Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, July 15

Anwar pengkhianat negara


Anwar pengkhianat negara
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.
Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.
"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.
Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.
"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.
"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.
Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.
"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.
"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.
Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.
"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.

Saja gua copy paste artikal dlam utusan ni bukan apa saja nak lu org pikirkan kata-kata warga emas yg da kena penyakit nyanyuk bercakap merapu x tentu pasal ni, Pakcik-pakcik semua boleh x duk diam kat rumah takpun g la ke masjid kubur da kata mari rumah da kata pergi,, tak reti2 ke nak mulakan hidup baru, cuba la cermin diri tu, negara kita ni da jadi tunggang terbalik, penuh dgn maksiat, fitnah, rasuah, pecah amanah. ni ke yg pakcik2 semua nak tingalkan kepada generasi selepas ketiadaan pakcik2. Dah la tu pakcik2 kan dulu da puas aniaya org tak sedar2 lagi ke.

1 comments:

ISA July 15, 2011 at 1:19 AM  

Salam bro;

biasalah cakap2 orang pencen bro... hahaha..

bro, blog gua tak dapat diselamatkan sepenuhnya... google dah banned domain co.cc tanpa warning.

Gua hanya sempat import data suku jer... selainnya kena buat baru.

Lu nak layan blog gua guna link ini.

http://ikutsukaakuisa.blogspot.com

tq

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP