Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.
Terkejut ye mat kesian ko mat nasib baik ko tak de penyakit jantung kalau tak nahas, tak melata mat? tak patut tul orang buat ko terkejut mat.
Senator Datuk S. Nalakaruppan tidak akan berganjak daripada kenyataannya baru-baru ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak sebagai pemimpin dan tidak gusar dengan notis menarik balik kenyataan yang disampaikan oleh peguam Anwar kepadanya.
Tak takut ye Nala ye la apa nak takut sejak dua menjak ni dapat ilmu kebal, apa pun tak payah takut kan, saman dari Anwar small matter je kacang je. sattle la.
Keputusan mengekalkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno tidak akan memberi ruang kepada pembangkang untuk mengeksploitasikan perpaduan anggota dalam Umno, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.
Betul gak kat lu tu piee, perpaduan dalam umno tu penting, lu tolong gua, gua tolong lu, lu cover busuk gua, gua cover busuk lu. Langkah bijak kalau tak londeh kain orang umno ni ijat tarik maklum la mana ada pemimpin umno yang bersih macam kata ijat dulu.
Perdana Menteri juga berkata, pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan.
Yang ni gua sokong, memang betul la tu, sekarang ni pun kerajaan yang dipimpin Bn pun hampir muflis ni kan pulak nak bagi janji bulan bintang, lagi lingkup ekonominegara yang suam2 nazak ni, mana leh janji camtu, rakyat kena bagi sikit2 harta lain kongsi ramai antara pemimpin, mak lembu da dapat habuan awal dulu tak yah bagi lagi yang lain nak juga rasa.
Bekas Perdana, Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menggesa semua jentera pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) di kawasan Parlimen Kepala Batas supaya memahami bidang tugas masing-masing bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memenangi kerusi parlimen itu.
Ye la tu, korang mesti berusaha dengan gigih, kalau boleh sengkang mata, jangan asik tido je, laksanakan tugas masing-masing semua dah dapat bahagan kan, kau orang ni kalau tak ditegur mesti tido je, apa nak jadi ni PRU13 da dekat ni asik membuta je. Buat keja sana
Read more...