MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau.
Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.
“MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional.
“Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini.
Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini.
Bila isu ni timbul gua nak tengok sampai kemana ianya akan pergi tapi hari ni bila gua terbaca cerita ni gua terus mendapat gambaran
1. Sah Mca ni kafir harbi , dan kalau selama ni orang umno kata pas kawan dengan kafir harbi hari ni umno telah mejilat ludah dia kembali
2. Umno bacul, tak de seorang pun dalam umno mempertahankan Ayub ni, saja membiarkan Ayub bersendirian, ayub apa lagi cabut je la, kerusi lu pun gua rasa bakal pupus lepas ni. ni la dikatakan kawan meroyan ramai kawan menangis sendiri mahu ingat la.
3.Umno takut dengan mca, sekarang ni sekali lagi ludah umno makan tuan beb, nampak sangat umno terpaksa ikut telunjuk Mca, kaw-kaw member kena belasah umno menikus beb, terpaksa ikut telunjuk Mca, siapa sekarang taukeh umno ke Mca.
4.Siapa sekarang yang kuat menyalak pasal tak nak hudud, kahkahkah. Siapa sebenarnya kafir harbi, umno sila jawab.
Read more...