Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang
pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada
syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan
kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian
ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat
pada Selasa.
Cuba cerita sikit kat gua macam mana kastam tahu RM beli cincin ni ke tidak, print skrin ada menunjukan masuk, print skrin tunjukan keluar gua tak nampak pulak, yang ada kalau tak silap gua la borang keluar ke singapore.
Ceritakan pada gua dan semua rakyat apa cara kastam boleh check RM beli ke tak, kastam boleh ke check akaun bank RM, boleh ke kastam check duit tunai yang ada pada RM, boleh ke kastam check kat pembekal cincin di USA tu RM ada beli ke tak, kalau boleh dasat juga kuasa kastam ni ye, sampai USA boleh dikitainya. tabik spring kepada kastam,
Yang jadi gua muskil ni kenapa ye tiba2 kastam sikit masa jadi sasaran Sperm, Ada pulak pegawainya, bunuh diri tak, kena tolak tak, kena ugut tak, tiba2 boleh jadi spiderman panjat tingkap lepas tu jatuh, gua ingat la spiderman ni kehabisan web kot. macam cerita katun la pulak.
Suka hati ko la RM ko beli ke ko tak beli ke, lantak lu la, yang penting rakyat da meluat tengok lu.
Tadi gua g ngeteh ada satu mamat ni buat lawak, semua pm sebelum ni ada gelaran bapa, bapa merdeka la, bapa perpaduan la, bapa pembangunan la, bapa mertua kj la, bapa transformer la, yang lebih lawak ada yang digelar bapa anak2 RM.
Sekarang ni gua da tak sabar nak tunggu budget, PR da bentangkan budget, cuma gua rasa cepat sangat bentangkan kalau buat pembentangan hari khamis ni kan lagi cun, hari jumaat BN tak de la sempat nak cilok idea PR. Pemimpin PR ni kadang2 macam tak tau je da banyak kali idea kat dalam buku jingga kena cilok, nanti budget PR pulak kena cilok, buat penat je pecah kepala fikir budget nanti senang je orang cilok, BN ni bukan pandai buat budget kalau buat pun mesti kena tambah belanja lepas beberapa bulan sebab budget tak pernah tepat. Apa2 pun gua nak juga dengar budget BN, nak juga gua tengok diorang dengan selamba cilok idea orang lain dan jadikan itu idea sendiri macam kes mansuhkan ISA. Nak juga tengok kat mana lagi diorang punya lubang dan peluang rembat duit rakyat.
Kan mangkuk2 hayun ni belum lagi puas memboncetkan perut2 diorang makan harta rakyat.
Read more...