Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, December 24

Kenapa TGNA kata Allah mencarut

Mencarut asal dari perkataan carut. Mengikut Kamus Dewan, carut bermaksud perkataan yang keji dan kotor (cabul): berbagai-bagai perkataan yang keji-keji dan kotor. Mencarut, mencarut-carut bermaksud mengeluarkan perkataan yang keji-keji dan kotor, memaki-maki.Yang pemimpin umno dok sibuk menyebut perkataan liwat, lgbt, sex, haramjadah dan banyak lagi kelucahan dan maki hamun itu agaknya tak masuk dalam kategori mencarut ke?


Ok, gua nak refresh kembali jawapan dari TGNA tentang isu Tuhan mencarut semoga kita semua boleh mendapat manafaat dari jawapan tuan guru ini.


Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran sendiri.  Adakah perkataan menyumpah (di dalam al-Quran)?  Ada perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?
Bila ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia;

(pertamanya) “Islam ini – (sifat) Allah Taala ni bila Dia buat manusia, Dia buat sama naluri-naluri tertentu.  (ini bermakna) tidaklah Allah ini bila Dia buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala, beri lidah saja.  Ada lagi benda lain (di)dalam yang kita panggil ‘Gharizah’.  Naluri bermakna sifat-sifat tertentu.  Sifat kedekut, sifat baik, sifat pongah, sifat berjurus, sifat suka mencari harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri membunuh, naluri mengumpat, naluri apa apa saja.  Macam-macam sifat dan perangai (yang) Allah beri kepada kita.

Dan yang keduanya, tidak ada sifat  yang Allah beri pada manusia bila mari (didatangkan) Islam (kepada manusia), Dia sekat, Dia musnah, tak ada!  Allah Taala beri kepada kita sifat suka mencari wang/duit, Allah Taala tidak sekat kita.  Cari duit, cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah.  Nak cari duit boleh, kerana apa?  Sifat cari duit ada padamu tapi jangan mencuri, jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu.  Sifat nak pada seks, orang lelaki nak pada perempuan, orang perempuan nak pada lelaki.  Adakah Dia sekat?  Tidak, cuma Dia kata nak ko orang perempuan, (mesti) menikah-kahwin, jangan berzina, jangan rogol, jangan bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini.  Itu sajalah bendanya.  Sifat membunuh, manusia suka membunuh.  Tak apa boleh membunuh, ketika mana ? Ketika musuh mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, “Mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga hartanya sendiri maka dia mati syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga anak bininya maka dia mati syahid.”
Ertinya naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik (biar kena pada empatnya), ketika mana perlu kamu membunuh.  Jika orang bunuh kamu boleh lawan balik.  Orang yang buat khianat, kamu boleh khianat sama.  Begitu juga sifat mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia, (akan) nak menyumpah pada orang yang  buat tak tentu kepada dia.  Ketika mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai) menyumpahlah.

Ambo pilih dua, tiga, empat ayat  dan hadis (sebagai dalil dibolehkan mencarut, menyumpah).

