Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, October 21

mari membodek

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan rancangan untuk mendirikan Muzium Sejarah Balai Bukit Kepong, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata projek itu tertangguh sejak diumumkan 10 tahun lepas berikutan keadaan tapak yang sering dilanda banjir.

Siapa yang pernah pergi kebukit kepong pasti tahu mana letaknya tempat ni, dengan dikelilingi kampung dan estet dan kalau dari muar memerlukan 1 jam untuk sampai ke sana, jika ikut jalan pagoh lenga jalannya penuh dengan selekoh tajam, jalan yang agak mudah ikut gombang, pekan kecil yang gua rasa tiada aktiviti perniagaan besar. Gua rasa penduduknya pun tak sampai 10000 orang.

Kalau banjir  biasanya bukit kepong ni akan terputus jalan hubungan darat. terutama dari segamat. Jadi apa istemewanya bukit kepong ni sampai nak dijadikan Muzium, Apa nak buat gajah putih baru ke, kalau Muzium ni dibuat di pekan pagoh ke, tangkak ke, bukit gambir ke gua rasa ada juga logiknya, ni nak buat di Bukit kepong tak masuk akal langsung. Siapa yang nak datang ni, nak harap penduduk setempat tak kan la tiap2 hari diorang nak datang.

Nak suruh orang luar datang gua yakin berape kerat je akan datang, gua juga yakin untuk buat muzium ni kos yang terlibat pun bukan sedikit mahu cecah juta, Duit siapa nanti akan diguna, tentu duit rakyat kan? Jadi apa akan jadi kepada duit rakyat ni nanti, macam buang kat longkang je nanti, last sekali jadi gajah putih je muzium ni gah pada nama tapi tak de manafaat untuk rakyat.

Kenapa beia2 benar nak buat kat Bukit Kepong ni, kadang2 gua heran kat puak yang buat keputusan ni apa sandaran kajian diorang atau syok sendiri je, mungkin diorang fikir bukan duit diorang tapi duit kerajaan lantak la! Yang penting hati pemimpin Umno perlu dijaga, kena la bodek selalu, lebih2 lagi sekarang ni hangat cerita pasal bukit kepong jadi kena ikut trend la, Umno sibuk cerita pasal bukit kepong, diorang mesti tumpang sekaki membodek.

Perkara macam ni dah selalu sangat berlaku, demi membodek lantak la orang lain, macam kes Aziz Bari bila pencacai2 umno mula menekan pihak pentadbiran U juga tumpang sekaki bodek, bagi hukuman. Sama juga isu guan eng, kaki2 bodek berebut2 menonjol diri mempamirkan kebodohan. isu hudud pun sama berebut2 kutu jantan atau minah2 gila mengutuk hudud. Yang paling hangat isu mat sabu sana sini kaki2 bodek berlumba2 membodek last2 jadi bahan lawak, baik2 muzium ni dibatalkan dibuat di bukit kepong tiba2 je muncul nak buat la pulak.

Membodek ni da jadi budaya dan adat yang perlu bagi pencacai umno, kalau tak macam tak lengkap pulak skrip umno. Lu tengok la kutu2 yang dah kena tendang dari PR, kelam kabut mebodek, tak kira la bodek bangang atau kata2 bodoh yang penting bodek. untung2 tak dapat jadi calon dapat jadi senator pun jadila kalau kat kampung dapat jadi ketua kampung pun cukup la. Oleh itu mari membodek, rakyat gi mampus la, biar bangsa, agama lingkup yang penting pemimpin boleh gembira dan ketawa besar.

Read more...

Sharizat oh shahrizat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penyelesaian berasaskan hukuman penjara dan sebat bagi pasangan bercerai tanpa sebab munasabah seperti dicadangkan PAS Kelantan bukan penyelesaian untuk menyelamatkan institusi kekeluargaan di negeri itu.
Beliau berkata, pasangan yang ingin bercerai sepatutnya memperbaiki kekurangan rumah tangga dengan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.

Apa lagi penyelasaian yang bagus ijat oiii, kalau la semua istri macam lu lubuk emas pada suami dan anak lu memang la tak jadi masalah, lu boleh pancing bagi projek ratusan juta macam cerita baru-baru ni.

Tak kan la nak selesaikan masalah perceraian ni dengan cara yang nasihat je, bagi kutu yang bebal dan memang bangang ada ke dia nak dengar, berbuih lu bagi kunseling kalau kepala da keras hati da hitam mana nak dengar. Kenapa tak ikut sahaja saranan Nabi kembali kepada Al quran dan Al sunnah. Dan menjadi tanggungjawab pemimpin untuk bertindak, bukan dengan hanya bercakap sahaja tanpa apa2 tindakan konkrik.

Gua ingat la, lu kan da cukup lama jadi menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. tapi gua tak nampak pun apa kejayaan lu, Gua tengok jenayah rogol, penzinahan, buang anak, penagih dadah, dan masalah sosial lain tak pernah susut, semakin menjadi2 adalah, jadi apa sebenarnya yang lu buat selama ni, makan gaji buta je ke, lu fail la beb. baik berenti je jadi menteri, bagi orangyang lebih layak jadi.

Bila orang lain bagi cadangan, lu cepat2 melatah bukan penyelesaian la, kalu gitu cuba lu bagi satu penyelasaian, Deh minachi samapai bila la masalah rakyat ni nak selesai, nak tunggu BN bungkus baru boleh selesai agaknya

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP