Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.
Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.
Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.
Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.
Gua sebenarnya malas nak ulas isu ni, mungkin Azizan punya alasan tersendiri untuk terus jadi kepala batu, atau memang dia ni keras kepala. Apa yang susah sangat ni, hukuman dah lu bagi pada pelajar tu, walaupun pada gua lu bertindak zalim, ingat hari ni lu berkuasa lu boleh la buat apa yang lu mahu, samada tindakan lu tu berdasarkan peraturan gaya barat atau gaya yahudi tu lu punya kuasa, Atau lu bertindak dengan emosi disebabkan rasa marah lu pada pelajar itu lu sendiri yang tahu. Tapi ingat Islam itu adil gua cuma berharap lu telah melakukan sesuatu yang adil.
Apa yang gua nak tegur kenapa lu beria2 benar nak mengunakan media2 fitnah untuk meluahkan alasan2 lu. Apa hasan Ali da tak cukup kawan ke nak menjahanamkan pas dan lu nak jadi salah seorang darinya ke? Dalam media fitnah umno ni rancak menghentam pakatan lu pulak bagi peluru. apa cerita ni beb. tak boleh ke senyapkan je cerita ni, selesaikan dengan cara yang lebih baik.
Gua tahu, Pakatan punya ruang yang sempit untuk menyampai berita, Itu semua cerita lama beb, orang mesir pun kena sekat, hosni tersungkur, orang libya pun sama. kenapa tak belajar dari contoh yang ada, Tapi tak tahu la mungkin dalam pakatan ni masih ramai dungu yang sempit idea atau masih tebal dengan sikap umnonya.
Read more...