Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Dulu gua pernah menulis tentang projek lembu ni, dan gua rasa tak menjadi masalah tapi yang menjadi masalah adalah bila. Sekumpulan lembu menyuruh menteri lembu melantik lembu untuk membela lembu dan cuba melembukan satu Malaysia. tu masalah besar.
Kali ni pulak ketua lembu mengarahkan timbalan ketua lembu memantau menteri lembunya untuk melantik orang membela lembu. jadi apa cerita selama ni yang mengatakan fidlot nasional tu berjaya kenapa perlu lantik orang baru untuk membela lembu kan pelik namanya tu, biasanya nak lantik orang baru untuk satu projek yang dah bejalan sebab projek tu sakit atau bungkus. lu tengok kenyataan ini:
Antara lain, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan bahawa Barisan Nasional menganggap projek itu berjaya atas beberapa alasan seperti berikut:
Pusat Fidlot Kebangsaan telah membawa masuk sebanyak 8,016 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; kononnya bertepatan dengan sasaran untuk membawa masuk 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010;
Pusat Fidlot Kebangsaan telah menyembelih sebanyak 5,742 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; dan
Peruntukan dalam bentuk geran yang berjumlah RM13 juta dan pinjaman murah berjumlah RM250 juta belum diberikan sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.
Datuk Seri Noh Omar sewajarnya menyemak keseluruhan dasar dan sasaran kementeriannya sendiri sebelum membuat kenyataan tersebut, apatah lagi apabila projek Pusat Fidlot Kebangsaan adalah projek berimpak tinggi yang dikendalikan oleh kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Bermakna selama ni menteri ni berbohong pada rakyat la, atau pun mungkin selama ini dia ni menteri bangang yang tak tahu dia kena kencing dan akhirnya mengencing rakyat. Layak ke mamat ni menjadi Bakal menteri besar selangor, tak ke bakal lingkup selangor kalau dia yang pegang.
0 comments:
Post a Comment