Ok dah selesai bapak transfomer bagi gula2, ada yang sambut metakedarah la lu orang cukup2, bagi gua sikit pun gua tak percaya kat puak2 ni, terutama bila dia nak felda di senaraikan kat bskl, mampus satu lagi bakal gls kena rembat cukong2 kapitalis, siapa bakal ketawa besar nanti kita lihat, gua yakin yang pertama tentu cukong2 Cimb, gua rasa lu tau siapa belakang Cimb ni, tak yah gua cerita.
Gua suka tengok salah satu intipati budjet ni, Dana pinjaman tekun akan dinaikan Rm150 kepada Rm300, lu agak lu boleh dapat tak pinjaman tekun ni, lu ada jadi ahli Umno tak, lu ada kerabat ketua cawangan, bahagian, atau mana2 ajk umno, lu ada kerabat dengan menteri atau mana2 orang2 yang berkaitan menteri, kalau lu tak ada, lu boleh hantar borang lepas tu tunggu la, jangan harap lu dapat. Lu boleh berangan sahaja untuk berniaga burger ke, goreng pisang ke, gua ulangi jangan harap.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.Lu boleh tengok je kereta ni terutama kalu lu ada dalam senarai Citos gua tak faham kenapa company ni boleh lagi beroperasi walaupun dah menjahanamkan ramai orang. dan Bank2 masih guna khidmat company ni.
Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. lu letak limit maksimum sampai 1juta sekalipun ada ke rakyat mampu beli rumah nak makan pun susah ni nak pinjam 2 3ratus ribu, isunya 51% gaji rakyat bawah RM2000 jadi bukan limit maksimum yang jadi masalah gaji yang nak bayar hutang tu yang jadi masalah.
Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP. betul manafaat kepada pencarum bagi gua dan beberap lagi kawan gua, mampus asik kena je dah la bisnes semakin lembab kena bayar caruman kwsp semakin tinggi, pening gua.
Elaun baru Ahli Parlimen
Ahli Parlimen akan diberi elaun baru bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak. Yang ni gua paling menyampah, macam sial, tidur kat parlimen naik elaun, ponteng tak masuk parlimen naik elaun,
Yang lain gua malas ulas penat gua taip je, cuma pada gua gula2 yang bapak tranfomer ni bagi tak de manisnya, sama je macam yang lepas2, gua nampak tak ada satu pun alternatif untuk mengatasi kebocoran duit rakyat, sebab itu isu besar, semakin besar peruntukan semakin besar kebocoran duit rakyat, yang kaya siapa, si haramjadah yang tadah poket kaut kebocoran duit rakyat ni.
Read more...