Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menawarkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia kepada Polis Diraja Malaysia bagi menghadapi perhimpunan haram anjuran Parti Keadilan Rakyat pada Isnin ini.
Katanya, beliau yakin polis mampu menangani sebarang kemungkinan semasa perhimpunan itu yang dijangka dihadiri ribuan penyokong parti itu pada hari mahkamah akan mengumumkan keputusannya dalam kes melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat.
"Oleh kerana PDRM mempunyai kekuatan anggota yang mencukupi, ATM yakin bahawa mereka boleh melaksanakan tugas menangani sebarang permasalahan yang timbul pada 9 Januari nanti.
"Namun jika situasi memerlukan ATM untuk membantu PDRM, kita sentiasa bersiap siaga demi keselamatan dan pertahanan negara bagi menentukan kerajaan yang sah, sistem perundangan yang telus, serta sistem demokrasi yang sedia dijalankan begitu lama oleh negara kita, akan dapat dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Ahmad Zahid meminta kedua-dua pihak, sama ada penyokong atau yang menentang perhimpunan itu, supaya berkompromi dan tidak mengadakan perhimpunan itu.
"Jangan fikir, mereka (penganjur) dapat sokongan semua pihak, ada pihak tak suka perhimpunan itu. Contohnya yang mewakili NGO, mereka juga akan rasa mereka ada hak untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap perhimpunan tersebut.
"Jika ini terjadi, maka keadaan akan menjadi lebih buruk. Pada masa ini pula, saya dengar penganjur perhimpunan itu telah adakan jerayawara seluruh negara, NGO-NGO ini juga akan lakukan perkara yang sama, jadi ini harus dihentikan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, penganjur perhimpunan perlu menerima saranan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang telah ditentukan dan terjamin keselamatannya.
"Saya juga suka mengingatkan kepada kepimpinan tertinggi mahupun anggota-anggota UMNO di peringkat akar umbi supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu nanti baik sebagai penyokong atau penentang bagi mengelak sebarang permasalahan yang timbul.
"Kepada NGO-NGO itu yang ingin lancarkan perhimpunan itu juga, saya harap fikirkan jalan terbaik supaya tidak berlaku pertembungan dua pihak,” katanya.
Lantak lu la Zahid, macam nak perang je bunyinya, cuma gua nak ingatkan yang lu nak hadapi tu rakyat Malaysia, anak2 yang tumpah darahnya di bumi Malaysia. Sampai nak guna tentera semua apahal lu beb, apa lu ingat rakyat Malaysia ni ganas2 macam lu ke.
Semua orang da tahu la beb, tak de seorang pun angota keselamatan yang cedera semasa rakyat mengada demonstrasi, kalau orang ramai yang cedera kena belasah dengan polis adalah. Jadi siapa yang ganas ni.....
5 comments:
Cakap sama zahid Hamidi boleh bla.Kalau tentera bersikap zalim mereka akan kita tentang.
Zahid Hamidi...kah kah kah kah ooopppppssss tuan haji....lupa!
Salam,
Yeeaaahhh perhimpuanan dah diHALALKAN!!!
Inilah jenis pemimpin negara menganggap rakyat sebagai 'musuh negara'... dia tak sedar diri dia jadi pemimpin pun pasal rakyat yang angkat dia...jom ramai2 kita jatuhkan pemimpim macam nih....
bro.. link kan blog lu dgn blog wa..
http://kopitarikkaw.blogspot.com/
Post a Comment