Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Friday, October 26

APA TU HUDUD (SIRI 3)


5.0 AL-HUDUD

5.1 RIDDAH

Perbuatan keluar dari agama Islam oleh orang Islam yang mukallaf dinamakan riddah dan orang yang melakukannya dinamakan Murtad.

Riddah berlaku kerana salah satu sebab dari tiga sebab yang berikut:

  1. Rosaknya keyakinan hati, atau
  2. Mengucapkan perkataan-perkataan kufur, atau
  3. Melakukan perbuatan-perbuatan kufur.
Perbuatan Riddah dikira sah apabila seseorang tidak memperakui Allah adalah Tuhannya, Rasulullah adalah utusan-Nya, tidak mempercayai kewujudan Hari Kiamat, tidak mempercayai Qada’ dan Qadar, tidak mempercayai kewujudan Malaikat, dan tidak memperakui kesahihan Al-Quran, di mana ia melibatkan keguguran iman seseorang apabila melanggar Rukun Iman. Penafian atau menentang perintah Allah seperti Solat lima waktu, mengerjakan Haji, menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, mengerjakan cara pemujaan atau sembahyang agama lain juga termasuk dalam perbuatan Riddah.

SYARAT-SYARAT RIDDAH
Riddah baru dikira sah apabila mempunyai syarat-syarat yang berikut:

  1. Yang melakukan riddah adalah orang Islam. Tidak dikira murtad orang yang beragama Yahudi memasuki agama Nasrani atau dan lain-lainnya.
  2. Yang melakukan riddah adalah orang dewasa.
  3. Yang melakukan riddah adalah berfikiran waras. Kanak-kanak atau orang gila yang murtad tidak dikira sah, oleh kerana itu ia tidak dikenakan hukuman had.
Tetapi kanak-kanak yang murtad wajib dikenakan hukuman ta’zir bagi mencegahnya untuk menjadi murtad lagi.
  1. Perbuatan Riddah itu dilakukan dengan sengaja, bukan kerana tersalah atau terlupa dan bukan kerana paksaan. Perbuatan riddah yang tidak sengaja atau terpaksa adalah tidak sah dan orang yang melakukannya tidak bersalah. Sebagai contoh kisah ‘Ammar bin Yasir daripada keluarga Yasir yang diseksa oleh golongan Arab Quraisy dikepalai Abu Jahal. ‘Ammar mengaku dengan lidah keluar
  2. Perbuatan riddah itu meyakinkan dan tidak meragukan sama sekali. Mempunyai bukti-bukti yang terang, dengan pengakuan atau dengan persaksian yang adil saksama. Seseorang tidak boleh dituduh secara melulu.
UQUBAH ATAS ORANG MURTAD
Orang murtad adalah halal darahnya, dan wajiblah dikenakan hukuman mati. Dalilnya ialah:

Ibn Mas’ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tidak halal darah seseorang muslim melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: Kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan (muhshan* yang berzina) dan membunuh jiwa seseorang.”
(Hadith Muttafaq ‘Alaih)

Cara membunuh orang murtad ialah dengan memenggal lehernya dengan pedang, berdasarkan hadith berikut:
Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asy’ari di Yaman, tiba-tiba di sisinya terdapat seorang lelaki. Mu’az berkata: Apa ini? Abu musa menjawab: Seorang lelaki Yahudi memeluk Islam kemudian ia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali ke dalam Islam semenjak dua bulan. Kata Mu’az: Demi Allah, aku tidak akan duduk sebelum kamu penggal lehernya, lalu orang itupun dipenggal lehernya. Berkatalah Mu’az: Allah dan Rasul-Nya memutuskan bahawa barangsiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu bunuh akan dia.” (Diriwayatkan Ahmad)

TAUBAT ORANG MURTAD
Sebelum melaksanakan hukuman mati, seorang murtad disuruh bertaubat, lalu jika ia bertaubat maka taubatnya diterima dan gugurlah ia dari hukuman mati.

Akan tetapi, jika ia tidak mahu bertaubat, maka ia dikenakan hukuman mati itu. Para ulama’ tidak sependapat dalam hukum Istitabah (menyuruh taubat) terhadap orang murtad:

1) Sebahagian besar para fuqaha berpendapat bahawa hukum menyuruh orang murtad bertaubat sebelum dibunuh adalah wajib. Termasuk dalam golongan yang berpendapat demikian ialah mazhab Maliki, Hambali, Asy-Syafi’e, Syi’ah Zaidiah, Ath-Thauri, dan Al-Auza’i.
2) Abu Hanifah dan pendapat lain dari yang di atas berpendapat bahawa istitabah itu hanya sunat.
3) Golongan mazhab Zahairi pula berpendapat, bahawa istitabah itu bukanlah kewajipan dan bukanlah satu larangan.
4) Al-Hasan Al-Bashri, Thawus dan lain-lain lagi berpendapat, bahawa orang murtad itu wajib dibunuh segera dan tidak perlu diberi tempoh untuk bertaubat. Pendapat ini bertentangan dengan dalil-dalil yang sah.

Mengenai tempoh taubat pula para ulama’ berselisih pendapat pula. Ada yang mengatakan tiga hari, sebulan dan ada yang mengatakan lebih daripada itu. Tempoh bertaubat sebenarnya tidak ada dalil yang sah yang membataskan tempoh itu, semuanya bergantung pada ijtihad hakim.

AKIBAT-AKIBAT RIDDAH
Selain dari uqubah (hukuman mati terhadap golongan murtad) sepertimana yang telah dinyatakan, maka riddah menimbulkan akibat-akibat hukum yang berikut:

1. Hubungan perkahwinan menjadi putus.
Apabila salah seorang suami atau isteri murtad, maka terputuslah perkahwinan antara kedua-duanya. Pemutusan perkahwinan kerana riddah ini ikira sebagai Fasakh.

2. Kehilangan hak perwalian
Orang yang murtad tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam dalam apa bidang sekalipun.

3. Kehilangan hak pusaka
Orang murtad menurut hukum kedudukannya adalah lebih rendah daripada kafir biasa, maka ia kehilangan hak untuk menerima pusaka dari keluarganya.

4. Kehilangan hak persaksian
Orang yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang Islam yang fasiq tidak diterima sebagai saksi. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi walaupun ia kafir Zimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang Islam yang hendak meninggal dunia dalam perjalanan apabila tidak ada orang Islam.

5. Kehilangan hak dalam pimpinan dan jawatan
Jika seorang yang murtad itu telah menjadi pemimpin bagi orang Islam, maka secara hukum telah kehilangan peranannya dan sudah tidak berhak lagi untuk memimpin dan mengurus orang Islam.

5.2 PEMABUKAN

PENGERTIAN KHAMAR (ARAK)
Khamar ialah sesuatu yang memabukkan, yang merosakkan akal sama ada cecair yang dinamakan arak atau pepejal yang dinamakan candu. Semua bahan yang sifatnya memabukkan dan merosakkan akal dinamakan khamar, dari bahan apapun ia dibuat.

MINUM KHAMAR ADALAH DOSA BESAR
Khamar adalah ibu dari segala kejahatan dan kejijikan, meminumnya termasuk salah satu dosa besar, bahkan iman peminumnya diragui.

UQUBAH KE ATAS PEMABUKAN
Tiada sebarang perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ mengenai hukuman rotan yang wajib dikenakan atas peminum arak, cuma mereka berbeza pendapat mengenai jumlah sebatan itu.

1. As-Syafi’e berpendapat, bahawa sebatan itu adalah 40 kali sebatan.
Pendapat ini didasarkan kepada Hadith, Riwayat Muslim, bahawa ‘Ali r.a merotan Al-Wahid bin Uqbah sebanyak 40 kali rotan kemudian beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. telah merotan 40 kali rotan, Abu Bakar merotan 40 kali rotan dan Umar 80 kali rotan, semuanya berdasarkan sunnah, dan saya lebih menyukai ini (40 kali rotan).

2. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laith, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari Asy-Syafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum arak ialah 80 rotan.

ALAT UNTUK MEROTAN PEMINUM
Tiada sabit dari Rasulullah s.a.w. bahawa beliau menetapkan alat-alat yang tertentu untuk memukul peminum arak. Kadang-kadang beliau memukul dengan selipar, kadang-kadang dengan pelepah tamar, kadang-kadang dengan rotan dan pelepah tamar, kadang-kadang dengan tangan dan selipar.

SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN
Untuk melaksanakan hukuman (uqubah) atas peminum arak disyaratkan syarat-syarat yang berikut:

  1. Peminum hendaklah berfikiran waras.
  2. Peminumnya hendaklah seorang dewasa. Kanak-kanak tidak dikenakan hukuman had rotan, tetapi ia dikenakan hukuman Ta’zir menurut ketentuan hakim.
  3. Dengan sengaja meminum arak.
  4. Peminum mengetahui bahawa yang diminumnya adalah arak.
SABITNYA KESALAHAN
Kesalahan pemabukan ini disabit melalui salah satu dari dua cara:

  1. Dengan pengakuan oleh peminumnya sendiri.
  2. Dengan persaksian oleh dua orang saksi yang adil.
HUKUM BERUBAT DENGAN KHAMAR
Sepakat para ulama’ bahawa arak haram hukumnya dan termasuk salah satu dosa besar. Tiap-tiap sesuatu yang diharamkan minumnya, maka haramlah ia dimakan, diperniagakan dan dihadiahkan walaupun kepada orang bukan Islam, dan haram pula dijadikan ubat-ubatan.

HUKUM MENCARI REZEKI DENGAN KHAMAR
Setiap orang mukallaf wajib mencari rezeki untuk menyara hidupnya dan keluarganya. Ia termasuk ibadat. Oleh kerana khamar diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan ia pula termasuk dalam dosa besar yang diancam dengan uqubah dan ‘iqab, maka haramlah mencari rezeki dengan khamar itu. Pengharaman ini meliputi semua pekerja di kilang-kilang khamar, pengangkutan, ladang-ladang kepunyaan kilang atau pengusaha khamar, kedai-kedai khamar, pengusaha import dan eksport khamar dan sebagainya.

Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bahawa Allah mengharamkan penjualan khamar, bangkai, babi, dan patung-patung berhala.”
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP