Kekadang aku cukup hairan dgn org sarawak, yg cukup bangga dgn sentimen borneonya, mereka sungguh yakin bahawa sikap borneo mereka akan memelihara mereka dr dijajah semanjung, tapi mereka sebenarnya lupa apa yg mereka kecapi sekarang adalah 20 tahun terkebelakang dr apa yg dinikmati oleh semenanjung.
Mereka juga diperkotakkatik dgn idea pembangunan yg mereka kecapi sekarang adalah pembangunan sebenar, walaupun pada fizikalnya mereka cuma mendapat terlalu sedikit dr kemewahan negeri mereka. Mereka seolah2 tak mampu mengunakan matamatik mudah dalam mengira jumlah apa yg mereka dapat berbanding dgn hasil yg diperolehi dr hasil masul negeri.
Omokan borneo telah membutakan minda mereka utuk melihat keseluruhan ekonomi dan pembangunan, mereka begitu naif untuk mengetahui mereka telah tertipu.Kata-kata gua ini bukan omongan kosong tp telah dibuktikan dgn penguasaan mejoriti undi yg diperolehi oleh bn.
Mereka bangga kononnya mereka tidak dijajah semenanjung sedangkan Bn itu sendiri asalnya dr semenanjung, mereka blok minda kononnya pr bukan hasil produk tempatan tp adalah produk semenanjung, sedangkan mereka lupa siapa itu bn sebenarnya.
Mereka menyangka bahawa Bn adalah parti tempatan dan diterajui oleh anak tempatan, satu idea lawak yg tidak lawak, Tunjukan aku satu pemimpin paling tinggi dalam bn merupakan org sarawak. Pemikiran mereka dikontotkan dgn kebanggaan mereka merupakan penentu kepada puterajaya, dan kononya mereka la yg berkuasa menentukan pimpinan negara. mereka lupa yg memerintah ttp org pahang, bukan org sabah ataupun sarawak.
Mereka menyangka akan ada pembangunan jika bn terus dikekalkan, mereka lupa bn dah memerintah sarawak sudah cukup lama dan hasilnya adalah sebuah kehampaaan, mungkin mereka mengharapkan akan sampai masanya nnti sarawak akan membangun dgn pesat tp bila, 30 tahun atau 40 tahun lagi. apakah mereka lupa bahawa mereka akan dimamah usia jd bilakah masanya untuk mengecapi pembangunan, untuk anak cucu mungkin kata hati mereka.
Jika dalam masa 30tahun dr sekarang baru mereka mengecapi apa yg ada disemenanjung kini, mereka sebenarnya masih ketinggalan 30 tahun pembangunan, kerana 30 tahun dr sekarang apa yg ada di semenanjung sekarang sudah dianggap antik malah ketinggalan zaman. jadi sampai bila2 pun mereka sebenarnya mundur dan tak pernah maju.
Read more...