Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, December 24

Kenapa TGNA kata Allah mencarut

Mencarut asal dari perkataan carut. Mengikut Kamus Dewan, carut bermaksud perkataan yang keji dan kotor (cabul): berbagai-bagai perkataan yang keji-keji dan kotor. Mencarut, mencarut-carut bermaksud mengeluarkan perkataan yang keji-keji dan kotor, memaki-maki.Yang pemimpin umno dok sibuk menyebut perkataan liwat, lgbt, sex, haramjadah dan banyak lagi kelucahan dan maki hamun itu agaknya tak masuk dalam kategori mencarut ke?


Ok, gua nak refresh kembali jawapan dari TGNA tentang isu Tuhan mencarut semoga kita semua boleh mendapat manafaat dari jawapan tuan guru ini.


Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran sendiri.  Adakah perkataan menyumpah (di dalam al-Quran)?  Ada perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?
Bila ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia;

(pertamanya) “Islam ini – (sifat) Allah Taala ni bila Dia buat manusia, Dia buat sama naluri-naluri tertentu.  (ini bermakna) tidaklah Allah ini bila Dia buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala, beri lidah saja.  Ada lagi benda lain (di)dalam yang kita panggil ‘Gharizah’.  Naluri bermakna sifat-sifat tertentu.  Sifat kedekut, sifat baik, sifat pongah, sifat berjurus, sifat suka mencari harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri membunuh, naluri mengumpat, naluri apa apa saja.  Macam-macam sifat dan perangai (yang) Allah beri kepada kita.

Dan yang keduanya, tidak ada sifat  yang Allah beri pada manusia bila mari (didatangkan) Islam (kepada manusia), Dia sekat, Dia musnah, tak ada!  Allah Taala beri kepada kita sifat suka mencari wang/duit, Allah Taala tidak sekat kita.  Cari duit, cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah.  Nak cari duit boleh, kerana apa?  Sifat cari duit ada padamu tapi jangan mencuri, jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu.  Sifat nak pada seks, orang lelaki nak pada perempuan, orang perempuan nak pada lelaki.  Adakah Dia sekat?  Tidak, cuma Dia kata nak ko orang perempuan, (mesti) menikah-kahwin, jangan berzina, jangan rogol, jangan bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini.  Itu sajalah bendanya.  Sifat membunuh, manusia suka membunuh.  Tak apa boleh membunuh, ketika mana ? Ketika musuh mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, “Mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga hartanya sendiri maka dia mati syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga anak bininya maka dia mati syahid.”
Ertinya naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik (biar kena pada empatnya), ketika mana perlu kamu membunuh.  Jika orang bunuh kamu boleh lawan balik.  Orang yang buat khianat, kamu boleh khianat sama.  Begitu juga sifat mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia, (akan) nak menyumpah pada orang yang  buat tak tentu kepada dia.  Ketika mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai) menyumpahlah.

Ambo pilih dua, tiga, empat ayat  dan hadis (sebagai dalil dibolehkan mencarut, menyumpah).

(Ketiga) adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud,“Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun pancaindera mereka sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”.
(Hakikatnya) Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang muka-muka-orang yang kita panggil orang sekular.  Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang ni tak ada otak.  Kalau mengikut orang Kelantan (kita kata), “baso tak dok otak, baso tuli”.  Itu tidak(kah) mencarut?  Allah sendiri sebut begitu dalam Al Quran.
(Keempat) dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) “Hendaklah kamu berakhlaq dengan Allah akhlaq Tuhan”.
(Hakikatnya) Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (dibolehkan) mencarut.  Cumanya tengok tempat.  Orang kafir Dia sumpah, orang munafiq Dia sumpah, orang fasiq Dia sumpah.  Biar tentu (sasaran mencarut biar) kena (pada) tempatnya.
(Kelima), ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan marah pada Yahudi (maksudnya), “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu (hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah kamu kera yang hina”,
Allah Taala marah pada orang Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan perkataan) mencarut? (Sebelum ni, Tuhan menyebut) pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi, kera lagi ? Apakah itu tak mencarut?
(Keenam), Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
(Allah mengibaratkan orang serupa itu) serupa  binatang, takkah  mencarut lagi?  Itu ayatnya (dalam al-Quran).
(Ketujuh), dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan mereka. Mereka adalah seumpama kayu-kayu yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula berkata-kata, hakikatnya mereka pandai berbicara akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami kebenaran – diumpamakan juga serupa orang mati dibunuh)”.
Tuhan sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau tengok tubuh hebat, tetapi Allah kata  “baso mati dibunuh” – terjemah(an) bahasa Kelantannya, “Baso mati bbunuh”.  Terjemah secara jawi, secara tradisional, “membunuh akanlah mereka itu oleh Allah”.  Tak tahu satu perkara pun, akhir orang mendengar mengantuk belaka.  Cuba kata “Baso mati bbunuh”.  Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena menterjemahkan maknanya dan misinya.  Barulah sampai mesej Quran kepada kita.
(Kelapan) Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud), “Mati dibunuhlah semua manusia, pelik sungguh, mengapalah manusia menjadi kafir”.
Terlalu banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam (al-)Quran.  Ertinya bila Allah buat sesuatu dalam (al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata “Hendaklah kamu berperangai (akhlaq) sebagaimana perangai (akhlaq) Allah”.  (Di sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka) kita berhak (boleh) marah. (Dalam hal mencarut, mengata keji) Allah menyumpah (maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab (untuk) ianya dibesar-besarkan. Boleh jadi orang ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran tak ada perkataan berunsur mencarut, kata-kata keji mereka) tak pernah dengar (kandungan al-Quran).  Sebab dia awal-awal lagi pandang serong pada (al-)Quran.  Awal-awal lagi dia pandang lekeh pada Islam.  Islam ini layak (di) padang pasir, (sesuai pada) zaman ‘camel’-zaman unta, maka baca buat apa (al-)Quran?Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu menerima hakikat kandungan al-Quran, mulalah) kata Nik Aziz. Surat khabar (pun) kata (itu) ‘fatwa Nik Aziz’.  Padahal dia tahu, fatwa-fatwa ni hanya (layak dikeluarkan oleh) mufti sahaja.  Tapi dia nak ‘provoke’ orang, nak suruh orang marah pada ambo.  Dia sebut ambo buat keluar fatwa.  Itu tak apalah.  Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia punya fasal!

(Kesembilan) itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan kena ingat satu ketika berlaku perselisihan faham di antara Rasulullah SAW yang keluar daripada Madinah pada tahun ke-5 (selepas hijrah), (bertujuan) pergi buat umrah ke Mekah.  Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan tempat ini terkenal dengan nama ‘Hudaibiyyah’ ataupun sekarang ini disebut Sumaisi.  Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala sewaktu beliau berada di Madinah. “Hai Muhammad, satu masa kelak mu Muhammad boleh masuk semula ke Masjidil Haram dalam keadaan aman damai, boleh buat tawaf dan apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala, dan boleh gunting rambut.”  Nabi kita beritahu kepada orang ramai, semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak buat haji nak buat umrah, Muhajirin daripada Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke Mekah, berjumpa anak isteri dan sebagainya.  Nabi kita iklan tahun yang ke-5, bahawa aku sedang bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat umrah.  Nabi kita tak bawa sebarang senjata selain daripada senjata yang kalau orang dahulu panggil ‘pisau raut’, seperti mana orang Melayu dahulu berjalan ada parang, pisau raut di pinggang.  Nabi kita bawa pedang dan bersama dengan itu kambing-biri yang telah diletak tanda untuk disembelih di Mekah.  Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia tengok kambing-biri ada tanda di tengkuk, dia gantung bermacam perkara sebagai tanda kambing ini hak Tuhan, bukan kambing orang dah. Maka dia tidak ganggu.  Sampai di Hudaibiyyah, kena sekat.  Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil dia mari sekat nabi Muhammad di Hudaibiyyah bahawa “kamu tidak boleh masuk ke Mekah”.  Nabi kata “pasal apa kamu tidak beri, aku bukan mari nak berperang, tengoklah senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu, ada bermacam-macam tanda menunjukkan kambing biri ini telah dinazarkan untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding, berunding.(Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang bernama Hudair bin Warqa’, tuan-tuan boleh baca sejarah bab Hudaibiyyah.  Hudair bin Warqa’ mari bercakap perkara yang benar-benar (paling) tidak menyenangkan hati Rasulullah SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu Bakar dan sebagainya.  Bila Saidina Abu Bakar (men)dengar perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada Hudair, memperlekeh-lekehkan Islam, ajaran Islam.  Mula-mula dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu pedang.  Lepas itu dia kata lagi perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan (mengeji).
Lalu Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt” (di)depan-depan Nabi.  ‘Unsus’ maknanya jilat, hisap olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Lat’ nama bagi tuhan (orang Quraisy musyrik).  Maknanya  pergi balik jilat punggung tuhan mu dulu.  Ini perkataan menyumpah (mencaurt) yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar (di)depan-depan Nabi, dan Nabi tak kata apa-apa.  Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut depan-depan dia sendiri.  Nabi tak kata apa walaupun perkataan yang begitu sekali hina.  “Balik jilat punggung tuhanmu dulu, baru mari bercakap di sini”.  Habis menyumpah, nabi tak kata apa.  Tuan-tuan boleh baca benda ini ada dalam sejarah.  Yang ambo dok baca malam Jumaat “Sirah Nabawiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ ada (kisah ini).
(Kesepuluh, sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari orang beri salam di tangga.  Apabila Nabi dengar suara itu, dia cam suara itu.  Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina ‘Aisyah, maksudnya “hak paling jahat dalam kampung ni, dia ni lah”.  Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian dia keluar dengan senyum manis, sambut dan terima molek.

Boleh jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada orang lepas itu buka pintu dan sambut.  Ini para hadirin semua, kalau orang belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk ‘tanfizzul-ukhdah’ iaitu untuk meredakan kemarahan hati.  Kadangkala kita sumpah.  Lepas itu dari sumpah itu reda.  Kalau tak sumpah ia akan naik ke kepala nanti jadi selsema, beringus hidung.  Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar juga menyumpah di depan Nabi dan Nabi tak kata apa-apa.
Para hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh manusia ini (tak ada) satu habuk yang Islam mari sekat (buat sekatan).  (Cuma) nak ke orang perempuan boleh.  Tidak sebagaimana setengah-setengah pemimpin agama sampai ke tahap tertentu tak berbini beranak (tak boleh berumah tangga), tak (tak boleh) cari harta.  Islam tidak, tok guru setinggi mana pun, Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin.  Cumanya peraturan, kaedahnya nak ke orang perempuan, berkahwin. Nak harta boleh. Nak bunuh pun boleh.  Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri kita, kalau tak cukup dengan askar dan polis, kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap seorang pergi berperang.  Peluang kamu untuk bunuh orang boleh ketika itu.  Sifat orang mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar.  Kalau ada kebenaran bunuh daripada Islam boleh bunuh.
Apa benda lagi?  Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini berpunca daripada (ada) benda lain, ‘something behind’, (Seperti) yang ambo kata (awal-awal tadi), kalau Dato’ Shahnon buat buku ‘Shit’ dia ni untuk  maki PAS tak apa, tak ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....
Itu (kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni) lakon orang, lakon malaikat dan lakon syaitan atas dunia.

Read more...

Thursday, December 20

hubungan malaysia israel 2

Peranan Dr Henry Kissinger

Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat.

Pada 6 Mac 1987 , pengerusi ISIS , Dr Noordin Sophie telah mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.



Kerjasama ekonomi Malaysia-Israel


Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan __ . Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.

Pada Ogos 1984 ,persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.[8]



Pertemuan pemimpin Malaysia-Israel

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" .

Pada 16 Ogos 1999Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan.

Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah hubungan denganWolfowitz , seorang Yahudi Amerika.





Yahudi menguasai dunia


Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan barani mati . Tafsiran semula al Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.

Pada 21 Oktober 200dalam temubual dengan The Bangkok Post , Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semetic. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini. Tetapi mereka mengawal dunia.. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas .Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi. Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru.

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum.Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur.Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval . Dr Mahathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove , iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat.

Read more...

Wednesday, December 19

hubungan malaysia israel

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang.


Mac 1976 : Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.


10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.


1977 : Pada tahun 1977 ia (freemason) mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.


1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.


1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.


6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.


Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.


6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.


16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.


17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".


13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."


Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.


Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.


21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.


Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.


1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.


September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.



Read more...

Tuesday, December 11

APA SEBAB SEBENAR ANWAR DIPECAT


Menilai Kembali Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 bertemakan, "Berwawasan,
Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi 162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan. Beliaulah Menteri
Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.
Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN itu. Pilihanraya 1995 itu
merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana
Menteri.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN
Tetapi Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang memerintah itu. Pada 2
September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari
jawatan dan kini merengkok dalam penjara. Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka
semata-mata.
Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk
pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri. Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang
rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.
Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah
Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu. Ketika beliau memangku
jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara,
Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997. Inilah kesalahan
besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan
Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah
1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannya
ke mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri
itu dulu. Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah
itu.
Menteri-Menteri Rasuah Cemas
Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang
membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak
ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan. Jika hendak
didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang
jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.
Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula
Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50
Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.
Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil, Ummi Hafilda, Azizan
Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang
dan kontrak bertukar tangan.
Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak
Dibicarakan
Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih
tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.
Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya. Injunksi telah diberikan oleh
mahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan dilarang disebarkan. Pejabat Peguam Negara kemudian membuat
pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu. Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri
masih tidak diadakan. Hakim mahkamah yang memberi injunksi kepada Anwar Ibrahim
dipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini semua berlaku? Tidak ada konspirasi?
Orang Yang Difitnah Yang Dipenjarakan
Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara. Kenapa
tidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar lebih dahulu membawa saman malu
ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri?
Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan pada umum, kenapa
Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam
Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998. Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar
dalam Umno?
Persubahatan Terjahat Bermula
Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan dari Ibu Pejabat
UMNO sendiri. Konspirasi pun bermula. Ada orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit kewangan kerana
banyak berhutang sanggup menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Anwar.
Dia menafikan mempunyai masalah kewangan dalam perbicaraan Anwar. Tetapi Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu mengisytiharkan ummi Hafilda muflis kerana tidak
membayar bil RM300,000 untuk iklan demi memenuhi kontrak Megat Junid. Muflis ertinya
bangkerap. Balasan berlaku di depan mata.
Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah
Syarikat
Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut tawaran menjadi
pengarah syarikat.  Dengan tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta mahal.
Mengapa? Kerana manusia bernama Azizan Abu Bakar ini sedia untuk bersubahat membuat kerja jahat
memfitnah Anwar kononnya meliwat. Sekarang, Azizan Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana
berkhalwat dan percubaan untuk melakukan persetubuhan haram. Tilamnya pula yang diusung
ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu lagi pembalasan berlaku di hadapan mata.
Anwar Salahguna Kuasa?
Kesalahan Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.
Juga bukan kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis dalam perbicaraannya yang terdahulu sehingga
beliau dipenjara 6 tahun. Bagaimana Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak
terletak di bawah bidang kuasanya. Polis terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Waktu itu, Menteri Dalam
Negeri ialah Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana
Menteri. Dia tidak ada kuasa ke atas Polis. Demikian hujah utama para peguam Anwar Ibrahim. Tetapi
Hakim Datuk Augustine Paul tetap menjatuhkan hukum mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar salah,
tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti dipenjarakan. Anwar mesti
disimpan dalam penjara. Demikian kehendak orang nombor satu. Apabila Mahathir dipanggil ke
Mahkamah sebagai saksi, Hakim Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?
Memerangi Rasuah Menerima Padah
Isu utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana dia memerangi
perbuatan rasuah dan penyelewengan di dalam kerajaan BN. Bagaimana dia tahu rasuah dan
penyelewengan itu berlaku?
Pertama, Anwar sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet. Bermula dengan jawatan rendah Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian, beliau
memegang pelbagai jawatan menteri. Dari Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian
memegang jawatan Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan. Beliau
kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri buat
beberapa ketika. Ertinya Anwar pernah berada di koridor kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk
kekuasaan itu untuk beberapa ketika.
Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?
Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan
dakwa Anwar. 16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai.
Bangkai berbau. Rasuah juga berbau.
Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah? Orang yang duduk di rumah kaca tidak
berani membaling batu ke rumah jirannya. Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka
sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya
kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.
Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?
Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara adalah kerana dakwaan
kononnya beliau menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar pengakuan Azizan Abu Bakar dan Ummi
Hafilda. Peguambela Anwar,  Raja Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang yang tidak
berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga nama baiknya dan membersihkan dirinya yang tidak
bersalah itu dari difitnah dan dicemar? Semua orang yang benar akan mempertahankan marwah dirinya
apabila nama dan maruahnya diperhina dan dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu. Malah,
Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk
melakukan kerjanya. Anwar sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya.
Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah
Mana wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan rasuah selama menjadi
menteri dan orang nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada. Tetapi Anwar mempunyai rekod yang banyak
tentang kes rasuah dan penyelewengan menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang
UMNO dan BN, terutama Mahathir dan konco-konconya, begitu marah kepada Anwar. Anwar dituduh cuba
membuka pekung di dada mereka.
Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang Penyelewengan
Bagaimana Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan salahlaku rasuah dan
penyelwengan itu. Ada dua saluran sebenarnya. Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi  Jawatankuasa
Kabinet tentang Penyelewengan di dalam kerajaan.
Kedua Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru). Apakah fungsi Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet menentang penyelewengan di dalam kerajaan? Salah satu ialah Anwar menerima
segala macam aduan, komplen, laporan tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawai
kerajaan dari yang kecil hingga setinggi-tingginya, termasuklah menteri-menteri dan Perdana Menteri
sendiri.
Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN Terdedah
Sebab itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim
Thamby Chik, Eric Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar juga tahu rasuah yang didakwa berlaku ke atas Ketua
Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul Hassan,
yang kini jadi Gabenor Bank Negara. Anwar juga dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara
sekarang, Tan Sri Mohtar Abdullah. Anwar juga mendapat maklumat rasuah Samy Vellu dan Ling Liong
Sik.  Malah, rasuah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM berhubung perniagaan
anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar Ibrahim. Termasuk aduan rasmi kepada BPR akan
tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.
Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno
Tidak itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar Ibrahim juga menerima
bermacam-macam laporan dan aduan tentang perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin Umno dari ahli-ahli
Umno sendiri. Seperti diketahui umum, perebutan kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit.
Masing-masing semuanya ada kes rasuah dan penyelewengan, yang selama ini orang di luar Umno
hanya dapat mengagak secara rambang sahaja. Tetapi dalam proses perebutan jawatan Umno yang sengit
di peringkat Cawangan, Bahagian apatah lagi Majlis Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja surat-surat
layang, tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes rasuah yang dilakukan oleh orang-orang Umno,
terutama yang memegang jawatan kerajaan.
Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata
Dengan sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka begitu jelas rasuah sudah
keterlaluan dalam kerajaan BN.  Perbuatan rasuah itu telah melibatkan wang negara dan rakyat bernilai
beribu-ribu juta ringgit. Anwar akhirnya merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan berterusan. Maka Anwar
pun bertindak. Apabila Mahathir tidak ada dalam negeri kerana bercuti, Anwar mengambil
kesempatan membentangkan Akta Pindaan Pencegahan Rasuah 1997. Adakah tindakan Anwar itu
salah? Adakah Anwar merugikan negara? Adakah Anwar menjadi agen asing kerana membentangkan
pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana
berbuat demikian?
Sanggup Terima Risiko
Adakah Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa pindaan itu ke Parlimen
ketika Mahathir tidak ada dalam negeri? Anwar sedar. Kalau Anwar jenis penakut menurut perintah macam
Abdullah Ahmad Badawi,  maka Anwar tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani
mengambil risiko. Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti dihapuskan. Negara dan rakyat mesti
diutamakan.
Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997
Bolehkah menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat usul-susul dalam
seminar sahaja?  Bolehkah membanteras rasuah sekadar menjerit-jerit sahaja? Hantar memorandum dan
menjerit itu pun penting. Tetapi membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yang
tepat. Inilah yang Anwar telah lakukan.
Rasuah tidak boleh ditentang sekadar dengan pujuk rayu dan ugut-ugut sahaja? Tidak boleh. Oleh kerana
negara berjalan atas dasar hukum dan undang-undang, jadi undang-undang rasuah itu mesti diperkuatkan,
diperluaskan bidang kuasanya dan dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang
merosakkan itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu, beliau dipecat, diseksa, dituduh dan kini
dipenjarakan.
Bijak Mengambil Kesempatan
Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar di Parlimen dan diluluskan,
rakyat semakin yakin akan komitmen Anwar. Ini satu kejayaan politik Anwar. Memang Anwar pandai
mengambil kesempatan ketika Mahathir tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab.
Pandai mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan pengikut membuta tuli. Tetapi kesempatan
yang dia ambil itu untuk keburukan atau kebaikan negara?
Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen
Tetapi tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu diluluskan, kemudian sekali lagi
ketika Mahathir tiada dalam negeri, Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan laporang perbuatan
rasuah dan penyelewengan dalam syarikat besi waja Perwaja milik kerajaan. Tan Sri Eric Chia, yang
menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan
rasuah dan penyelewengan sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta. Tidak itu sahaja, syarikat
Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan dengan hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya hampir
RM10 bilion dibebankan ke atas kerajaan angkara rasuah dan penyelewengan dalam syarikat
Perwaja itu.
Mahathir Terlibat Dalam Skandal
Perwaja
Anwar dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai kopi atau kelab-kelab. Apabila
dia terpenjara, dari dalam penjara, Anwar membuat laporan polis secara rasmi, dengan dikepil dua pucuk
surat  Perdana Menteri kepada Eric Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja tersebut. Surat-surat itu
menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat melakukan salah jenayah dalam pengurusan
Perwaja kerana menyalahi perjalanan dan prosedur urusan kewangan kerajaan.
Ertinya penyalahgunaan kuasa telah berlaku. Mahathir terlibat sama melakukannya. Negara rugi
beribu juta. Eric Chia masih bebas. Mahathir masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara Sungai
Buloh! Anwar dedahkan ini di Parlimen ketika dia bebas, dan dari dalam penjara ketika kebebasannya
dirampas, Anwar masih melawan terus.
Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan
Penyelwengan Mahathir
Anwar cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan Perwaja dengan
laporan lengkap dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir tentu marah. Kalau Anwar penakut
dan sayangkan jawatan menteri dan TPM, buat apa dia cari penyakit? Lebih baik diam. Bila Mahathir dah
turun nanti, bolehlah buat sesuatu kemudian. Tetapi Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah
dan penyelewengan itu mesti ditentang. Itu komitmennya.
Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda
Sekarang Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau Hakim masih tunduk kepada Perdana
Menteri, maka akan ditambah lagi hukuman penjara ke atas Anwar. Anwar telah mendedahkan dirinya
kepada bahaya di penjara lebih lama apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.
Dokumen-dokumen yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan
Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu semuanya dikelaskan
sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hukumanya  penjara
mandotori.
Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada di atas kepala Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana
Menteri itu, bekas Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana perjuangan
hidupnya sejak muda untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.
Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja
Jadi ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien itu adalah
satu retorik politik sahaja. Tiada wawasan sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh dengan
rasuah dan penyelwengan. Tiada keadilan sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum,
sebaliknya yang memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan dipenjarakan. Tiada sebuah kerajaan
yang efisen sekiranya rasuah dan penyelewengan berakar umbi dalam birokrasi pentadbiran dan meluas di
kalangan Jemaah Menterinya.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP