Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji Laporan Ketua Audit
Negara Tahun 2010 dan akan mengambil tindakan susulan jika didapati
wujud salah laku, kecuaian dan sikap tidakbertanggungjawab membabitkan
aspek pengurusan kewangannya.
Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata pada masa sama,
pelbagai inisiatif penambahbaikan juga telah dan sedang giat
dilaksanakan selari dengan sasaran kementerian untuk mencapai penarafan
empat bintang menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011.
KDN cuma dapat 3 bintang je kalau jumlah yang paling cemerlang bermakna KDN ni cuma setakat baik je la agaknya, atau da hampir dekat buruk la tu. Gua suka dengar cita2 murni TS Mahmood ni cuma gua macam tak yakin je kalau KDN ni mampu ambil tindakan jika wujud salahlaku, kecuaian. bukan setakat KDN je gua tak percaya kementerian lain pun sama, yang gua lebih tak caya dan gua tak percaya ialah jabatan perdana menteri dan kementerian penerangan. Dua kememnterian ni paling ramai kaki belit dan pengampu.
Kementerian lain gua malas nak ulas sebab, bloger2 lain da banyak ulas, kes bela lembu la, kes beli kereta perisai la, kes beli vanicular la, kes beli kuda la dan macam2 lagi kes yang melibatkan duit rakyat. samada kena kapur atau kena songlap atau kena tibai ke gua da tak heran, sebab semua kementerian dalam kerajaan BN ni memang bermasalah, sebab diaorang ingat duit rakyat tu macam harta tebusan diorang aja, senang nak diperabis.
Gua cuma berminat nak tahu pasal apa berlakunya perbelanjaan melebihi peruntukan bagi bayaran perkhidmatan dan bekalan, aset serta pemberian. kita lihat ada 6 kementerian yang belanja lebih dari sepatutnya. gua tak faham kenapa ini boleh berlaku, alasan yang diberikan juga tidak menyakinkan, kemana kah duit rakyat ni pergi sebenarnya, apakah kerajaan BN begitu lemah dalam pengurusan sehingga lebih rm300juta dibelanjakan lebih dari peruntukan. Atau kakitangan dalam kerajaan ni tidak cekap membuat kira2 semasa memohon peruntukan. Dibawah ni gua senaraikan kementerian tersebut:
1.kementerian kesihatan lebih belanja 173.04 juta- yang ni gua boleh faham sebab nak agak kos kesihatan memang sukar tapi macammana pun kenapa jumlahnya terlalu tinggi.
2.Kementerian Dalam Negeri lebih belanja 56.83juta- yang ni gua tak faham kenapa begitu tinggi sangat apa Hisham tak pandai ke atau terlebih pandai. Kepada siapa sebenarnya lu bayar lebih ni Sham.
3.Kementerian Luar lebih belanja 52.68juta- yang ni lagi gua tak faham apa sebenarnya yang dibayar oleh kementerian luar sehingga lebih 52juta dari peruntukan asal, apa perkhidmatan dan bekalan atau yang kementerian ni bayar sebenarnya. apakah sewa hotel RM 120ribu yang dikecohkan sebelum ni termasuk dalam bayaran kementerian ni, kenapa byak sangat belanja lebih dari peruntukan.
Pelik betul gua tengok. lagi beberapa kementerian gua malas nak ulas gua cuma nak tanya Najib, Muhyidin, Hisham, Anifah apa semua ni. Terangkan kepada rakyat mana perginya duit rakyat ni semua.
Read more...