(Ketiga) adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud,“Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun pancaindera mereka sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”.
(Hakikatnya) Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang muka-muka-orang yang kita panggil orang sekular.  Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang ni tak ada otak.  Kalau mengikut orang Kelantan (kita kata), “baso tak dok otak, baso tuli”.  Itu tidak(kah) mencarut?  Allah sendiri sebut begitu dalam Al Quran.
(Keempat) dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) “Hendaklah kamu berakhlaq dengan Allah akhlaq Tuhan”.
(Hakikatnya) Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (dibolehkan) mencarut.  Cumanya tengok tempat.  Orang kafir Dia sumpah, orang munafiq Dia sumpah, orang fasiq Dia sumpah.  Biar tentu (sasaran mencarut biar) kena (pada) tempatnya.
(Kelima), ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan marah pada Yahudi (maksudnya), “Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu (hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah kamu kera yang hina”,
Allah Taala marah pada orang Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan perkataan) mencarut? (Sebelum ni, Tuhan menyebut) pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi, kera lagi ? Apakah itu tak mencarut?
(Keenam), Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
(Allah mengibaratkan orang serupa itu) serupa  binatang, takkah  mencarut lagi?  Itu ayatnya (dalam al-Quran).
(Ketujuh), dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan mereka. Mereka adalah seumpama kayu-kayu yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula berkata-kata, hakikatnya mereka pandai berbicara akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami kebenaran – diumpamakan juga serupa orang mati dibunuh)”.
Tuhan sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau tengok tubuh hebat, tetapi Allah kata  “baso mati dibunuh” – terjemah(an) bahasa Kelantannya, “Baso mati bbunuh”.  Terjemah secara jawi, secara tradisional, “membunuh akanlah mereka itu oleh Allah”.  Tak tahu satu perkara pun, akhir orang mendengar mengantuk belaka.  Cuba kata “Baso mati bbunuh”.  Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena menterjemahkan maknanya dan misinya.  Barulah sampai mesej Quran kepada kita.
(Kelapan) Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud), “Mati dibunuhlah semua manusia, pelik sungguh, mengapalah manusia menjadi kafir”.
Terlalu banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam (al-)Quran.  Ertinya bila Allah buat sesuatu dalam (al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata “Hendaklah kamu berperangai (akhlaq) sebagaimana perangai (akhlaq) Allah”.  (Di sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka) kita berhak (boleh) marah. (Dalam hal mencarut, mengata keji) Allah menyumpah (maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab (untuk) ianya dibesar-besarkan. Boleh jadi orang ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran tak ada perkataan berunsur mencarut, kata-kata keji mereka) tak pernah dengar (kandungan al-Quran).  Sebab dia awal-awal lagi pandang serong pada (al-)Quran.  Awal-awal lagi dia pandang lekeh pada Islam.  Islam ini layak (di) padang pasir, (sesuai pada) zaman ‘camel’-zaman unta, maka baca buat apa (al-)Quran?Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu menerima hakikat kandungan al-Quran, mulalah) kata Nik Aziz. Surat khabar (pun) kata (itu) ‘fatwa Nik Aziz’.  Padahal dia tahu, fatwa-fatwa ni hanya (layak dikeluarkan oleh) mufti sahaja.  Tapi dia nak ‘provoke’ orang, nak suruh orang marah pada ambo.  Dia sebut ambo buat keluar fatwa.  Itu tak apalah.  Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia punya fasal!

