Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu diberikan kuasa mendakwa individu disyaki rasuah kerana ia akan memberi implikasi buruk pada masa depan.
Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, saranan dari Pakatan Rakyat (PR) yang mahu SPRM diberi kuasa mendakwa hanya kerana mereka sekarang tidak suka kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurutnya, bagaimana pula pada masa depan sekiranya PR tidak suka pula kepada Ketua Pengarah SPRM, adakah PR akan memaksa kuasa ini diubah semula seperti hari ini.
“Sekarang SPRM mempunyai Ketua Pengarah (Datuk Abu Kassim) yang amat baik sekali, bagaimana pula pada masa depan?
“Jadi adakah PR memilih bulu hanya mahukan pindaan yang menguntungkan mereka sahaja? Oleh itu saranan memberi kuasa menyiasat dan mendakwa sekaligus kepada SPRM adalah tidak relevan,” katanya pada Wacana Sinar Harian bertajuk "Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti" di sini, hari ini.
Ditanya mengenai rasuah dalam Umno, Abdul Rahman yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah tidak menafikan parti itu mempunyai masalah rasuah dan ada insiden membeli undi.
Tak relevan hangguk hang, Ni la kalau bercakap asik nak cover busuk sendiri, apa yang hang takut sangat kalau SPRM diberi kuasa untuk mendakwa, banyak lubang sangat ke nak kena cover.
Sekarang raja segala pendakwaan terletak pada tangan si Ghani, di nak dakwa dia dakwa, dia taknak boleh sapu bawah karpet, ni yang hang cakap boleh beri implikasi buruk pada masa depan ke, kat mana hang letak akai kat kepala lutut ke,?
Alamak gua cuba guna sikit2 bahasa kedah la pulak, salah sory ya orang kedah, tapi gua memang respek orang kedah sebab berani buat perubahan tak macam orang Johor pengecut.Macam orang sabah jugak, terutama orang kota belud.
Kredibiliti Ghani ni da lama tercalar jadi. rakyat Malaysia nak mengharapkan siapa lagi untuk mendapat keadilan undang2.Takan la selamanya hidup rakyat Malaysia ni nak sentiasa menyaksikan jerung terlepas bilis je yang kantoi.
Read more...