Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain
daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin hari ini.
Katanya, rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.
APA TERPELIHARA??????
Mukaaaahhh kah kah, lawak paling bodoh diabad ni. mari kita lihat kejayaan BN ni:
1.Meskipun dengan usaha-usaha kerajaan itu, prestasi Malaysia telah jatuh
merudum – kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, Transparency
International (TICPI) yang berada pada kedudukan ke-23 pada tahun 1995
telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun 2009.
2.Kalau pada tahun 2004,
hutang negara berada pada paras
RM217 bilion. Walaubagaimnapun, baru-baru ini sehingga tempoh Jun 2011
sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga
menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau
52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
3. Kenaikan harga petrol telah dinaikkan sebanyak 20 sen setiap liter pada tahun 2011. Begitu
juga akan berlaku dua kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen bagi setiap
liter pada tahun 2012.
4. Kenaikan Harga bahan makanan
Harga barang makanan yang telah mencanak naik akibat kenaikan minyak gula dan sebagainya.
5.Kenaikan Tarif Elektrik :
Kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun 2011.
6.Kenaikan Harga Gula :
Harga gula akan meningkat sebanyak 20
sen untuk setiap kilogram. Kenaikan harga gula akan berlaku pada setiap 6
bulan sehingga tahun 2012.
7.Kenaikan Harga Tepung :
Harga Tepung akan meningkat sebanyak 20 sen/kg pada tahun 2010 manakala kadar kenaikan sebanyak 25 sen setiap kg pada tahun 2011
8.Kenaikan Harga Minyak Masak :
Harga minyak masak telah naik sebanyak 15
peratus untuk setiap kg pada tahun (2010) dan 2011. Selepas itu
kadar kenaikan minyak masak adalah 5 % sehingga tahun 2014.
Dan dengan ini diistiharkan bahawa BN sahaja yang dapat memerintah Pakatan tak pandai, walaupun berjaya bayar hutang, kurangkan belanja dan meningkatkan pendapatan. kenapa pakatan tidak bijak perintah sebabnya pakatan tak pandai strategi songlap duit tidak seperti BN. kah kah kah
Read more...