Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, January 31

Pencapaian diutamakan


 Kegiatan pelacuran membabitkan golongan wanita tempatan dikesan meningkat hampir 70 peratus iaitu daripada 1,060 orang pada 2010 kepada 1,801 orang pada tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan kaum Cina merekod jumlah seramai 333 orang diikuti Melayu (213 orang), India (83 orang) dan lain-lain kaum (430 orang).
Kajian mendapati faktor kesempitan hidup dan keinginan untuk meraih pendapatan tinggi dengan cara mudah dan cepat selain kepincangan dalam institusi kekeluargaan merupakan punca utama menyumbang kegiatan pelacuran membabitkan wanita tempatan.

Satu lagi kejayaan yang dapat diraih hasil pemerintahan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tahniah atas kejayaan pencapaian yang amat memberangsangkan ini, kepada kaki sek atau umprono gua amat berbangga hasil tarbiah, didikan dan pemerintahan yang bergaya telah berjaya, satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Gua ingat bro ISA pun akan berbangga seperti gua berbangga. kah kah kah.

Gua suka tengok hasil kajian ni yang menjadi faktor pencapaian terbaeek ni, kesempitan hidup: patut la berpusu2 orang minta bantuan gereja, gua selalu juga dengar kat tv3suku tentang bertapa kerajaan Bn telah berjaya membantu rakyat tiba2 hari ni pulak Pdrm kata ada lagi rakyat yang kesempitan hidup, issssh isssh pelik pelik!

Kepincangan institusi kekeluargaan: kenapa ye boleh berlaku dalam negara islam yang mengamalkan konsep wasatiyaah katanya, pelik kan! Agaknya la menteri yang menjaga pembangunan masyarakat sibuk sangat la jaga lembu sampai tak sempat, sempat 

Apa pun gua nak ucapkan sekali lagi tahniah atas pencapaian ini. Dan gua sebagai rakyat yang dipimpin hasil nasihat apco berasa teramat teruja.

Pada kaki yang suka makan luar, satu kegembiraan untuk anda semua, sebelum ni lu semua hanya disajikan lauk dari indon, china, thai atau vietnam tapi kini lauk tempatan telah mula menguasai pasaran, bertuah sungguh lu.

Read more...

Monday, January 30

ingat!


 Bekas Ketua Meja Mahkamah Utusan Malaysia, Kamariah Ahmad ditemui meninggal dunia di rumahnya di Menara Cenderawasih AU3 Keramat di sini malam semalam.
Allahyarham yang berusia 59 tahun menghidap kanser payu dara.
Allahyarham menyertai Utusan Malaysia sebagai wartawan di Meja Mahkamah pada tahun 1979 dan dikenali sebagai seorang ketua yang begitu mengambil berat tentang kebajikan anak-anak buahnya.
Sepanjang karier beliau, Allahyarham yang masih bujang, telah membuat liputan pelbagai kes mahkamah yang pernah menggemparkan negara, antaranya kes perbicaraan Mona Fandey, kumpulan militan Al-Maunah, kes liwat dan salah guna kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib.


Semoga Allah memberi keampunan dan ditempatkan dalam golongan terpilih.

Kepada orang utusan ini mungkin merupakan peringatan Allah supaya lebih bertanggungjawab dalam melaporkan berita, gua mohon Allah beri gua dan kita semua hidayah untuk memyampaikan berita yang benar, dan kita semua tak kan mampu terus menongkat langit, kematian adalah pasti, jd jgn fikir dunia ni kita boleh terlepas. 

Read more...

Sunday, January 29

katak


 Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.
Ibrahim mendakwa rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar, sudah sampai masanya untuk kita lupakan Anwar dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita. Golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia ni.
Tu la orang tua dah kata hidup tak kan menongkat langit, ni contoh kutu yang dah kekurangan oksigen cuba meludah tak sedar kena muka sendiri, Tapi nak buat camne kaki bodek tetap dengan tugas membodek,  pada lu orang siapa lebih releven Anwar atau ibrahim

Read more...

Ye ke rasuah boleh hapus?

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dalam usaha mencegah gejala rasuah. 
Gua cilok gambar ni dari sini




Sain la berape banyak dokumen pun rasuah tetap dah menjadi tokak dalam Malaysia ni, dah berakar umbi berratus tahun da, cuma kaedahnya semakin maju dan semakin canggih, nak certa apa beb. lu tengok la sendiri, ikrar kepada tuhan pun ramai kutu2 boleh langgar ni kan pulak cuma sain ikrar. keparit la jawabnya beb.

lu cuba bayangkan orang yang berikrar menjadi muslim dengan mengucap dua kalimah syahadah, mengaku akan taat kepada Allah dan rasul pun sewenang2nya boleh langgar perintah Allah. Kalau tak masa kan boleh berlaku kes2 rasuah yang banyak dibawa kemahkamah, tu yang kantoi yang tak kantoi, yang ditutup atau yang pura2 buat tak nampak pulak apa cerita beb.

Sembang je lebat beb nak perang rasuah, nak benteras rasuah tapi bapak2 rasuah yang berlambak ada dalam kerajaaan tu nak letak kat mana beb. Yang kantoi dan yang jadi kambing hitam semua ikan bilis sijerung2 semua lepas, cuma nasib khir toyo je kurang baik terpaksa dikantoikan. Sekarang ni heboh pasal skandal nfc agak2 lu orang ada kutu yang kantoi tak, yang hari tu kena hadapkan kat mahkamah pun tak de kena mengena dengan skandal ni, cuma nasib datuk tu kurang baik dikantoikan sebab ada sipi2 terkena Nfc. Yang duk dalam nfc atau berkaitan secara langsung dengan Nfc gua tengok relex je beb.

Pada gua la buat macam mana pun nak basmi rasuah tak kan menjadi selagi, jerung2 rasuah masih terus berkuasa.

Read more...

Saturday, January 28

Hancur?


Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang seperti ingin menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak sebagai tidak realistik.
Malah, Perdana Menteri menegaskan, janji-janji tersebut merupakan resipi kepada kehancuran ekonomi negara.
"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira.
"Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.

Apanya yang tak realistik ni gua sendiri pun tak faham, realistik pulak bila nak bela lembu guna duit sampai rm250juta, bagi permata pintar sampai Rm111juta. belum lagi cerita kapal selam, jet pejuang, skandal maika, pkfz. Yang lain gua malas nak sebut lu boleh fikir sendiri.

Mrngenai resipi kehancuran ekonomi pulak bukan ke selama ini memang ekonomi Malaysia menuju kehancuran, dek perbuatan BN. Malaysia ni masih beruntung masih ada minyak, kalau tak dah lama da ekonomi Malaysia bungkus, Tu pun kerajaan BN masih leka, rakus nak memjahanamkan ekonomi.

 Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan ‘perbelanjaan’ sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini? gua cilok dari sini


Read more...

Friday, January 27

lembu emas

Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
  
 Apa cerita ni beb keluarkan lembu cuma 8000 dengan modal 250juta dikatkan berjaya apa da mabuk ke, budak sekolah pun boleh kira beb. Kalau la boleh hasilkan cuma 8000 ekor lembu di nilaikan sekor paling mahal pun rm5000 jumlah kutipan baru rm40juta. cerita banyak pun tak guna lu pikir la sendiri.

Read more...

Thursday, January 26

Anjing menyalak bukit


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering memfailkan saman terhadap pihak-pihak yang mengkritiknya jelas bertentangan dengan imej demokrasi dan hak asasi manusia yang cuba diperjuangkan Ketua Pembangkang itu.
Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menegaskan, tindak tanduk Anwar itu memperlihatkan beliau tidak faham dan tidak menghormati hak bersuara pihak lain.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah, hakikatnya Anwar tidak sanggup dikritik oleh pihak lain sedangkan kritikan adalah perkara biasa bagi seorang ahli politik.
‘‘Jika dia benar seorang pejuang hak asasi manusia kenapa dia menggunakan mahkamah untuk menutup mulut orang lain.
‘‘Kalau seseorang menyaman orang lain kerana orang itu mengkritik dia, bermakna dia tidak sanggup menerima kritikan dan usaha dia untuk menutup mulut orang lain ialah dengan saman,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.


Umpama Anjing menyalak bukit bukit takkan runtuh anjing yang kepenatan, Dua artikel yang gua rembat dari paper fitnah teulung di Malaysia ni, menunjukan 2 kutu yang gua sungguh kesian yang hanya jadi pak pacak dalam filem politik Malaysia, terhegeh2 mengharap simpati dari tuan nya dengan harapan mendapat imbuhan tulang kokang,


Siapa dua orang ni, hidung tak mancung pipi tersorong2 nak mendapat publisiti murah, Anwar gua rasa telah bertindak bijak untuk tidak melayan pak pacak ni, buang masa dan buang tenaga je. tak  de faedah malah boleh bagi publisiti murahan je. Dan kalau la Anwar bertindak bodoh melayan 2 ekor kutu ni gua orang pertama akan katakan anwar banggang, mengangkat pak pacak jadi hero.


Umno yang begitu bijak telah mengunakan tukang bawa tombak untuk berperang dengan Anwar, dengan harapan anwar boleh temakan pacing yang digunakan. walaweeii 2 kutu ni tak sedar ke lu siapa, anak bilis nak sibuk membaham jerung, sedar la diri sikit lu nak bersilat langkah sumbang, nak kutuk orang diri sendiri penuh panau dan kurap. tak kemana der.

Kalau Anwar tu banyak pekong dedahkan je la apa lu takut backing lu kan cukup gah, dari dulu lu sibuk meroyan ada bukti tentang pekung anwar tapi sampai sekarang 1 bukti pun tarak, apa lu cakap benda sama je, pekong mana yang lu buka tak de beb, yang ada cuma cakap2 yang tiada bukti. Orang yang akal pendek boleh la lu bedek kena yang bijak kena gelak je. menyalak la terus beb tak kan runtuh bukit tu

Read more...

Wednesday, January 25

Melayu phobia dengan Islam?

Hari ni bila gua pergi berjalan2 gua jumpa dgn beberapa kenalan, ada yang becerita pasal politik, ada yang becerita pasal keluarga, ada yang cerita pasal anak dapat masuk u la, dan macam2 lagi. Bila satu member ni asik cerita anak dia dapat masuk u gua banyak diam je pasal anak gua yang sulong pun baru je belajar kat materik pertengahan tahun ni baru habis, mudah2han dapat la sambung belajar kat u.

Yang gua tertarik pasal u ni sebab gua teringat kembali masa gua mula2 masuk u dulu, masa minggu suai kenal, akak n abg senior sibuk la jadi kodinator, masa hari2 awal di orang dah ajar nyanyi lagu, apa ntah gua lupa tajuknya, tapi liriknya gua masih ingat, kalau tak silap gua la bunyinya macam ni.

Anak kecil Main api, terbakar hatinya yang pedih, air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang................ selebihnya gua ada ingat ada lupa. Pehh masa nyanyi lagu ni bukan main bersemangat lagi gua,  dalam hati bukan main lagi nak membela bangsa la kononnya! semangat gila beb.

Masa gua belajar tu gua kurang terlibat dalam politik, politik kampus adalah, gua jadi ahli majlis perwakilan pelajar, masa tu nak dapat info dari luar memang agak terhad jadi tak la gua aktif politik. walaupun dalam hati gua merasa ada yang tak kena dengan pemerintahan BN. Tapi kesan daripada lagu yang gua sebutkan tadi, gua bersemangat untuk membela melayu, bila balik cuti gua sibuk la bantu umno dalam menipu rakyat kononnya nak perjuangkan bangsa la dan macam2 lagi.

