Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, June 18

Hikayat raja Malayalam

cerita yang bakal gua papar ini merupakan sebuah hikayat serta dongengan sebuah kerajaan di sebuah negeri  Malayalam. tiada kena mengena antara hidup dan mati.

Hari ni gua nak bercerita pasal sebuah hikayat, di sebuah negeri dalam negara malayalam letaknya kat benua antartika. Negeri ni diperintah oleh seorang raja yang cacamerba walaupun tak berape zalim kepada rakyatnya, raja ni mempunyai kegemaran yang agak pelik-pelik, antara kegemaran beliau adalah suka sangat kepada perempuan, pantang lihat dahi licin habis nak dikapornya.disana sini ada sahaja gundik atau dayang yang menjadi spare part kepadanya.

Beliu ni suka sangat kepada minum air tuak yang dibuat dari nira, zaman tersebut kalau siapa minum tuak nira ni sudah dianggap terlalu mahal sebab sukar didapati, balaci-balaci dan pengampu nya cuma mampu minum todi sahaja. cuma terdapat dikalangan pembesar negeri terpilih sahaja yang mampu menurut jejak raja mereka minum tuak nira itupun hasil dari merembat kekayaan rakyat jelata.

Bagi rakyat biasa kenderaan utama adala menunggang keldai, yang agak berduit sedikit dapatlah naik kerbau, tetapi raja ini mampu menunggang kuda, yang jarang atau tidak mampu dimiliki rakyat biasa, kebanyakan rakyat miskin cuma bejalan kaki atau kereta panjang yang ditarik oleh gajah.

Bagi rakyat yang berkemampuan kebanyakan mereka mampu membeli kereta lembu samada hasil buatan tempatan dan luar negara. Tapi raja ni pulak mempunyai berbagai koleksi kereta lembu dan yang lebih mahal kereta kuda, kebanyakan kereta ini diimport dari luar negara. Yang pelik nya pula semua jenis kenderaan ni akan diberikan no pendaftaran, bagi yang tidak ada no pendaftaran kenderaan itu boleh disita, jadi sebagai pelengkap petunjukan kemewahan raja dan pembesar negeri mereka berebut mendapatkan no pendaftaran yang cantik dengan harga yang gila babi mahalnya. Rakyat negeri ni yang suam-suam kuku pendapatanya hanya boleh terlopong sahaja bila mendengar nilai yang dibayar untuk mendapatkan no pendaftaran tersebut.

Tapi itu la harta yang di warisi oleh sang raja dari bapanya memang cukup banyak malah kalau di senaraikan harta tersebut boleh mengangkat siraja ini sebagai orang terkaya di Malayalam.

Keadaan keluarga siraja ynag kacau bilau menjadikan nama raja ini sentiasa menjadi buah mulat rakyat jelata, perebutan harta, perebutan takhta, perangai adik beradik, anak pinak yang seperti keluarga 69 telah lama menjadi intipan rakyat, dan menjadi salah satu umpatan rakyat.

Cerita ini hanya sebagai intro banyak lagi yang ada dalam hikyat ini yang akan gua paparkan, tentang keluarga raja tersebut, tentang pembesar dia, tentang balaci-balaci dia, penderitaan rkyat dan terakhir tentang penentangan dan pengampuan rakyat dan akan disambung dalam entry akan datang tungggguuu!

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP