Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, November 29

CIRI MELAYU IKUT UMNO

Gua tangah mencari apa itu melayu apa yang gua jumpa cuma cerita samar2 yang gua sendiri pun tak betul atau tidak faktanya macam artikal dibawah ni:


Kalau kita lihat sekeliling memang sukar untuk mencari mereka yang benar-benar ‘berdarah’ dan ‘berketurunan’ Melayu. Ini kerana (i) kita tidak tahu dari segi biologi apa yang dikatakan ‘Melayu tulen’ itu dan (ii) kenyataan kehidupan kita ialah bahawa perkahwinan berlaku di antara kaum, suku dan keadaan ini tambah menyulitkan usaha mengenal pasti apa dan siapa yang dikatakan Melayu itu.
Kita semua tahu bahawa Tunku Abdul Rahman mempunyai darah Siam, Tun Hussein Onn pula mempunyai darah Turki, tun Dr Mahathir Mohamad pula mempunyai darah Pakistan. Manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula mempunyai darah Cina. Dengan kata lain bukan semua mereka yang menganggap dan dianggap ‘Melayu’ ini benar-benar ‘Melayu’ dan tidak memiliki ciri-ciri atau asal-usul yang mengaburkan atau meragukan kemelayuan mereka.

oleh kerana gua tka dapat pasti apakah melayu gua buat pengamatan sendiri, dari apa yang gua lihat ciri melayu ada lah
1.Lemah lembut dan bersopan santun, tinggi perketi: rasa-rasanya melayu ke mereka dibawah ni




2.Berbudi bahasa: cukup melayu tak ni


3 Taat berpegang teguh pada agama: melayu ke ni

 GUA BAGI SETAKAT NI JE CIRI MELAYU NANTI GUA SAMBUNG DALAM EN3 LAIN

Read more...

Monday, November 28

Modus Operandi Umno


 Mengenai saranan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid meminta anggota parti mengadakan 'gencatan senjata' dan menumpukan usaha menghadapi pilihan raya umum ke 13, Razali berkata, mereka perlu mengutamakan perkara yang penting dahulu.

"Ini kerana keutamaan anggota parti tidak betul, mereka lebih mengutamakan kedudukan jawatan dan cita-cita hendak menjadi calon dalam pilihan raya daripada tanggungjawab sebenar sebagai anggota parti," katanya.

Betul tak gua cakap dalam en3 gua sebelum ni, puak umno ni akan gunakan dailog berbeza tapi skrip sama. apa yang razali cakap ni sebelum ni dah pun dikatakan oleh cek det tka de benda baru, idea lama yang diulang tayang.

Sama macam Zahid kitar semula kata2 cek det. orang dah tahu da dalam umno ni berebut kuasa memng da jadi budaya, masing2 nak jadi ketua berebut nak jadi calon, kenapa? sebab bila dapat jadi calon dan kemudian menang seperti jumpa lubuk emas, jalan singkat jadi kaya, tak yah tunggu 2 penggal, 1 penggal pun cukup la selagi boleh sapuu, bedal habis-habisan. Bukti da belambak da, wakil rakyat umno mana yang tak kaya, cuba tunjukan pada gua seorang pun jadi la.

Modes operandi (alamak gua cakap macam pak polisi la) dia orang ni semua sama je, mula2 bagi gula2 ayat2 manis konon nak perjuangkan bangsa, agama. Melayu mesti dibela, mempertahankan ketuanan Melayu, semua tu ayat biasa yang dikeluarkan kutu2 gila kuasa aka gila Rm dalam umno ni.

Tapi bila dapat jawatan lu tengok je la, mula sekali mesti perjuangkan perut sendiri dulu, projek mesti bagi kroni dulu persen kejar dulu, duit lobi sakau dulu. projek daging mesti rebut dulu, projek tulang baru bagi orang lain. Agenda Melayu sebelum dapat kuasa pergi persetan, yang penting kumpul dulu harta selagi ada masa, orang melayu senang je dibedik cerita sikit pasal ketuanan melayu bagi ayat naik semangat bertepuk tangan orang2 melayu kesukaan.Tak sedar kena tipu.

