BANYAK kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor akan melakukan pilihan raya
secara berasingan dengan pilihan raya Persekutuan.
Ini terbukti apabila terdapat ura-ura
pilihan raya Persekutuan akan diadakan pada bulan Jun atau Sepetember
2012, Khalid terpaksa menggunakan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar
Ibrahim untuk menukar nada. Kini Anwar dilaporkan berkata beliau
berharap kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pilihan raya secara
berasingan dengan Persekutuan.
Secara politiknya, keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan "politik
penting diri" PR. Dengan mengadakan pilihan raya selepas pilihan raya
Parlimen, ia akan membolehkan mereka menganalisis kelemahan dan kekuatan
menerusi keputusan pilihan raya Parlimen di Selangor. Ini akan
dijadikan kayu ukur dan juga data dalam membantu mereka mengekalkan
pemerintahan di negeri Selangor.
Namun bagi sebahagian besar masyarakat, pilihan raya berasingan antara
Selangor dan Persekutuan akan menambah beban kewangan dan kepayahan
kepada masyarakat. Menurut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat
pertambahan kos sebanyak RM30 juta sekiranya Selangor memutuskan untuk
mengadakan pilihan raya secara berasingan.(petikan artikal Khir Toyo)
Gua ingat penjenayah ni dah masuk dalam rumah free rupanya ujud lagi dia ni, Hai Rm30 juta untuk keseluruhan rakyat selagor lu nak kecoh, Beli rumah sampai RM3.5juta untuk lu laki bini tak pe pulak. Orang kalau dah busuk sampai bila pun orang dah tak nak la beb. Percaya pada penjenayah yang didapati bersalah oleh mahkamah macam percaya jerung tak kan makan orang.
0 comments:
Post a Comment