Pas tidak perjuangkan agama Islam
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pas bukan sebuah parti politik yang dipertanggungjawabkan untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam di negara ini kerana ia adalah tanggungjawab umat Islam di negara ini dengan kepimpinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Bekas Fellow Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, perkara itu telah dinyatakan dalam Perlembagaan Negara dan Perkasa tidak perlu mengiktiraf Pas bagi menjalankan tanggungjawab tersebut.
"Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mahu pertubuhan itu menggantikan Pas dalam memperjuangkan Islam seolah-olah mengiktiraf peranan parti politik tersebut, sedangkan ia banyak membawa kerosakan kepada perpaduan dan kepentingan Islam di negara ini.
"Ini ekoran daripada tindakan Pas yang semakin celaru terutamanya apabila mereka bersekedudukan secara haram dengan parti pembangkang lain yang sehingga hari ini belum menjadi sebuah pakatan rasmi," katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai keputusan Perkasa yang mahu mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun ia bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam telah gagal memperjuangkan cita-cita mahu menubuhkan negara Islam.
gua cilok dari utusexan malaysia nak baca seteerusnya
sini
Al Ostad Ibrahim Ali Al Kataki
ulasan pencacai lain gua tak berminat sebab dah terbiasa atau lebih kurang sama je dengan pencacai lain, kata2 tepi jalan.
gua suka kata2 pencacai ni sebab selama ni rupanya ikim bayar gaji buta pada mahluk yang kurang cerdik, patut la orang kat Malaysia ni kurang faham Islam rupa2nya institut kefahaman islam malaysia ni mempunyai fellow yang pendek akalnya.
Mohd roslan ni rupanya lebih mengiktiraf perlembagaan lord reid dari pelembagaan islam itu sendiri.
2. Kaki fitnah ini menyatakan Pas membawa kerosakan kepada perpaduan dan kepentingan Islam itu sendiri, mana la mamat bangang ni belajar sejarah apa selama ini Pas ke yang membuat dasar sehingga Islam itu terhina di bumi Malaysia ini.
3.Mamat ni lupa ke selama ini Umno telah lama bemukah dengan MIC dan MCA dalam pernikahan sejenis.
4. Yang ni gua sengaja nak mengampu Al Ustad Ibrahim Al kataki telah mengeluarkan fatwa bahawa Pas telah tersesat dalam perjuangan dan Perkasa akan mengambil alih tugas2 pas dalam memertabatkan Islam, almaklum la Perkasa ini mempunyai ahli dari kalangan alim ulama yang mampu mentafsirkan apa itu Islam, dan pengetahuan khalifah perkasa ini dalam Islam melebihi pengetahuan orang lain. kahkahkahkahkah
Read more...