Bila gua ikut krusus yang ala2 BTN gua bertambah semangat menyokong Umno, dalam kamus gua, semangat 46 dan pas pada masa tu cuma parti pengacau yang mahu merosakan rakyat. Peristiwa ni berlarutan sampai gua habis belajar, dan masuk kerja, pada masa tu gua dapat jadi pengurus syarikat balak dan lombong pasir, masa tu juga la gua baru kenal apa tu kroni, apa tu duit lobi, apa tu under table, apa tu proksi, sebab sebagai pengurus gua selalu la ikut MD gua pergi jumpa datuk2, pengarah2 jabatan, dari situ la gua lebih faham, walaupun lu tak berkelayakan lu masih boleh dpt projek, masih boleh dapt tanah asal ada pelincirnya.

Tak lama gua jadi pengurus gua tak boleh tahan, macam duk bawah api je panas, rasa macam makan duit tak berkat je. gua berenti gua jadi pulak engineer kat sebuah syarikat yang agak besar, gua kena jaga satu projek mega juga kat situ gua juga tak boleh tahan gua tengok lagi kuat mainan pelincir diorang ni. dalam masa yang sama gua juga merupakan pendokong kuat umno. berdegar2 sana-sini, nak perjuangkan bangsa, tapi semuanya kencing. perjuangkan perut sendiri adalah.

Lepas gu cabut dari jadi engineer gua jadi remisier pulak kat sini la gua lagi tahu macam2 bentuk putar belit diorang nak kapur duit rakyat, masa tu la gua mula dekat dengan pas gua baru faham apa yang sebenarnya Pas inginkan, selama ni gua begitu bangang memperjuangkan penyamun2 yang bertopeng sebagai pejuang bangsa kononnya. Gua baru faham umprono la perosak bangsa yang menjadi petualang kearah jatuhnya melayu, yang menjadikan Melayu sekarang ni bertambah kronik dengan permasalahan sosial, ekonomi dan agama.

Gua tengok dengan jelas macam mana topeng Melayu yang dipakai umprono telah berjaya menyesatkan bangsa melayu kearah kehinaan. topeng ketuanan Melayu hanya retorik yang sentiasa diulang untuk memperbodohkan bangsa Melayu. Sehingga kini gua tak nampak pun dimana letaknya ketuanan Melayu yang sentiasa bermain dibibir diorang. Tuan apa kalau dalam ekonomi pun tak sampai 30% kita pegang. Tuan apa kalau mejoriti bangunan di kawasan bandar dipunyai bangsa lain.

Gua bukan nak mempertikai kekuatan ekonomi atau pemilikan aset bukan melayu tapi gua cuma pertikai kenapa kita tak mampu bersaing, mejoriti menteri melayu, kakitangan kerajaan juga melayu tapi mana perginya amanah yang digalas kalau Melayu masih menumpang ditanah sendiri.

Hari ini gua nak bercerita tentang Melayu, tentang kebangsatan pemimpin melayu yang berjaya menghancurkan melayu, gua tak becerita menurut kacamata Islam, sebab gua percaya masih ramai orang melayu begitu phobia dengan islam walaupun mengaku islam.

Jadi apa sebenarnya yang dibuat umno selama ini untuk mengangkat bangsa melayu, kita semakin hari semakin ketinggalan, seperti melukut di tepi gantang, gantang orang lainpunya, isinya pun orang lain punya. Umno jangan la nak membangakan diri, lu sebenarnya pengkianat bangsa. percaya la selagi umno berkuasa selagi itu la melayu akan terus teringgir.

Read more...

Tuesday, January 24

Melayu bangang

Terlebih dahulu gua nak ucapkan happy new year kepada rakan yang menyambut hari tersebut.

Hari ni gua satu badan hangin melihat gelagat anak muda yang mengaku melayu, orang sibuk nak merayakan tahun baru diorang pun sibuk juga, sibuk raikan tahun baru masihi kutu2 ni pun tumpang sekaki. Yang gua hanin tu bukan sebab tengok diorang meraikan tahun baru cina tapi yang gua tak boleh bla tu bila bukan main lagi kutu2 ni buat jalan macam mak bapak diorang je. bedezup sana sini, merempit macam orang gila todi.

Gua tahu la lu orang nak hapy2 tapi kalau ada yang mampus kat atas jalan siapa yang susah...... yang gua tak leh tahan tu bukan anak2 cina yang merempit tapi anak2 melayu bingai mana tah yang begitu seronok tak hingat dunia. berlagak macam nak sangat masuk kubur cepat. Ni lah spesis nak kata binatang tak juga, ada rupa manusia tapi bodohnya tahap binatang. senang cerita Melayu bangang la.

Gua beranggapan bila sibodoh ni semua tahu mengucap bahawa kutu2 ni mesti la orang Islam, ntah salah mana didikannya boleh jadi begitu bangang dan bodoh terlampau, gua pun tak tahu la.

Dalam masa yang sama gua bertambah hairan juga, kenapa la anak melayu yang kononnya beragama islam ni sering sangat menjadi juara kepada idea2 binatang ni. lu perhatikan la juara dadah jatuh kat orang melayu, juara hiv pun melayu. juara sumbang muhram Melayu, juara buang anak Melayu, juara perogol melayu. juara bohsia kalu orang panggil sekarang cikaro pun Melayu. Apa masalahnya ni beb.? Lu orang ada idea ke macam mana kutu2 melayu ni sering jadi juara.

Nak salah kan kerajaan macam tak patut, memang la, selama ni dasar kerajaaan memang menjerumus kearah buat maksiat, ambil contoh, sambut tahun baru je berhabis tah berapa puluh ribu buat konsert, main bunga api, dan bermacam lagi la sambutan penuh maksiat. tu belum kena hari raya lagi penuh dengan hiburan, kat TV kat rumah terbuka dan macam2 lagi la. tu baru dua sambutan gua bagi contoh belum yang lain tapi tak patut pula salahkan kerajan, lembaga penapis filem pulak sekarang bukan main ringan je buat tapisan, pelakon dedah body hampir bogel pun boleh lepas, adegan ranjang cuma belum sampai tahap xxx pun boleh lepas. Tapi kerajaan tak salah beb arus kemodenan katakan.

Bini pemimpin laga pipi laga hidung, laga mulut pun tak dikira mendidik beb, tak de class la beb kalau tak ikut barat. jadi tak salah la tu.

Gua nak salah kan ahli agama, mufti, usataz atau ustazah tak boleh juga, diorang mana boleh tegur lebih2 beb, alamat tak boleh jadi kaya la beb. Nak cari makan punya pasal takan nak duk marah atau tegur keras2 nak macam mana nak jual ilmu orang menyampah. alamat tak berasap dapur beb, tak merasa la pakai keta bmw ke merc ke, takan la nak pakai kancil je. jadi diorang ni tak salah la beb. sebab agama tu pada pandangan diorang boleh dijual beli beb, agaknya la, gua bukan tau sangat.

Mak bapak pun tak salah beb, tegur anak nanti bila tua kena hatar kat pusat jagaan, masa muda semua sibuk nak kumpul harta, anak2 pandai2 la nak hidup, bagi makan bagi sikit kemewahan ok la tu. Mak bapak sibuk beb kejar dunia, mana boleh tahan tengok orang lain senang, pemimpin hidup senang lenang, orang lain pun sama sibuk kejar harta diorang mana boleh tertinggal beb. Mak bapak sekarang buka macam dulu beb, bukan main bangga lagi kalau anak kecik2 dah boleh jadi artis mana tahu boleh tumpang tuiii, halal haram belakang sikit beb. Tu pun tak salah beb. zaman materialistik beb, semua berkehhendakan duit.

Apa nak takut anak terlajak, bunting, beranak je ada bank bayi, ada pusat, ada asrama, maruah sekarang ni dah tak siapa pandang beb, yang penting duit2222.

Jadi tu yang gua duk binggung ni beb, apa sebabnya anak melayu boleh jadi juara, lu orang bagi cerita pada gua beb.

Read more...

Saturday, January 21

Siapa sebenarnya lembu

Patut la lembu kat Malaysia ni boleh cecah ratusan juta,

Nak cerita pasal lembu gua rasa macam tak patut sebab masih dlm siasatan,

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'araf ayat 179)

Gua sebnarny lebih berminat nak menulis tentang kebodohan dan kejahilan manusia yang mengaku suci. kemodenan tak semestinya boleh menghalalkan semua perkara. Kalau pun mungkin tak faham atau jahil tntang islam kenapa pula budaya melayu yang menjadi mazhab muktabar umprono pun boleh dilanggar.

Apa kaitan antara gambar atas dengan firma Allah yang gua boldkan atas tu, gua bagi contoh kat bawah ni adkah mereka sama atau lebih sesat? lu jawab la sendiri.





“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” (Al-Maidah 45 ) 



Gua rasa lu semua faham apa yang gua cuba katakan.



 



Read more...

Thursday, January 19

Pelacur dan melacur


Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.
‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.
‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gua teramat suka sangat dengan pandangan tuan penasihat ni, aka mantan mufti johor, sebab tu gua bold kan ayat atas tu. Ini baru betul tok ada bran nak tegur. bermakna siapa yang tolak hukum dan hina dan merendahkankan hukum Allah tu murtad kan tok. Macam kata PM kita, Hukum hudud tidak sesuai nak dilakukan, bermakna Pm kita macam juga menghina dan merendahkan hukum Allah la tok. seolah2 Allah tak pandai dan dan kurang sesuai semasa menurunkan perintah dalam alQuran kepada Rasullulah. Ish ish jahat juga PM kita ni rupanya ye tok.

Gua sebenarnya tak suka nak menyerang ahli agama, atau yang mempunyai ilmu tinggi tentang agama, tapi kenapa la, kutu2 ni sentiasa bercakap bila terasa akan mendapat kredit bagi dirinya, dan mejadi belatuk yang bertukang bila ada kepentingan.

Apa kutu2 ni semua memang dilahirkan penakut untuk berhujah bila membabitkan bos sendiri, atau yang boleh memberikan pandangan nagetif terhadap bos2 diorang, Kenapa bila ada isu besar membabitkan kepentingan rakyat, kutu2 ni menikus takut berhujah.

Ambil contoh la kes homoseksual ni, bila utusan mula mefitnah, berbondong2 la kutu2 ni menyatakan pendirian atau pendapat, apa yang muskilnya pula isu ni bukan benda baru, mana selama ini lidah kutu2 ni pergi. Kenapa pula tak ada yang berani memberikan hujah menurut hukum Islam, kenapa pula sibuk nak mempertahankan undang2 lapuk yang sedia ada yang akhirnya menjadikan sigila sek pintu belakang semakin mengila.

Apakah hukum yang di turunkan Allah tidak cukup sesuai untuk mendepani masalah orang2 gila ini (homo). Apakah ahli2 agama ni lebih rela menjadi pelacur, dengan melacurkan ilmu yang ada hanya untuk mengampu dan mendapat imbuhan tak kira dalam bentuk gaji ke atau elaun dsb.



Bila gua tulis tentang isu ni, gua teringat tentang Filem Musang berjangut. Sindiran sinis dari filem ini walaupun dalam bentuk lawak terkena benar dengan Ahli agama, Terutama watak tok imam nikah kawin. Menghalal apa yang haram, semua nya kerana nafsu ingin senang dan kaya dan berahi.


Read more...

Wednesday, January 18

Kita ni Melayu ke?

Sejahtera...sy minat blog gini.. Tp sy ada cadangan untk tuan..klu sudi terima..cuba sesekali ubah topik dr kita nuding jari pd sesiapa ke mencari formula kemana hala kita sbg mlayu dan cabaran untk ank cucu kita..cuba kita bincang ttg budaya,ekonomi bangsa kita yg dianggap sbg bngsa yg malas mundur dan hanya menharap ikhsan..ini zaman serba maju tak perlu demo kn kemarahan kebencian pd pihak2 tertentu hanya krn berbeza cara pemikiran..bangsa mlayu perlu segera disuntik semngat untk bersatu dgn budaya dan ekonomi yg mantap..supaya juak2 yg pnah menumpang di halaman kita sedar yg kita amat brjaya jika berbahasa dlm satu suara..brjaya dlm satu usaha..

Inikah dikatakan Melayu

Atau ini Melayu

Gua tertarik dengan komen ni, persoalan tentang melayu mundur, melayu malas ni bukan perkara baru, dah beratus tahun berlaku, apa yang berlaku ni dah menjadi sebahagian dari diri melayu, identiti melayu, berakar berumbi dan bernanah dalam diri melayu tu sendiri, kenapa kerana melayu amat sinoname dengan kebodohan, penakut, mudah terpedaya dan paling hebat melayu itu tidak punya identiti. Jadi ujudnya melayu sekarang ini umpama lalang ditiup kebarat ikut ketimur ikut.

Semua orang boleh dengan bangga mengaku melayu walau dari budaya bebeza, dari ras berbeza, dari rumpun berbeza, jadi campur aduk antara budya ni la yang ujudnya " melayu" sekarang. Gua bercerita tentang melayu jadi jangan ada yang meroyan tak tentu pasal kaitkan dengan agama pulak nanti.

Apa yang menjadi persoalan gua apa sebenarnya melayu?, orang yang dari tanah besar cina mudah mengaku melayu datang asal keturunannya. orang yang datang dari bumi india juga boleh sewenang2nya mengaku melayu, begitu juga dengan yang datang dari tanah arab. jadi mana  atau apakah identiti melayu. budaya cedok dari ras atau keturunan yang datang ke tanah ini kemudiannya diangkat menjadi melayu. jadi mana letaknya melayu.

Gua tak payah bagi contoh lu orang sendiri boleh berfikir apa yang gua katakan ni. Jadi kalau dikatakan melayu itu mundur pemalas atau segala macam caci maki kepada siapa sebenarnya ditujukan semua ni.

Apa yang gua cuba pertahan kan selama ini bukan pada keturunan kerana gua percaya bahawa melayu itu buka satu mazhab yang mesti diimani untuka membentuk diri atau kerohanian. Kalau la kita asik bercerita tentang kekutan ras atau kaum dan kemudian cuba mengangkat setinggi mana sekali pun sesuatu kaum pada gua la kita tak kan kemana, malah kita semakin rebah, tersungkur. Kerana apa? kerana kita akan hanya bergantung kepada satu tali yang sangat nipis yang bila2 masa sahaja boleh putus.

Ini sebenarnya yang berlaku sekarang bila kita angkat satu kaum umntuk memimpin roh keinsafan terhadap tanggunjawab atau amanah selalu dikesampingkan kerana manusia yang diangkat menjadi pemimin ini sendiri tidak faham hakikat hidup dan seterusnya hanya menjadikan kepentingan diri samada INGIN KAYA ATAU SENANG sebagai perkara utama dalam kehidupan.

Lu orang boleh tak bagi satu contoh seorang pemimpin yang benar2 ingin berjuang untuk kepentingan umum dan mekesampingkan kehendak peribadi. Gua rasa lu sendiri susah nak bagi contoh, tapi kalau la gua minta pemimpin yang gua sebutkan sebelumnya gua ingat petik jari je lu semua boleh jawab.

Kenapa gua asik menyerang pemimpin? jawapan senang sahaja kita ambil skop kecil dulu, dalam rumah lu dianggap pemimpin, lu punya kekuatan kewangan, lu punya kuasa veto sebagai pemutus, lu punya kekuatan untuk menghukum. Adakah lu rela membelanjakan duit untuk diri lu sendiri kemudian membiarkan anak2 lu diberi makan sekadarnya. Atau lu rela membelanjakan duit untuk bermewah2 membina gedung atau istana tanpa melihat mana lagi keperluan lain yang sepatutnya lu belanjakan.

Atau lu rela membiarkan anak tanpa pimpinan merayap sendiri mencari kehidupan, mencari pengalaman, atau didikan keagamaan.

Gua boleh cerita lebih panjang tapi untuk apa kalau yang menerima nya akan cuba melihat darisudut yang nagetif.

Cuma apa yang boleh gua katakan sekarang ni, kenapa kita tak jadikan agama sebagai paksi kepada  segala macam persoalan, apakah kita tidak cukup yakin atau iman kita cukup rapuh untuk percaya bahawa Islam itu ada segalanya. Kenapa kita tak menjadi kemunduran Islam sebagai agenda yang maha lebih penting dari kemunduran Melayu.



Read more...

Tuesday, January 17

Apa maksud Najib ni

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.
Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.
"Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar.

Ini bukan durian runtuh beb tapi durian buang buruk beb cuma 5 rat je apa rasa beb.

Gua lebih tertarik dengan kata2 ni "Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar."

Gua nak bagi teka teki siapa yang dimaksudkan kita ni beb, lu jawab la sendiri, adakah KITA itu bermaksud najib dengan isa, atau Najib dengan rosmah atau najib dengan wak din pagoh.?

Ok lu orang lagi cerdik tolong gua sikit bagi jawapan yang agak bernas, maklum la gua ni macam dah jadi biol asik kena kencing je dengan najib ni

Read more...

Sunday, January 15

la lagu retro umno ni lagi.....

Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.
Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.
Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

Perrhhh setiap hari gua tengok beratus2 orang keluar pas masuk umno, habisla pas tinggal Bro Mat sabu je la nanti, kah kah kah kah.

Lagu retro ni memang selalu diulang oleh umno terutama bila dekat pilihanraya. macam lagu raya la katakan. Apa kata kita layan je lagu ni, masa pilihanraya 2008 dulu pun lagu retro ni diputarkan beribu2 la orang pas keluar masuk umno. tapi heran juga bila keputusan keluar hampir tersungkur lak umno. Gua ingat la pas ada ilmu ghaib boleh tukar kertas undi. Lu kena menuntut ilmu ni juga bro Isa, bro hanz, sis yong, mana tahu boleh tukar kertas jadi duit ke, boleh gua tumpang sekaki. kah kah kah.

Cuma gua agak heran la kenapa tak de pulak cerita ahli Dap keluar parti, seingat gua ada la sekali tu ada lagu retro tentang Dap ni tu pun dah lama. Kat johor ni lagi ramai orang pas keluar masuk umno, berjuta2 tu sebab umno, boleh menang mudah je kat Johor.

Tadi tu cerita gua berangan je, sebenarnya gua dan semua orang dah cukup masak dengan kencing umno ni. Lu cerita pada gua mana ada orang cerdik kemudian mahu jadi bangang. macam tu juga la bila orang umno keluar masuk pas bermakna diorang dah mula cerdik, nampak bahawa bukan umno je boleh perintah, diorang dah mula nampak putar belit umno, diorang dah nampak umno ni tempat berkumpulnya kaki sapu, kaki rasuah, dan segala macam kaki lagi la.Takan la kutu ni begitu bangang nak masuk lubang najis macam tu selepas keluar dari tong najis umno ni. Kalau benar la itu yang berlaku gua rasa orang Malaysia boleh masuk dalam senarai 7 keajaiban dunia.Yang ke 8 kot....

Macammana pun gua tetap kesian kat umno lagu retro sumbang tu la yang diorang duk putar selalu, kesian kerana dah tak de idea baru




Read more...

Kalau la rakyat Malaysia bijak


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan sesekali hilang fokus dalam menabur bakti kepada rakyat walaupun pembangkang sedaya upaya memburuk-burukkan kerajaan termasuk sanggup mempolitikkan badan kehakiman.


Gua setuju bebenor dengan kata2 Najib ni, BN tidak akan sesekali hilang fokus menabur bakti umpama petani beri jagung kepada ayamnya, bila ayam2 sudah gemuk, apa lagi tibai la, isi perut sendiri, bagi rakyat jagung bagi diri sendiri daging kaw2 punya rembat.

Lu semua tengok la dua tiga hari ni dan pada hari yang bakal mendatang gua tengok, bukan main sedaqp je dia tabur duit sebelumnya kat selangor lepas tu kat perak, gila babi punya banyak beb dia tabur pancing undi, rakyat pulak yang mana akal pendek sikit apa lagi angguk2 geleng2 ikut irama umno. punya la seronok minum kencing umno.

Gua nak tanya la, kalau betul la umno ni perihatin kepada nasib rakyat kenapa bila dah dekat sangat dengan pilihanraya baru nak tunjuk umno murah hati bagi itu ini, apa sebelum ni nasib rakyat tak perlu kemudahan ke atau lantak le orang malaysia bukan cerdik sangat, bagi sikit gula2 dekat pilihanraya. semua boleh sattle, pangkah terus BN.


Kalau lu orang boleh tengok la kenapa umno ni beria2 nak bagi macam2 bila dah dekat pilihanraya, jawapan yang ada dalam kepala gua, sebab umno sekarang ni betul2 dah nazak jadi terpaksa la minta oksigen dari rakyat.

Gua harap la rakyat malaysia sekarang ni bertambah cerdik, kalau umno pandai main wayang lu semua kena pandai main wayang juga, buat muka kesian, bila umno bagi puji lebih2 sikit, mudah2han boleh dapat lebih lagi, bila depan pemimpin umno pandai2 bodek, untung sabut timbul, dapat la dewan baru, jalan tar baru, bekalan air baru, surau baru, masjid baru, balairaya baru atau macam2 lagi la. Tapi bila sampai je hari mengundi jangan lupa pangkah pakatan. 

Apa nak takut beb, selama ni bila diorang rembat kaw2 punya, kita semua duk tenganga, sekarang ni la masa kita beb. Jangan risau beb umno sekarang betul2 tengah nazak beb apa lu mintak mesti diorang bagi punya. Tapi kalau lu orang boleh percaya tektik kitar semula umno bila dekat pilihanraya. sebelum ni kan tektik sama diorang guna, takan kita asik nak nanga je beb, untuk lembu je diorang boleh sakau 250juta, tu belu lagi komesen kapal selam, dan macam2 lagi. nak senaraikan panjang pulak nanti.

Kepada warga Felda lu jangan harap la nak jadi jutawan segera bila felda listing nanti, yang bakal kaya lu tengok la nanti, cukong2 lahap kat atas sana beb, paling banyak pun gua ingat lu semua dapat 5 hingga 10 lot saham (1000unit 1lot)tu pun tak sampai 50ribu beb nilanya, kejap je habis beb.

Read more...

Friday, January 13

Lawak besar hari ni

Tahap kepuasan masyarakat yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis meningkat kepada 70.5 peratus, jauh mengatasi Indeks Prestasi Utama (KPI) 2011 yang ditetapkan iaitu 60 peratus.
Menyatakan demikian di sini hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pencapaian ini berdasarkan kajian TNS International yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gua nak buat survey juga la siapa yang puas dengan tugas PDRM.  Apa macam ada siapa2 yang puas.....

Gua bukan nak sangat ulas artikal ni tapi bila baca gua tak boleh bla la beb. sebenarnya gua nak tulis pasal perkara lain tadinya bila terbaca ni gua buat mukadimah la dulu.

Gua sebenarnya lebih tertarik pasal berita shahrizat cuti 3 mingu nak jaga lembu agaknya, kalau ikut alasan nak memudahkan Sperm buat siasatan. masa mula2 kantoi pasal lembu dulu gua ada ingat shahrizat pernah kata, mana ada pemimpin BN yang betul2 bersih.  Jika beliau kantoi bunyinya dia akan bogelkan yang lain.

Gua dah tak sabar ni nak tengok siapa muka2 haramjadah yang bakal kantoi, atau bakal sahrizat bogelkan nanti, lambat sangat la beb. Kepada shahrizat kalau lu kena, gua suka nak nasihatkan kantoikan je kutu2 berahak lain tu. Apahal nak simpan beb. sekarang lu nangis sendiri beb, mana ada orang simpati. lu tengok je la kutu2 kapal umno lu pun dah mula tikam lu, Bung mohtar pun dah kaw2 belasah lu, apa tunggu lagi ni minahchi.

Lu tak kan dah lupa ke masa lu ketawa besar dulu bukan main ramai sama2 berdekah2,bila lu tengah meraung sekarang apa jadi beb. kaw2 lu kena.

Read more...

Tuesday, January 10

macam budak2

 Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI tanpa dibela peguam semasa dibicarakan Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ni satu contoh bila orang banggang diberi kuasa untuk mempertahankan tuannya, bukan dia kira siapa yang kena anak bangsa sendiri ke, saudara seagama sendiri ke, besar sangat ke kesalahan si Adam ni.

Ada ke Adam ni merompak ke, mencabul ke, atau meliwat ke, samapai 3 semester beb kena gantung ni apahal beb, siapa yang lebih mencemar reputasi Upsi, tindakan kutu dalam jawatankuasa u ni ke atau adam. Gua ingat la walau pun ramai yang tak setuju dengan tindakan Adam ni, tapi lebih Ramai yang tak setuju dengan tindakan UPSI ni.

Macam gua, gua memang tak setuju bila adam ni tunjuk hero tutunkan bendera Najib, pada gua walau benci mana kita pada sesorang kita tak patut kacau harta orang lain, bendera najib tu harta Umno jadi pada gua Adam memang tak patut kacau harta Umno. Macam juga orang pas atau keadilan atau dap. cuba orang umno usik gambar Tgna, anwar ke, mesti ada yang mengamuk.

Tapi gua lebih tak setuju kalau Adam kena gantung, macam cerita budak2, sikit2 nak pulau tak nak main, apa barang beb. Lu orang buat kerja macam budak2 tak cukup umur.

Read more...

Monday, January 9

Punggung siapa pulak lepas ni

Beberapa hari ni gua busy gila, tapi gua ambil juga kesempatan updated blog ni, sebab gua tak boleh tahan nak, gelak sampai pecah perut permainan Umprono ni,


Semalam bagai nak rak kutu umno berdekah2 ketawa bil;a Pas pecat badut, pelawak hebat dalam Pas. peh bukan main lagi gua tengok kat kedai kopi sekor2 kata pas macam anjing tak kenang budi Hassan yang banbyak berjasa kepada Pas tapi kena flying kick kaw2 tersungkur di punggung UMNO. Dengan rasa penuh kesedapan UMNO merasa keliwatan Hasaan.

Hari ni pulak punggung UMNO kena sebat pulak dek keputusan Mahkamah membebaskan Anwar. Provokasi bom meletup juga tak dapat mencederakan punggung pihak lawan tapi mencalar punggung umno. Kah kah kah.

Umno yang selama ini banyak bergantung kepada punggung azizan, umi, munawar, sukma dan terbaru mamt tak cukup satu dna saiful. Lawak punggung UMNO terus menempuh jalan buntu. Gua rasa la umno lepas ni tak kan guna tektik punggung lagi buat perabih duit je, tak sangkut2 lagi.

 Tapi kalau la masih digunakan lagi lawak punggung ni agak2 lu orang punggung siapa la bakal kena spatula untuk di tayang kepada doktor2. Kemudianya dibawa kemahkamah sekali lagi. gua rasa punggung zul kulim macam tak sesuai, zaharin lagi la mengarut, ibrahim katak jauh panggang dari api. mungkin ezam kot baru boleh,

Tapi tak pe la kita lihat ada tak sikual lawak punggung ni lagi kalau ada, mari kita rayakan pelakon baru yang bakal menempah nama sebagai punggung terpilih.......


Read more...

Friday, January 6

Siapa yang ganas


 Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menawarkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia kepada Polis Diraja Malaysia bagi menghadapi perhimpunan haram anjuran Parti Keadilan Rakyat pada Isnin ini.
Katanya, beliau yakin polis mampu menangani sebarang kemungkinan semasa perhimpunan itu yang dijangka dihadiri ribuan penyokong parti itu pada hari mahkamah akan mengumumkan keputusannya dalam kes melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat.
"Oleh kerana PDRM mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi, ATM yakin bahawa mereka boleh melaksanakan tugas menangani sebarang permasalahan yang timbul pada 9 Januari nanti.
"Namun jika situasi memerlukan ATM untuk membantu PDRM, kita sentiasa bersiap siaga demi keselamatan dan pertahanan negara bagi menentukan kerajaan yang sah, sistem perundangan yang telus, serta sistem demokrasi yang sedia dijalankan begitu lama oleh negara kita, akan dapat dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Ahmad Zahid meminta kedua-dua pihak, sama ada penyokong atau yang menentang perhimpunan itu, supaya berkompromi dan tidak mengadakan perhimpunan itu.
"Jangan fikir, mereka (penganjur) dapat sokongan semua pihak, ada pihak tak suka perhimpunan itu. Contohnya yang mewakili NGO, mereka juga akan rasa mereka ada hak untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap perhimpunan tersebut.
"Jika ini terjadi, maka keadaan akan menjadi lebih buruk. Pada masa ini pula, saya dengar penganjur perhimpunan itu telah adakan jerayawara seluruh negara, NGO-NGO ini juga akan lakukan perkara yang sama, jadi ini harus dihentikan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, penganjur perhimpunan perlu menerima saranan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang telah ditentukan dan terjamin keselamatannya.
"Saya juga suka mengingatkan kepada kepimpinan tertinggi mahupun anggota-anggota UMNO di peringkat akar umbi supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu nanti baik sebagai penyokong atau penentang bagi mengelak sebarang permasalahan yang timbul.
"Kepada NGO-NGO itu yang ingin lancarkan perhimpunan itu juga, saya harap fikirkan jalan terbaik supaya tidak berlaku pertembungan dua pihak,” katanya.

Lantak lu la Zahid, macam nak perang je bunyinya, cuma gua nak ingatkan yang lu nak hadapi tu rakyat Malaysia, anak2 yang tumpah darahnya di bumi Malaysia. Sampai nak guna tentera semua apahal lu beb, apa lu ingat rakyat Malaysia ni ganas2 macam lu ke.

Semua orang da tahu la beb, tak de seorang pun angota keselamatan yang cedera semasa rakyat mengada demonstrasi, kalau orang ramai yang cedera kena belasah dengan polis adalah. Jadi siapa yang ganas ni.....

Read more...

Wednesday, January 4

lembu2 kena nyatakan pendirian


 Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga diminta menyatakan pendirian berhubung penganjuran perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 yang bersandarkan slogan 'rakyat menjadi hakim negara' pada 9 Januari ini.
Gesaan itu dilontarkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan pengamal undang-undang itu menjelaskan pendirian beliau berhubung perkara tersebut.



kah kah kah, kita minta pula Sharizat nyatakan pendirian dia behubung dengan lembu. Apasal nak sibuk cerita orang lain tanya diri sendiri la asik nak kata orang kain sediri koyak rabak. kata minah kat atas tu apa barang beb.



Read more...

Tuesday, January 3

Cukup Islam ke?

Negara Islam kah kita?

Read more...

Perjuangan luar biasa wanita BN


 Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) akan melancarkan perjuangan luar biasa terhadap 30 kawasan Parlimen yang dikuasai pemimpin tertinggi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Tanpa menyenaraikan nama kawasan tersebut, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita BN akan memastikan semua kerusi kawasan Parlimen itu ditawan kembali oleh BN.
''Apa yang kita umumkan ini bukan gurauan kerana kita sudah tahu kelemahan ahli Parlimen terbabit hasil kaji selidik yang kita lakukan,'' katanya.

Perjuangan luar biasa beb ada macam gambar dibawah ni kot


Rakab lu yang pegang ekor tu agaknya

Tak pun ada macam ni punya perjuangan


Read more...

Monday, January 2

Siapa yang betul polis ke mahasiswa?


:
 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul oleh anggotanya dalam satu perhimpunan haram di hadapan Universiti Perguruan Sultan Indris Perak semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.
"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Agaknya ni la video dan gambar yang ada pada simpanan polis." Kita lihat siapa yang kena" Gua pinjam kata sarjan Ibrahim pendek. 

Read more...

3/4 rakyat Selangor mahukan Pakatan berambus..!!


 Rancangan untuk menganjurkan perhimpunan membela pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pemimpin pembangkang itu tidak pernah berpegang kepada konsep negara demokrasi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain tidak sepatutnya mengheret orang ramai untuk bersama-sama berjuang di atas masalah peribadinya.
"Jangan cuba mengheret masalah peribadi, apatah lagi untuk merakyatkan kes ini.

Kadang2 gua terfikir kenapalah ramai sangat pemimpin banggang boleh dipilih rakyat untuk jadi pemimpin. Contoh kutu sekor ni, Gua nak tanya kat kutu ni prinsip demokerasi apa yang dia pakai ni, kalau berhimpun untuk menujukan sokongan peribadi terhadap pemimpin mereka dikatakan dikatakan tidak kena mengena dengan demokrasi. Demokarasi apa lagi namanya tu.

Cuba hari ni gua fitnah Najib kata ada skandal dengan altantuya, lu boleh terima ke, apa tak lu dengan pencacai lu meroyan gila nak mempertahankan big bos lu tu. Apa masa Idris jusuh tak dapat jadi menteri besar dulu puak2 lu kumpul ramai2 maki sultan dengan perkataan binatang tu dikira demokrasi ke?. 

Apa yang lu takut sangat kalau rakyat bagi sokongan peribadi pada Anwar lantak diorang la, Kenapa pulak lu phobia sangat,apa lu dah kecut teloq ke tengok rakyat da tak makan lagi kata2 kencing dari puak lu, Atau lu takut tengok sokongan yang bakal Anwar terima.

Sebelum ni kan puak lu begitu meroyan mengatakan sokongan rakyat dah beralih kepada BN jadi apa yang lu takut sangat ni, lu takut tembelang kencing lu pecah ke.

Kajian UITM - hampir 3/4 rakyat Selangor mahukan Pakatan berambus..!! 

KAJIAN TREND PENGUNDI MENJELANG PRU 13 4 PARLIMEN DI SELANGOR

Jumlah Responden
Gombak : 763
Hulu Selangor : 773
Kuala Selangor : 764
Shah Alam : 744

Kepuasan Hati Terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Berpuas hati : 35.2% (1,071 responden)
Kurang berpuas hati : 63% (1,971 responden)

Pencapian Ahli Parlimen
Gombak : 3.1% (puas hati), 96.9% (kurang puas hati)
Kuala Selangor: 2.7% (puas hati), 97.3% (kurang puas hati)
Shah Alam: 4% (puas hati), 96% (kurang puas hati)

Yang kat atas ni gua cilok dari komen pencacai lu bernama rakab, Jadi apa lu takut dah 3/4 rakyat suka BN. Jadi tak payah la kecut teloq. atau statistik ni cuma statistik kencing dari pencacai lu dan lu takut tembelang lu mengencing rakyat pecah beb.



P/s: mahu pecah perut gua baca statistik ni

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP