Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, July 16

kenduri ruahan dan BERSIH

                                  
Kalau di Johor bulan Saaban ni bulan kenduri, tiap2 malam ada je tuan rumah jemput makan kenduri, alasanny selepas ni bulan Ramadan. roh2 saudara yg sudah meninggal dunia akan dibebaskan dan bekunjung kerumah2 saudara mara, gua tak tahu lak pulak ada nas atau hadis yg kata begitu tapi da macam jadi adat pulak bulan saaban bulan kenduri, kata orang jawa bulan ruahan, gua sendiri pun x tahu apa tu ruahan, mungkin mak gua tahu sebab dia org jawa, tapi gua x pernah tanya pulak, gua follow aje sebab gua fikir ada baiknya juga beri orang ramai sedekah makan.

Malam ni malam giliran rumah mak bapak gua buat kenduri, gua apa lagi buat2 sibuk la tolong masak, padahal sibuk tengok je, selepas selesai kenduri gua duk la beborak dgn org ramai, dalam ramai2 tu ada la seorang muda pakai baju warna kuning, gua ingat nak buat lawak gua tegur la mamat ni, bai lu salah hari la pakai baju kuning, esok baru kena pakai baju kuning. bila gua sebut je pasal baju kuning ada lah seorang pakcik ni terus menyinga, marah2, lepas tu sekolahkan gua pasal ambiga, last sekali dia ckp gua suka la kalau org sokong murtad, mula2 gua malas la nak layan tapi, adik gua bako2 gua, gua terus je jawab gua x pernah pun sokong ambiga, gua cakap gua x kenal pun siapa ambiga, tengok dari dekat pun x pernah, gambar adalah, gua cakap, gua mmg xheran pun kalau ambiga sokong murtad, sebab dia mmg terang2 kafir jadi memang la dia tak faham islam, kalau dia faham islam da lama dia masuk islam, tapi yang gua hairan kenapa pulak org islam tak halang murtad, malam ni tak pasal2 gua jadi penceramah pulak, gua sambung lagi.

Setahu gua da kita da buat 12 kali pilihanraya, 2 kali je BN tak menang mejoriti 2per3, bermakna da 10 kali BN menang mejoriti, kalau macm tu kenapa kita masih berpegang kepada kitab loard reid, kenapa kita tak mengubah perlembagan menghalang org islam murtad. Kenapa pulak kita dulu boleh derhaka kepada raja2 melayu dengan mudah membuang kekebalan raja2 dan meletakkan raja2 melayu di kedudukan sekarng. Boleh pulak BN ubah perlembagaan, isu murtad merupakan isu yang lebih besar kepada org islam kenapa x berani pulak buat perubahan. Jadi salah ambiga ke, BN tak de salah ke, UMNO tak salah ke, memang Isu raja2 melayu pun isu besar juga, kalau tak percaya gua suruh tanya Ibrahim Ali, bila gua sebut nama ibrahim ali berdekah2 org kat situ ketawa ada yg nyanyi lagu katak si katak lompat lagi, pak cik td terus terdiam. gua sambung ceta lain pulak lepas itu ceta pasal perhimpunan bersih, pasal polis. panjang juga la gua cerita gua tgk ramai terpegun sebab sebelum ni diorg dgr dari tv n paper je.

Dari pengamatan gua rupanya perhimpunan bersih ari tu cukup berjaya ramai org ambil pot tentang perhimpunan tu, ramai gak yg simpati, kalau la begini impak dari perhimpunan bersih mmg patut la umprono kecut perut.

3 comments:

ISA July 16, 2011 at 2:31 AM  

Salam bro;

Syabas atas keberanian lu sekolahkan pakcik umno tu...

harap2 PRU-13 Johor pun tumbang jugak...

ISA July 16, 2011 at 2:35 AM  

Lagi satu beb, perenggan pertama bab kenduri... dah jadi budaya setempat beb... hukum sunat jelah... kah.. kah...kah....

Kalau buat orang kampung kenyang, jimat belanja dapat makan free... hahaha.. kalau tak buat makan kat rumah sendiri jelah... ngeeeee.....

Gua dengar lagu Rabbani, "PERGI TAK KEMBALI".. orang Johor dengar lagu siapa pulak bro...???

Dah pergi boleh kembali pulak... kih..kih...kih...

Apa pun selamat berkenduri buat lu sekeluarga....

Johor Born July 16, 2011 at 12:02 PM  

kat johor pergi balik,pergi balik bn juga yg menang

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP