Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz menjelaskan, kenyataan
beliau tidak bersetuju perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah
pandangan peribadi beliau sahaja.
"Itu pandangan peribadi saya
sahaja (berhimpun di Dataran Medeka). Bagaimanapun saya bersetuju dengan
pandangan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, yang menyokong
sepenuhnya usaha Bersih untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih,
bebas dan adil serta hak untuk berhimpun secara aman," kata Tunku Aziz
dalam kenyataannya.
Dap sebuah parti yang sentiasa melahirkan pelawak bingai, Selalunya lawak akan diterajui Kapal sink tapi kali ni naib pengerusinya pulak yang mahu masuk dalam ini gambar. Apa kejadah nya tak setuju bukan orang nak berarak pun. Orang nak duduk diam2 tanda protes macam mana boleh jadi huruhara, biol ke apa?
Lagi satu kalau lu tak setuju pn apa kehal lu sibuk nak bercakap sampai beruk2 dalam Bn terkinja-kinja kesukaan Bn diberi satu peluru oleh sibangang dalam pakatan sendiri. Kenapa sekarang tinggal 2 hari je baru sibuk nak bercakap kenapa tak minggu lepas ke bulan lepas ke. Ada apa-apa ke wak?
Yang gua tak boleh bla tu kenapa kenyataan dia ni senada dan seirama dengan si menteri amaran tu.
"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan
keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? "Saya
menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada
pelanggaran undang-undang," katanya sebelum ini sebagaimana yang dipetik
oleh media.
Read more...