(Kesembilan) itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan kena ingat satu ketika berlaku perselisihan faham di antara Rasulullah SAW yang keluar daripada Madinah pada tahun ke-5 (selepas hijrah), (bertujuan) pergi buat umrah ke Mekah.  Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan tempat ini terkenal dengan nama ‘Hudaibiyyah’ ataupun sekarang ini disebut Sumaisi.  Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala sewaktu beliau berada di Madinah. “Hai Muhammad, satu masa kelak mu Muhammad boleh masuk semula ke Masjidil Haram dalam keadaan aman damai, boleh buat tawaf dan apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala, dan boleh gunting rambut.”  Nabi kita beritahu kepada orang ramai, semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak buat haji nak buat umrah, Muhajirin daripada Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke Mekah, berjumpa anak isteri dan sebagainya.  Nabi kita iklan tahun yang ke-5, bahawa aku sedang bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat umrah.  Nabi kita tak bawa sebarang senjata selain daripada senjata yang kalau orang dahulu panggil ‘pisau raut’, seperti mana orang Melayu dahulu berjalan ada parang, pisau raut di pinggang.  Nabi kita bawa pedang dan bersama dengan itu kambing-biri yang telah diletak tanda untuk disembelih di Mekah.  Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia tengok kambing-biri ada tanda di tengkuk, dia gantung bermacam perkara sebagai tanda kambing ini hak Tuhan, bukan kambing orang dah. Maka dia tidak ganggu.  Sampai di Hudaibiyyah, kena sekat.  Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil dia mari sekat nabi Muhammad di Hudaibiyyah bahawa “kamu tidak boleh masuk ke Mekah”.  Nabi kata “pasal apa kamu tidak beri, aku bukan mari nak berperang, tengoklah senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu, ada bermacam-macam tanda menunjukkan kambing biri ini telah dinazarkan untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding, berunding.(Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang bernama Hudair bin Warqa’, tuan-tuan boleh baca sejarah bab Hudaibiyyah.  Hudair bin Warqa’ mari bercakap perkara yang benar-benar (paling) tidak menyenangkan hati Rasulullah SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu Bakar dan sebagainya.  Bila Saidina Abu Bakar (men)dengar perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada Hudair, memperlekeh-lekehkan Islam, ajaran Islam.  Mula-mula dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu pedang.  Lepas itu dia kata lagi perkataan-perkataan yang tidak menyenangkan (mengeji).
Lalu Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt” (di)depan-depan Nabi.  ‘Unsus’ maknanya jilat, hisap olehmu. ‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Lat’ nama bagi tuhan (orang Quraisy musyrik).  Maknanya  pergi balik jilat punggung tuhan mu dulu.  Ini perkataan menyumpah (mencaurt) yang keluar dari mulut Saidina Abu Bakar (di)depan-depan Nabi, dan Nabi tak kata apa-apa.  Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut depan-depan dia sendiri.  Nabi tak kata apa walaupun perkataan yang begitu sekali hina.  “Balik jilat punggung tuhanmu dulu, baru mari bercakap di sini”.  Habis menyumpah, nabi tak kata apa.  Tuan-tuan boleh baca benda ini ada dalam sejarah.  Yang ambo dok baca malam Jumaat “Sirah Nabawiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ ada (kisah ini).
(Kesepuluh, sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari orang beri salam di tangga.  Apabila Nabi dengar suara itu, dia cam suara itu.  Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina ‘Aisyah, maksudnya “hak paling jahat dalam kampung ni, dia ni lah”.  Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian dia keluar dengan senyum manis, sambut dan terima molek.

Boleh jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada orang lepas itu buka pintu dan sambut.  Ini para hadirin semua, kalau orang belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk ‘tanfizzul-ukhdah’ iaitu untuk meredakan kemarahan hati.  Kadangkala kita sumpah.  Lepas itu dari sumpah itu reda.  Kalau tak sumpah ia akan naik ke kepala nanti jadi selsema, beringus hidung.  Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar juga menyumpah di depan Nabi dan Nabi tak kata apa-apa.
Para hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh manusia ini (tak ada) satu habuk yang Islam mari sekat (buat sekatan).  (Cuma) nak ke orang perempuan boleh.  Tidak sebagaimana setengah-setengah pemimpin agama sampai ke tahap tertentu tak berbini beranak (tak boleh berumah tangga), tak (tak boleh) cari harta.  Islam tidak, tok guru setinggi mana pun, Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin.  Cumanya peraturan, kaedahnya nak ke orang perempuan, berkahwin. Nak harta boleh. Nak bunuh pun boleh.  Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri kita, kalau tak cukup dengan askar dan polis, kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap seorang pergi berperang.  Peluang kamu untuk bunuh orang boleh ketika itu.  Sifat orang mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar.  Kalau ada kebenaran bunuh daripada Islam boleh bunuh.
Apa benda lagi?  Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini berpunca daripada (ada) benda lain, ‘something behind’, (Seperti) yang ambo kata (awal-awal tadi), kalau Dato’ Shahnon buat buku ‘Shit’ dia ni untuk  maki PAS tak apa, tak ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....
Itu (kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni) lakon orang, lakon malaikat dan lakon syaitan atas dunia.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP