bertujuan memperluaskan operasi penerbangan.
“MASEU difahamkan nama syarikat penerbangan baru itu ialah Saphire Air..., bukan itu saja malah kira-kira 80 peratus pekerja MAS yang sedia ada sekarang akan dipindahkan untuk bekerja di sana.
“Kita melihat kewujudan Saphire Air secara tidak langsung turut bertujuan untuk melumpuhkan kesatuan sekerja dalam MAS..., mengapa kita perlukan satu lagi syarikat penerbangan yang baru sedangkan kini sudah ada Firefly dan MASwings.
“Saya percaya pemeteraian ini sebenarnya memberi kelebihan kepada AirAsia dan tidak mungkin kami boleh bekerjasama apabila selama ini MAS dilihat sebagai pesaing oleh mereka (AirAsia),” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Kan dulu gua sudah cakap cukong2 kapatalis zalim ni mesti ada agenda kalau tak masakan sanggup bergabung dengan Glc yang da nazak ni, kapatalis ni gua tak heran la memang kerja dia orang nak kaut untung, macam mana dan cara apa yang penting untung.
Tapi yang gua hairan ni adalah kenapa MAS ni selalu sahaja rugi, Pesaing dia sebelum ini boleh pulak untung, Apa selama ini kerajaan selalu ke bagi kepada orang2 yang bodoh untuk menguruskan harta rakyat ni, atau kerajaan sendiri yang bodoh sebab diperbodohkan dengan manusia yang menguruskan MAS ni.
Pada gua la apa pun alasan kata harga minyak naik ke sampai mas rugi menunjukan kerjaan sebenarnya gagal atau lemah dalam mentadbir. weeei harga minyak di kontrol oleh kerjaan la weeiii, apa tak boleh ke buat rundingan antara petronas dengan Glc untuk ujudkan satu makenisma untung2 sesama Glc. kan semua ini boleh dilakukan sebab kerjaan kan taukeh besar kepada Glc2 ni.
Jadi bodoh sangat ke kerajaan ni, lu tengok TNB tenat, harga eletrik yang rakyat bayar bukan murah pun, kenapa YTL power boleh untung gila babi. Sbenarnya apa rahsia perjanjian antara YTL dengan TNB ni ye yang boleh membuatkan poket TNB kering, poket YTL pulak semakin mewah, akhirnya rakyat pula terpaksa menangung beban TNB ni. kalau tak percaya baca ni
sini.
Terbaru ni pulak rakyat sekali lagi bakal menanggung kenaikan kos telefon bimbit, apa cukup mewah ke rakyat Malaysia ni. sampai kos hidup semakin hari semakin tinggi. Dah gila ke kerajaan Gua ni.
Read more...