Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang seperti ingin menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak sebagai tidak realistik.
Malah, Perdana Menteri menegaskan, janji-janji tersebut merupakan resipi kepada kehancuran ekonomi negara.
"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira.
"Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.
Apanya yang tak realistik ni gua sendiri pun tak faham, realistik pulak bila nak bela lembu guna duit sampai rm250juta, bagi permata pintar sampai Rm111juta. belum lagi cerita kapal selam, jet pejuang, skandal maika, pkfz. Yang lain gua malas nak sebut lu boleh fikir sendiri.
Mrngenai resipi kehancuran ekonomi pulak bukan ke selama ini memang ekonomi Malaysia menuju kehancuran, dek perbuatan BN. Malaysia ni masih beruntung masih ada minyak, kalau tak dah lama da ekonomi Malaysia bungkus, Tu pun kerajaan BN masih leka, rakus nak memjahanamkan ekonomi.
Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan ‘perbelanjaan’ sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini? gua cilok dari sini
1 comments:
Cukai & Rasuah, bagaimana ia memberi kesan kpd anda?
https://fs9.formsite.com//kalam2b/files/f-0-1-6222314_EYgr82E9_rasuahdancukai.pdf
Post a Comment