Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, November 23

Mat sembab jual obat

Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin..

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini Rabu.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.

Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.

Bila gua baca artikal ni gua teringat lagu filem do re mi, kalau tak silap gua lebih kurang macam ni,

Hai obat hai obat mari beli obat ,kalau la terlambat tak dapat,
mari beli obat ini gerenti puas hati....

gua boleh bayangkan  mat sembab dengan balaci nya cuba jual obat kepad rakyat kelantan, terjerit sana sini, dengan harapan boleh dapat melembukan orang kelantan. kah kah kah

habis di kencing merata2 di kelantan, pasal air kotor la, pasal pembangunan la, tapi bila kena pelempang tanya pasal royaliti minyak, berbelit lidah nak mengencing.

Jawapan paling kelakar ialah royaliti minyak masih dalam perbincangan, dah berapa lama beb bincang macam kes isreal dengan palestin je, asik cerita rundingan damai. last sekali kencing. Gua ingat la mamat ni lupa rakyat kelantan bukan hidup macam katak bawah tempurung, ramai bijak pandai dilahirkan dari sana la beb. lu kencing je orang da dapat tangkap la beb.

Read more...

Malaysia panas

Menteri Luar Singapura K. Shanmugam menjelaskan di Parlimen sebab disebalik keputusan republik itu untuk berkecuali daripada mengundi untuk memberikan status anggota penuh kepada Palestin dalam Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Shanmugam, yang juga Menteri Undang-undang berkata Singapura selama ini menyokong penubuhan negara Palestin sebagai sebahagian penyelesaian rundingan dua negara yang akan menyaksikan Israel dan Palestin hidup berjiran secara aman dan selamat.

"Tetapi dalam penghakiman kami, langkah baru-baru ini untuk memberikan status anggota penuh kepada Palestin dalam Unesco tidak akan menyumbang kepada penyelesaian itu," katanya dalam jawapan bertulis kementerian itu mengenai keanggotaan Palestin dalam UNESCO.

Berbelit-belit mamat dari kota singa ni nak bagi alasan, jap kata sokong palastin jap tak boleh pulak, semua orang tahu siapa sebenarnya dibelakang negara singa ni. depan tunjuk baik belakang tikam habis. jangan nak pusing2 cerita la, memang dah dasar balaci yahudi.

Yang gua tertarik bukan pasal singa ni lantak diorang la negara diorang nak lingkup ke, nak jahanam ke apa gua kisah. Yang gua nak tahu kenapa kerjaan BN begitu kecut perut dengan orang2 singa ni, sebab singa raja rimba dan harimau cuma balaci je ke. tu cerita metos binatang. kalau lihat hari ni macam betul je.

Gua nak tahu kenapa BN begitu kecut pasal kes jambatan bengkok, pasal bekalan air mentah, pasal pengunaan ruang udara, pasal pencerobohan perairan, dan yang terbaru pasal tanjung pagar. Lu ingat rakyat Malaysia dah lupa ke pengkhinatan Bn kepada rakyat negara ni, apa cerita tanjung pagar kenapa senyap je, kata win2 situation. mana untungnya untuk rakyat Malaysia. kata pasir diharamkan keluar dari Malaysia tapi gua tengok betujai2 pantun angkut pasir kesinga, kalau pergi ke tanjong langsat kita boleh tengok rancak betul singa tambak laut, dah semakin dekat pulak singa dgn Malaysia.

Kalau tengok di Ciq johor pun belambak lori angkut batang pailing hantar ke singa, apa tak sama ke, tak hantar pasir tapi hantar barang dalam bentuk yang serupa ke singa.

Sekarang ni tengah panas antara rakyat indon dengan Malaysia, tapi kenapa panas hati rakyat johor dengan singa ditutup je. Berbalik kepada cerita hubungan panas ni, gua heran la apa sebenarnya yang dibuat kerjaan BN dalam memulihkan hubungan dengan negara jiran, dengan Indon panas, dengan Singa panas, dengan Thai panas, dengan Kemboja pun panas sampai kerjaan kemboja tak benarkan warganya jadi amah di Malaysia, takut kena dera atau kena bunuh.Dengan myanmar pun suam2 kuku jadi, apa sebenarnya yang berlaku ni, dengan semua jiran Malaysia semua tak ngam. pelik2.

Nak mengelak dari diketahui rakyat pekung tiba2 je tuduh pembangkang yang jadi punca kemelut antara Malaysia dengan jiran. Apa cerita ni, lu ingat rakyat lembu ke senang2 je nak dibodohkan


Read more...

Muhyidin rupanya suka Bulan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.
Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz adalah satu daripada usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.
Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam

Besar punya pancing tengok ikan apa yang akan makan umpan umprono. Gua yakin seperti biasa akan ada kutu2 yang dengan rela hati menyentap umpan umprono ni, dan selepas tu, akan jadi balaci, atau dipermainkan semula, pada gua la umprono ni satu je tektik apa dia buat pasti ada udang disebalik batu. macam kutu kapatalis modal sikit untung besar, begitu la umprono. bagi gula2 sikit pastu rembat gila babi banyak.

Kenapa pulak tiba2 umprono boleh jadi macam ahli sufi je, bagi duit, janji nak hapus Isa, sekarang nak buat rang undang2 perhimpunan aman, sebelum ni guru kena bekerja 9 jam pun cepat2 batal, bulan depan lak nak bagi duit lagi kepada golongan kurang berkemampuan, cukai perkhidmatan prabayar pun cepat2 batal. Gua tengok semua ni pelik, dari sebangsat2 parti kaki pulun duit rakyat tetiba jadi parti yang kononnya dah bertaubat, tektik biasa yang digunakan untuk melembukan rakyat bila dekat pilihanraya.

Tadi pagi masa gua tengah drive nak tengok projek, gua layan sinar fm. alamak tetiba je gua dengar suara macam biasa gua dengar, Tpm beb masuk radio, membebel pasal duit rm100 duit rakyat yang diagihkan kembali kepada rakyat. gua dengar tak lama dekat nak Tpm bla, gua dengar dia peminat lagu widuri nyanyian bob tutipoli. bila gua fikir balik kenapa dia suka lagu ni, gua baru faham rupanya mamat ni suka kat PAS cuma tak cakap je. tak caya lu hayati lirik lagu tu, dalam coruse je,:

Widuri elok bagai Rem BULAN oh sayang.......  kah kah kah kah

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP