TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (part 1)
Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:
Rampasan
kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar
undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa
Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang
tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara
Pajakan
99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan
tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah
ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di
dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan
generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi
mangsa pajakan selama 99 tahun
Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah
Penyingkiran
kakitangan kerajaan seperti Pengarah Besar Felda yang dicutikan selama 8
bulan serta penyingkiran Timbalan Pengarah Besar Felda yang dihantar ke
JPA untuk memasuki ‘pool’. Terdapat juga beberapa pengarah dan pegawai
Felda lagi dikenakan tindakan atas alasan menjadi dalang menghalang
penyenaraian dan membocorkan maklumat. Tidak sedikit pun media menyentuh
bahawa Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Pak Sam adalah juga Ahli
Lembaga Pengarah Felda yang mempersoalkan keputusan yang dibuat dan
akhirnya hilang sabar dan mendedahkan perkara dalam mesyuarat lembaga
pengarah Felda kepada peneroka-peneroka dan di dalam sidang media.
Segala
usaha demonstrasi, blog dan akhbar menyatakan bahawa pengurusan dan
kakitangan Felda mengkhianati Perdana Menteri dan menyembunyikan hakikat
bahawa pemimpin peneroka 11 wilayah bersatu hati turut menentang agenda
tersembunyi dalam penyenaraian ini. Pengedaran VCD sidang akhbar
pemimpin peneroka pada masa ini tersebar luas di meja penjual ceramah
agama dan politik seluruh Negara. VCD ini menunjukkan bukan sahaja Pak
Sam, iaitu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang bersuara, malah beberapa
pemimpin peneroka yang lain termasuk penerokawati turut menyuarakan
pandangan. Turut terlibat adalah pemimpin peneroka di kawasan peti undi
PM dan Menteri Koperasi sendiri.Lagi kuat Isa Samad dan media memainkan
isu Felda Global sehingga naik muak rakyat Malaysia mendengarnya,
semakin ramai rakyat yang mencari berita alternatif kepada berita yang
disiarkan.Perkara ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak zaman
reformasi sehingga munculnya Smart Phone dan Ipad menggantikan akhbar
sedia ada.
Majoriti
rakyat diajak mempercayai bahawa Isa Samad adalah Isa Al-Masih,
penyelamat Felda dan Koperasi Permodalan Felda daripada penyelewengan
pengurusan dan lembaga pengarah KPF.Ahli-ahli KPF perlu diselamatkan
dari dividen 15% yang dinikmati selama ini.Yang menyatakannya adalah
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, bekas calon Keadilan yang
bertanding di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum kembali menyertai UMNO
Teluk Kemang di mana Isa adalah ketua bahagian.Malah kehadiran
gerombolan Perkasa menyerang ibu pejabat Felda dan memaki pengurusan
Felda sangat mudah dibaca kepentingannya kerana selain Ruslan Kasim,
Zahid Mat Arip yang mencari makan dengan Isa Samad sebagai pegawai khas
juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Perkasa. Yang menariknya, peneroka
yang tertipu untuk hadir program demonstrasi tersebut kini bercerita di
kawasan masing-masing betapa mereka merasa menyesal dan kini bersemangat
menentang Isa Samad. Malah, di dalam blog dan website Perkasa sendiri,
ahli-ahli Perkasa yang tidak tahu pangkal sebenar dan hadir dalam
gerombolan tersebut kini mempersoalkan kenapa Perkasa digunakan dalam
isu Felda yang jelas menjaga kepentingan Melayu sebelum ini. Ternyata
tindakan demonstrasi tersebut telah ‘backfire’ kembali kepada pemimpin
Perkasa kroni Isa Samad apabila pemimpin bawahan tidak bersetuju dengan
tindakan tersebut. Perlu diingat bahawa keanggotaan Perkasa adalah
secara sukarela dan ahli di bawah tidak mendapat sebarang gaji dan
kepentingan melarang mereka bersuara di dalam Perkasa.
Persoalan
bermain di dalam minda warga Felda adalah kenapa Najib mendiamkan diri?
Jika tahun ini sahaja, undi Felda telah memenangkan BN di beberapa
pilihanraya kecil serta mereka telah bersengkang mata, bermandi darah
memajukan sehingga Felda berkembang pesat ke tahap hari ini, kenapa kali
ini mereka dipanggil pengkhianat dan sebagainya semata-mata mahukan
penjelasan penuh berkenaan penyenaraian dan menolak campur tangan dalam
koperasi permodalan felda yang dianggap tidak patut dilakukan.
Blog-blog
Pro PR cuma boleh menyimpulkan bahawa tindakan Najib mendiamkan diri
adalah kerana telurnya dipegang Isa Samad yang mengetahui dan
menyelamatkan Najib dari skandal khalwat di Port Dickson.Benarkah
semudah itu? Hmm..kita minum Milo Suam dulu.
NUkilan Puterikarimun
0 comments:
Post a Comment