UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat
daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO
mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, setiap hari
beliau membaca dalam akhbar banyak pendapat daripada pemimpin-pemimpin
UMNO yang mengulas mengenai pelbagai isu yang membuktikan tiada sekatan
daripada parti.
Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku
Razaleigh Hamzah hari ini yang mendakwa kononnya dalam UMNO sudah tiada
peluang untuk bersuara, dan jika mahu bercakap pada perhimpunan agung
pun, individu itu perlu mendapatkan kelulusan pihak atasan.
Kah kah kah kita lihat siapa yang kencing sebenarnya, wak din atau ku li.Tunjukan pada gua mana kutu dalam umno ni yang berani bercakap atau menegur pemimpin. kalau kaki ampu, kaki jek, kaki bodek, gua boleh senaraikan mahu tak cukup 2 3 entry. Kalau ada pun tu la sorang timbalan Khalid Nordin, tu pun gua ingat bakal bye bye pada pilihanraya akan datang.
Berani cakap kat dalam umno ni umpama gali kubur, atau tabur pasir dalam periuk sendiri la, tak percaya kita kaji je kat media pencacai, Bila Najib atau wak din ni berkata2 tentang apa2 isu, berbondong2 kaki bodek akan mengulas isu mengiakan kata2 2 mamat ni. Semua nak tunjuk hero, dengan harapan biar la Hj najib atau wak din baca, kalau 2 mamat ni baca ada can la saham naik, ada can la jadi calon.
Budaya angguk2, geleng2, yes man mana boleh dibuang dari umno, itu da macam jadi rukun dah, kalau tak bukan namanya umno.
Read more...