Kilang nadir bumi Lynas Corporation LTD di Gebeng,
Pahang adalah
selamat dan tidak berbahaya sekiranya syarikat itu mematuhi langkah
keselamatan dicadangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung
projek itu, demikian menurut dua badan profesional Malaysia.
Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Majlis Profesor Negara (NPC) dalam
kenyataan bersama mengenai projek itu berkata kilang itu perlu mematuhi
prosedur pengurusan sisa buangan yang ketat untuk memastikan keselamatan
pekerja, orang awam dan alam sekitar.
Laporan setebal 63 muka surat yang dikeluarkan di sini hari ini berkata
pemprosesan nadir bumi akan menghasilkan hasil sampingan yang mempunyai
risiko radioaktif yang rendah, bagaimanapun risiko itu boleh diurus dan
terdapat teknologi yang boleh memastikan sisa buangan tersebut tidak
berbahaya dan selamat.
Ni yang kata tak de kerja cari kerja, tak de nahas cari nahas, cuba lu baca apa yang gua bold kan tu. perkataan sekiranya tu yang gua tak gemar tu, kalau ikut ayat tu bermakna tak pasti la selamat.
Kalau gua guna perkataan sama, sekiranya pekerja tak mahir, sekiranya terlupa, sekiranya berlaku kebocoran, sekiranya berlaku kerosakan, sekiranya memang sengaja kurangkan ciri keselamatan. siapa yang bakal menanggung resiko beb. Lu orang sedap2 tidur atas duit untung rakyat yang merana. tak gila namanya tu.
Dari awal banyak bantahan da dibuat, tapi kerajaan pekak kan telinga je, kerajaan macam ni ke lu semua nak. mana laungan rakyat didahulukan, weiii sekawan gajah pun tahun nak protect group dia ni manusia beb. Tak siapa marah lu nak kaya tapi kalau dah melibatkan nyawa rakyat tu bukan main2 beb, tu kerja gila.
3 comments:
Apabila sesebuah syarikat dari luar negara melabur di dalam Malaysia, especially yang dijemput datang melabur akan mempunyai understanding rahsia. Normally, mereka akan mendapat favour dari kementerian berkaitan untuk tidak mengguna pakai klausa biasa, tetapi menggunakan klausa khas yang biasanya menguntungkan pihak syarikat sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi pentabiran. Sebagai contoh, jika kita membuat Memorandum of Agreement (bahasa kasar dia ialah kontrak), kita boleh ada beberapa siri MOA, kita boleh ada main agreement, dan beberapa supplemental agreements. (kontrak yang membatalkan klausa di kontrak utama). Ini untuk tujuan main wayang, kerana jika ada keperluan ditunjukkan kepada massa, kontrak utama sahaja yang ditunjukkan, sedang supplemental agreements yang membatalkan klausa dalam kontrak utama dan menjadi klausa terpakai disimpan. Maka massa boleh tertipu. Cuba lihat kes-kes pentadbiran tertentu syarikat kilang, sebagai contoh sebuah kilang MNC di Batu Pahat, yang mengehadkan masa solat Muslim kepada 10 minit sahaja (dahulu), telah dibawa ke jabatan kerajaan berkaitan, tetapi tiada tindakan susulan. Kenapa? kerana kes solat yang singkat bukan suatu perkara yang besar bagi kerajaan untuk bertindak. Kenapa? Kerana pelaburan yang besar oleh syarikat MNC tersebut perlu dijaga, dalam masa banyak syarikat MNC mencari tapak baru di negara seperi China, India dan Vietnam.
ooh yer ke..??
Kalau macam tu kesimpulannya, UNDILAH BN....
heheheheee
Ye, undilah BN supaya lebih ramai lagi Muslim yang tersepit dan diperbodohkan.
Post a Comment