Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu tidak memberikan kesan mendalam terhadap keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya, ini kerana dasar ekonomi Malaysia sendiri yang kukuh, lapor agensi berita nasional.
Yang bawah ni pulak sebelum ni puak umprono ni begitu meroyan mebantai bersih:
Perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara Sabtu lepas mampu menyebabkan kerugian jangka panjang terutamanya kepada imej Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Beliau berkata keadaan itu ditambah dengan laporan media antarabangsa serta di internet secara berterusan mengenai perhimpunan itu yang kebanyakannya memberikan gambaran negatif boleh mempengaruhi kemasukan pelabur asing ke Kuala Lumpur.
utusex
Jadi selama ni lu semua kencing la, apa barang beb.
Apa ni cakap bebelit-belit. Jadi kenapa takut sangat dengan bersih ni, agaknya sindrom bangang dalam umno ni macam wabak yang da tak de ubatnya, tengok je la kenyataan sorang la menteri mangkok ni
Garam dan botol air mineral yang menjadi 'perisai' peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa
telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.
Memang sah kata mahathir yang cerdik masuk pas yang tinggal dalam umno ni faham-faham saja la, kalau gua tak sebut pun semua orang dah agak da.
Read more...