KUALA LUMPUR 3 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO akan melancarkan program Pentas Patriot bagi menghargai dan mengenang jasa wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut adalah lanjutan daripada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama bekas perajurit, anggota polis dan waris mangsa tragedi Bukit Kepong.
"Sudah tiba masanya, suatu program ceramah umum berbentuk jelajah diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis," katanya di laman web rasminya
www.rembau.net.my.
Bila mamat ni sebut je patriot apa yang tergambar pada fikiran gua baju merah, dua bangla tengah buat simbol peace dan pondan2 umno berlari-lari anak mengelak air paip dari water canon fru. Lepas tu gua dapat bayangkan semasa larian manja patriot meninggalkan jalur gemilang sambil dibiarkan berterabur di tengah jalan.
Patriot ikut skrip umno memang lawak mengalahkan lawak adegan lari kena kejar hantu dalam filem hatu kak limah balik rumah.
Patriot yang nak dibuat ni ada cukup orang tak, jangan macam dulu tu terpaksa import mat bangla, minah indon, tak pun pelancong mat salleh.
kah kah kah kah
Read more...