Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Thursday, September 8

Baca Quran pun nak ada permit ke?

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak mempunyai tauliah mengajar ataupun memberi ceramah agama di masjid dan surau seluruh negeri Selangor.
Sehubungan itu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil Khalid untuk memberi keterangan terhadap siasatan berhubung aduan bahawa beliau memberi ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang bulan lepas adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"YB Khalid Samad tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Majlis agama islam sesat ni dah hilang akal ke apa, orang nak berdakwa kena halang, lu orang tengok apa yang pengerusi ni kata kalid tidak boleh membuat apa-apa pengisian agama apa yang lu orang faham kalau gua faham la baca quran dalam masjid pun tidak dibenarkan sebab baca al quran pun termasuk dalam apa-apa pengisian agama. Apa dah semakin gila ke orang yang ada dalam Majlis ni,

weiiiiiii Yahudi mabuk kat tanah palestin pun tak teruk macam ni la weii, Majlis ni lebih teruk dari komunis ke apa,  di China negara komunis pun orang boleh buat tazkirah dalam masjid la weiii, apa lu orang lebih teruk dari komunis ke.

Larangan ni ada ke dalam hukum Islam, Apa yang lu takut dengan Islam ni, Majlis ni sebenarnya jaga apa, jaga manusia ke jaga Agama. Benda yang sepatutnya halal lu orang boleh haramkan lu orang lebih Handal dari Allah ke apa, lu orang mesti ingat lu orang bukan boleh menongkat langit sampai bila2. ingat hari ini lu ada kuasa lu anggap lu handal, ingat di Padang Mashyar nanti lu pasti dituntut kerana menghalang penyampaian ilmu.

Read more...

Ikan bilis nak belagak hero

Pihak berkuasa diminta membuat siasatan rapi tentang kemungkinan wujudnya rasuah dalam organisasi berita tertentu yang memberi laporan palsu berkaitan usaha pengambilalihan kuasa dan isu lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, isu yang mengaitkan 16 September itu berkemungkinan melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempengaruhi pengamal media agar tidak menyiarkan berita negatif tentang dirinya.

Ni apa cerita ni Fakrul ikan bilis menyebuk la pulak, nak publisiti la tu, mana la tau boleh dapat projek ke, jadi calon ke, ada lah peluang nak rembat apa2 yang boleh rembat nanti. Yang kelakarnya mamat ni tak berani la pulak namakan organisasi berita. Mamat ni kalau kat kampung gua macam becerita kat kedai kopi, atau mak cik2 yang suka cerita gossip2. serupa mengumpat la tu. lebih jelas buat fitnah.

weeiii  setahu aku media yang kaki sapu duit ni dan boleh dibeli ni media umprono, kalau pakatan punya keluar duit adalah, gua cabar la cuba buktikan mana blogger, atau media pr yang diupah. semua tanggung sendiri la weeiii.

Gua tengok la, mamat2 yang penderhaka yang tak diperlukan PR ni sekarang berlumba2 nak tonjol kan diri, masing2 mengharapkan agar pemimpin umno boleh nampak mereka, kalau di media umprono, berkokok sakan mentang2 la kebal, cakap apa sekali pun tak jadi masalah. Masa dalam PR dulu kecut sebab cakap sikit je kena spin silap2 duk dalam rumah tak beasap.

Read more...

Fatwa Ularmamk

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seharusnya dibiarkan terus banyak bercakap bagi membolehkan rakyat negara ini mengetahui dengan jelas tembelang sebenar perjuangannya dan rakan dalam pakatan pembangkang.

“Sebab itu, saya ingat tak perlulah tangkap dia, beri dia cakap banyak-banyak supaya kita akan tahu semua jenis orang di belakangnya. Ini rakyat harus tahu kerana kalau tidak, mereka terus tertipu sepanjang masa.

“Sekarang ini, dia (Mat Sabu) cerita hal betul dalam hati dia. Saya percaya, satu masa akan datang, kita akan dapat balas dengan cara yang halus tapi berkesan,”

Wahai pencacai2 semua dengar ini fatwa ularmamak tertinggi umprono berkata, jangan ada yang berani membantah, jangan ada yang gatal2 nak menyebuk, amanat ularmamak ni mesti la dipatuhi tanpa ada rasa ragu2 dan bantahan. Adalah mejadi satu kesalahan besar bagi yang membantah.

Pesanan ini juga ditujukan kepada pencacai2 media umprono, sila bagi ruang untuk Mat sabu berkata2 supaya rakyat dapat menilai siapa itu Mat sabu sbenarnya.

Apabila mahafiraun aka ularmamak berbicara hendak la dengar dengan taat dan mematuhinya, ingat taat dan patuh, Itu sahaj pesan ku mambang

Read more...

Najib n Zaki ada apa2 ke

Najib berkata, beliau hanya bersedia melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman tersebut apabila menerima undangan daripada Zaki sendiri.

Najib kata ada undangan dari zaki

Menurut Zaki, pertemuan minum petang itu bukan sesuatu yang dirancang sebagai satu acara dalam persidangan tahunan Majlis Hakim kali ini, tetapi mereka hanya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mahu melawat Istana Kehakiman pada minggu lalu.

zaki kata najib yang mahu melawat istana kehakiman

Jadi siapa yang bohong ni, Gua saja timbulkan isu ni sebab, kalau ketua hakim yang bohong macam mana rakyat boleh dapat pembelaan dari kaki kencing.
 Kalau Najib pulak yang bohong memang sah mamat ni tak layak jadi pemimpin, benda kecil pun nak tipu apatah lagi perkara besar.
Gua jugak hairan la Ketua hakim yang baru dilantik ni beria2 benar cover najib, kenapa ye, tak caya baca sini
Sedap ke ngeteh kat Istana kehakiman ni.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP