Lebih 30 saksi termasuk dari Singapura, Switzerland, Pakistan, India dan Arab Saudi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia.
Saksi-saksi itu terdiri daripada pegawai-pegawai Iskandar Investment Berhad (IIB), ahli perniagaan, kontraktor, ahli politik, konsultan dan orang tengah.
Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan terhadap saksi-saksi dari luar negara ekoran terdapat maklumat turut wujud unsur rasuah di kalangan konsultan asing dalam projek itu.
Difahamkan siasatan kes itu masih diteruskan dan dijangka beberapa lagi individu akan didakwa dalam masa terdekat.
Menurut sumber, skandal itu disifatkan sebagai terancang berikutan wujudnya rangkaian termasuk orang dalam yang mendedahkan maklumat berkaitan kontrak dan beberapa projek Iskandar Malaysia.
"Perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa difahamkan berlaku ketika pegawai-pegawai kanan IIB menyalurkan maklumat tender kepada syarikat kontraktor berkaitan.
"Orang-orang tengah atau runner pula bertindak mengambil wang suapan untuk disampaikan kepada pihak yang berurusan dengan mereka.
"Perbuatan rasuah inner circle itu membabitkan orang dalam dan kontraktor. Mereka bersepakat dalam rancangan tersebut dan mendapat bahagian masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Turut difahamkan, salah seorang pegawai kanan IIB yang disyaki terlibat dalam skandal tersebut memperoleh gaji mencecah RM40,000 sebulan.
Semalam, suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.
Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.
Di mahkamah yang sama hari ini, bekas Naib Presiden Kanan IIB, Rostam Razali, 51, didenda RM20,000 selepas mengaku salah mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan sebuah projek kepada bakal penender tiga tahun lalu.
Lu orang cuba fikir da lebih tiga tahun lepas si bangsat2 ni sakau duit kalau dihimpunkan agak2 berapa juta agaknya yang dah dirembat kutu2 ni semua. Buat malu nama Almarhum sultan gua je. tak pasal2 nama Almarhum terbabit dengan keja busuk kutu2 haloba ni.
Mari kita lihat apa sebenarnya iskandar Malaysia:Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.
Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.
Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.
Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ
Logo rasmi Iskandar Malaysia
(GLC) seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).
Berdasarkan pelan pembangunannya, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijangka begitu pesat melalui kepelbagaian bidang.
Antaranya ialah bidang elektrik dan elektronik, petrokimia dan oleokimia, pemprosesan makanan dan pertanian, perkhidmatan logistik serta pelancongan di samping perubatan dan kesihatan, pendidikan, kewangan serta industri kreatif.
Jadi Najib sebagai menteri kewangan jangan kata kerjaan tak terlibat dalam skandal ni
0 comments:
Post a Comment