Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita
tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka
duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama
Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang
kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik
bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn
abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3
kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali
tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang
ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa
tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas
oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung
cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa
pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah
bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan
maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si
suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir
menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri
menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu,
abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya,
dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap
maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan
kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata
si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah,
"Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian umprono dan
abang perlukan 248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak..
Read more...