Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lalu seperti mana yang didakwa parti pembangkang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, berkata jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lalu.
"Perkara ini sudah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai pembabitan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan…
- Haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara
- Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di manasebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas
- Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama
- Umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda
Jadi menteri umno yang selama ni menyalak sakan mengatakan bersih tu haram kencing la atau diorang ni tak tahu baca, atau bingai masa dengar Dr abdul shukor bercakap. apa la lu ni mashitah lu boleh la pulak hentam balik bos-bos lu yang selama ni lu jilat sampai licin dahi diorang, apa punya pengampu lu ni, makan tuan la beb. buat malu bos-bos la beb.
1 comments:
hati muda terimakasih kembali bro
Post a Comment