Dalam gambar ni macam ada yang kurang lengkap la kalau diselitkan gambar Hassan 666 gua rasa baru lengkap beb. Tapi disebabkan ada gambar ustazah ummi dan ostad zul dah kira ok jugak la tu.
Gambar atas tak de kena mengena cerita dibawah saja bila terpandang gambar ni gua nak kongsi jr kegembiraan musuh Anwar semasa melaungkan tabiat sex Anwar
Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar)berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.
"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.
Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.
"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
0 comments:
Post a Comment