Followers
Tuesday, August 9
gambar bila anjing kepenatan menyalak
macam bercabag je lidah anjing ni
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mana-mana pihak termasuk pembangkang sepatutnya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keraguan membabitkan daftar pemilih untuk disiasat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia termasuk dakwaan kononnya penduduk tetap (PR) yang tidak layak mengundi turut berada dalam senarai pengundi SPR yang sah.
"Saya tidak jangka perkara itu boleh berlaku (PR dalam senarai pengundi). Sebab untuk mendaftar jadi pengundi, seseorang itu perlu mempunyai kad pengenalan biru.
"Jadi saya tidak tahu bagaimana orang yang tidak ada kad pengenalan biru ini boleh menjadi pengundi (seperti yang didakwa pembangkang)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan pembangkang bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2, 2011 adalah berstatus PR dan bukannya warganegara.
Terdahulu, Nazri menerima memorandum daripada sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang yang diketuai oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mendesak supaya diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan mengenai isu tersebut.