OLEH:
BUDAK CHINI
PERWAKILAN
KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 3)
Koi
bersyukur kerana Allah menggerakkan hati sekumpulan manusia kerdil dalam Parti
PAS untuk berusaha mendapatkan injuksi bagi menjaga kepentingan peneroka di dalam
Koperasi Permodalan Felda. Dengan bajet yang kecil, doa yang ikhlas dan
sokongan ramai warga Felda melalui solat hajat di seluruh Negara, Isa dan
gerombolannya sekali lagi menemui halangan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan
membenarkan usaha manusia kerdil ini menghalang EGM daripada membincangkan
berkenaan pelupusan apa-apa aset KPF kepada FGVH. Takbir!
Sekali
lagi koi nak ajak aouk-aouk teliti draf Janji PR untuk warga Felda yang
bertemakan “Menghargai Budi Yang Telah Menyemai Bakti”. Setahu koi ini baru
drafnya dan eloklah kita nanti pengumuman di mana kita boleh memberi
maklumbalas untuk memperbaiki manifesto PR untuk warga Felda yang mana kita
masing-masing akan sama-sama memastikan PR melaksanakan janji dibuat atau PRU14
mereka akan ditendang keluar:
JANJI 5: MEMARTABATKAN KEPIMPINAN PENEROKA
PR merakamkan pujian kepada Ketua Peneroka
Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin Othman dan
rakan-rakannya di dalam Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang mengetuai
peneroka-peneroka dan penerokawati di 11 Wilayah Felda di atas keberanian
mereka mempertahankan hak mereka untuk dibawa berbincang berkenaan isu-isu
melibatkan aset Felda dan kepentingan peneroka. Peranan mereka dan lain-lain
pemimpin peneroka dalam rancangan Felda seperti peranan Imam Masjid diakui dan
akan sentiasa dimasukkan pandangan mereka di dalam perancangan masa hadapan
Felda. Budaya menghormati dan permuafakatan bersama bakal menjadi tonggak utama
pemerintahan PR dalam mentadbir Felda dan walau sehebat mana sekalipun kertas
cadangan kapitalis untuk memajukan Felda, pandangan orang-orang lama Felda
tetap diutamakan berbanding gaya kepimpinan Pengerusi Felda hari ini.
PR berhasrat untuk meningkatkan lagi
martabat pemimpin peneroka melalui cara berikut:
·
Ketua Peneroka Kebangsaan diberikan
kemudahan, gaji dan elaun bulanan setara dengan Pegawai Kontrak Gred N52 - VU7
·
Naib Pengerusi JKKR Wilayah diberikan
kemudahan, gaji dan elaun bulanan setara dengan Pegawai Kontrak N44 - N54
·
Naib Pengerusi JKKR Rancangan diberikan
elaun RM1000 sebulan
·
Imam/Pegawai Masjid diberikan elaun RM1000
sebulan dan tajaan Umrah sekali bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun
·
Kenaikan elaun AJK Masjid kepada RM250
sebulan dan tajaan Umrah sekali bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun
·
Meningkatkan bilangan wakil peneroka di
dalam Lembaga Pengarah Felda kepada 2 orang peneroka dan 1 penerokawati
·
Menjamin sekurang-kurangnya bilangan wakil
peneroka di dalam Ahli Lembaga Pengarah KPF kepada 50% setiap masa
·
Menjamin perlantikan sekurang-kurangnya 2
orang wakil peneroka atau penerokawati di dalam semua anak-anak syarikat Felda
PR memahami budaya Felda yang mementingkan
keharmonian, kebersamaan dan mengutamakan warga Felda sendiri berbanding
mengejar kemajuan terlalu pantas yang mengakibatkan warga Felda sendiri
terpinggir dan jawatan utama dimiliki mereka yang tidak memahami hasrat warga
Felda. Kemajuan mengikut acuan Felda mengikut formula yang ditinggalkan Arkitek
Felda iaitu YM Tan Sri Raja Muhammad Alias akan dikembalikan di dalam ‘Blue
Print’ pembangunan Felda.
JANJI 6: MEMARTABATKAN KEPIMPINAN, SAHSIAH DAN EKONOMI BELIA
FELDA
PR berhasrat untuk memartabatkan
kepimpinan, sahsiah dan ekonomi belia Felda melalui Janji-Janji seperti
berikut:
·
Membina Wisma Belia yang menempatkan
pejabat-pejabat persatuan dan NGO belia Felda seperti Majlis Belia Felda
Malaysia (MBFM), Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Persatuan Usahawan
Generasi Felda (PUGF) dan Belia 4B
·
Geran tahunan sebanyak RM3 juta kepada MBFM
dan RM1 juta kepada lain-lain persatuan bagi menjalankan aktiviti masing-masing
·
Peruntukan Tabung Belia sebanyak RM1 juta
setiap wilayah Felda. Kelulusan khas sehingga RM25,000 setiap permohonan di
peringkat wilayah bagi program yang memerlukan peruntukan segera
·
Elaun khas Presiden dan Timbalan Presiden persatuan
sebanyak RM2500.00 sebulan dan elaun Exco-Exco sebanyak RM1500.00 sebulan
·
Elaun Pengerusi Belia Wilayah sebanyak
RM1000.00 sebulan (MBFM sahaja)
·
Peruntukan Tabung Usahawan sebanyak RM20
juta bagi kelulusan segera tanpa penjamin sehingga RM10,000 setiap pemohon dan
kelulusan dengan penjamin sehingga RM25,000 setiap pemohon. Permohonan melebihi
had memerlukan jaminan dan sokongan pejabat wilayah Felda
·
Tajaan Umrah kepada 50 orang pemimpin belia
Felda setiap tahun dan tajaan adalah sekali seorang seumur hidup
·
Tajaan Lawatan Sambil Belajar kepada 50
orang pemimpin belia Felda setiap tahun
·
Penubuhan Majlis Ekonomi Belia Felda bagi
membincangkan hala tuju dan gerak kerja usahawan dan pendapatan belia Felda
·
Penubuhan Majlis Kepimpinan dan Sahsiah
Belia Felda bagi membincangkan masalah-masalah semasa sosial dan kebajikan
belia Felda dan rangka kerja mengatasi masalah tersebut dan program sukan,
kebajikan dan kerohanian belia Felda
·
Memperkasakan Koperasi Permodalan Felda 2
dengan suntikan modal tambahan sebanyak RM10 juta sebagai modal perniagaan asas
dan KPF akan mendahulukan pembelian pemilikan 5% dalam anak syarikat Felda
tertentu. Wakil KPF 2 juga berpeluang menduduki kerusi Lembaga Pengarah
syarikat tersebut untuk menjaga kepentingan KPF 2
0 comments:
Post a Comment