Dekat masa nak percalonan bahagian keluar muka2 ni melobi untuk dicalonkan kat bahagian, habis semua rumah ketua cawangan singgah dapat restu kononnya. dekat pilihanraya pulak sibuk tonjolkan muka kat perhubungan negeri beria2 melobi supaya nama dihantar keperingkat pusat. begitu la tugas diorang ni diulang tiap kali. Bagi yang kurang bernasib baik kena cantas melopong, kabel yang mencantas pulak besar masa tu, sendiri punya besar lidi je.

Kalau kata gua tipu gi la kat mana2 majlis umno, mesti cerita sama yang di ulang tayang, cerita pasal Anwar, Mat Sabu, meskinnya Kelantan, Ketuanan Melayu, Perkauman Dap. tu semua story board yang akan dimainkan. kalau tengok muka2 pengundi kurang percaya, mula la buat ugutan, Malaysia akan tergadai, Malaysia akan hancur, tak kenang budi, bahaya kalau Dap perintah (entah dari mana pulak Dap boleh perintah gua pun tak faham) last sekali ugutan Melayu akan ditindas.

Balik kepada cerita gua tadi, tunjukan gua mana pemimpin Umno yang betul2 sayangkan bangsanya, yang betul2 nak pejuangkan bangsanya, agamanya. bagi gua satu contoh pun jadi la. Jangan bagi contoh pemimpin lama bagi gua contoh pemimpin yang ada sekarang, tak de sekor pun yang ultra Melayu beb. Tu gua minta contoh yang sayang bangsa, belum lagi gua minta contoh yang benar2 sayangkan Agamanya.

Bagi gua contoh seorang pemimpin Umno yang betul2 follow agama Islam. Cukup Islam kah bagi bini mengerbang rambut, cukup Islam kah bagi anak jadi penyanyi.....................

Read more...

dulu kini selamanya bangang

Mohamad Fatmi diminta mengulas ucapan Anwar yang memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas dan hakim-hakim yang menjalankan tugas tidak mempunyai kewibawaan kerana terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.
 
Gua tak berminat pun dengan mamat ni, idea tak de hanya ulang apa yang orang lain kata seperti pencacai2 yang lain. tapi gua suka dengan isu yang buat pencacai2 umno ni meroyan berebut-rebut buat ulasan. budaya biasa umno, bila bos dia timbulkan isu apa lagi macam langau semua sibuk kerumuni isu tu, kemudian dikitar semula dalam dialog yang sikit bebrbeza tapi skrip sama.

agaknya ini la yang disebut2 oleh Cek Det:  Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka.

umno da ketandusan orang bijak pandai yang duk dalam cuma mereka yang kurang bijak atau perkataan mudah banggang. sebab tu kenyataan yang keluar banggang belaka, tak de yang dapat membantu umno yang dah nazak ni.

kalau umno bijak kenapa tak jawab kenyataan Anwar ni bukan bagi dalih pulak, tunjukan bukti anwar kencing, tunjukan bukti cukong kaya dibicara macam orang miskin dibicarakan. Tapi sekarang umno berani ke tunjuk bukti atau memang tak de bukti badan kehakiman bebas dari campurtangan. macam najib kata:

Kalau kita masih lagi dalam ruang lingkup pemikiran lama kita akan terkecundang seperti mana nasib berlaku pada parti-parti tua yang lain seperti LDP (Parti Liberal Demokratik di Jepun), Golkar (Indonesia) dan Congress (Indian National Congress) suatu ketika dahulu.
Tetapi kalau kita tidak melakukan perubahan dan kita tidak sedar bahawa landskap politik sudah berubah, rakyat boleh menolak kita.

Tapi memang dah dasar kutu2 dalam umno ni spesis bangang mana tahu nak berubah, tetap nak tuding jari semua orang salah yang diri sendiri betul memanjang, tu sebab la umno bakal berkubur tak lama lagi disebabkan kebangangan sendiri

Read more...

Sunday, November 27

Gangster tua felda nak belasah orang

Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka. Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook.Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan.

Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!!
kah kah situa gangster nak belasah orang sedo diri la weeiiii

Read more...

Rais lu nak kencing siapa beb

Masyarakat Orang Asli di negara ini merupakan masyarakat yang paling beruntung dan bertuah jika dibandingkan dengan kaum pribumi di beberapa buah negara lain, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ini kerana masyarakat Orang Asli di negara ini sentiasa mendapat perhatian dan pelbagai bantuan daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

"Jika kita lihat masyarakat Orang Asli atau pribumi Maoris di New Zealand atau Red Indians di Amerika Syarikat, mereka tidak beruntung seperti masyarakat orang asli di negara ini.

kenyataan paling bodoh dan bangang dari menteri yang memang bangang, kalau nak melembukan orang malayasia pun agak2 la beb, bagi la contoh orang asli kat afrika sana ke, ni lu bandingkan dengan orang asli red indian dan maoris, apa lu buat lawak ke.

Lain kali kalau nak kencing jangan buat media kasi orang malaysia buta maklumat, sekarang orang petik sikit je dah dapat tahu, lu ceta apa, taraf hidup diorang kat sana lebih tinggi dari taraf hidup orang asli di Malaysia, rata2 orang asli di Malaysia hidup bawah paras kemiskinan, cuma beberapa kerat je yang berjaya yang kaya raya jauh sekali atau lu nak cerita ananda krisnan, atau lu sendiri adalah orang asli.

Kat amerika atau new zealand belambak orang asli kaya raya beb, kat sini apa yang diorang ada, tanah adat diorang pun kutu2puak lu rampas bagi balak kat taukeh2 yang memang da kaya. pernah dengar nama jonah lamu, atau lu pernah dengar nama the rock,atau ramai lagi la, g tanya pacik google senang2 je lu nak dapat info.
New Zealand is still administered by the United Kingdom (although it is an independent state). There have been four members of British Parliament representing New Zealand that have been of Maori ancestry since 1867. Four of the 97 members of the House of Representatives in New Zealand are also Maori. 
beritahu gua kat malaysia ada ke?

Read more...

Saturday, November 26

nak percaya apa lagi


1.Barisan Nasional (BN) menggunakan khidmat penilai pihak ketiga bagi mengesahkan laporan penilaian awal mengenai status kawasan pilihan raya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno belum berupaya secara berkesan untuk bertindak mengikut citarasa generasi muda.

Dua senario menunjukan wak din dah meluat dan dah tak percaya dengan orang sendiri, sah terlalu ramai kaki kencing dalam umno sampai bos sendiri pun basah kuyup kena kencing, dek kerana selalu kena kencing sampai hancing wak din dengan jelas membuat kenyataan seolah2 kutu2 dalam umno langsung tak boleh dipercayai.


Tapi gua heran juga masih ramai juga kutu2 yang percaya pada umno sedangkan bos umno sendiri pun dah tak begitu percaya, pada orang2 dia. untuk senario pertama gua cadangkan kepada wak din jangan membazir duit banyak2 bayar orang lain untuk buat penilaian, apa kata wak din, lu bayar je gua untuk buat penilaian, gua pasti akan buat penilaian yang tak berat sebelah, kalau wak din kurang percaya, apakata lantik je ISA ke, AMENO ke, MILO SUAM ke, SALEHUDDIN ke, tak pun ADUKA TARUNA ke jadi penilai, dia orang ni semua boleh pakai punya kaki, tarak kencing2, tak caya tanya gua, kah kah kah kah.



Kalau lu bagi pada papagomo tak pasal2 nanti laporan sex je lu dapat, bagi kat parpukari pulak mahu taukeh guniess stout je yang kaya, bagi kat manjong mari mahu setahun cikgu tu tak ngajar kira duit je.



Untuk senario kedua pulak wak din lu sebenarnya silap, mana ada puteri umur dah sampai nak putus darah dianggap puteri lagi beb, dah dekat ganyut mana tahu citarasa orang muda cari la puteri yang umur bawah 30 baru ada rasa macam orang muda. tu bab puteri bab




Pemuda pulak yang puak lu bagi kat kutu yang dah terkenal dengan lakonan tak menjadi buat pe, kejap buat patriot la, pas tu konon lari2 anak kena kejar polis. kerja lain tak de asik cabar sana sini berdebat tapi sampai waktu kuncup. kutu2 macam ni yang lu harap nak faham citarasa orang muda, nak kumpul orang muda pun terpaksa bagi t shirt free, duit makan, duit minyak, elaun rm10 je pulak tu, mana cukup beb nak isi topup pun jap je abis beb, bagi la rm100 ke seorang baru ada rasa beb.



.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP