Parti-parti pembangkang dinasihatkan supaya tidak mencetak logo masing-masing secara bersama pada poster kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP masih belum menerima kelulusan rasmi daripada Pertubuhan Pendaftar (ROS).
“Mereka ada maklumkan kepada kita bahawa pendaftaran sudah dibuat namun berdasarkan pemeriksaan dengan ROS, SPR dimaklumkan permohonan itu masih belum diluluskan.
“Sekiranya berlaku (mencetak poster secara bersama) SPR akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan saya akui ia bakal memberi masalah kepada petugas SPR kelak," katanya di sini hari ini.
Double standard!!!!!
Yang ros pulak kenapa lambat sangat nak beri kelulusan, dulu masa umno dibatalkan bukan main cepat luluskan umno baru tak sampai berminggu-mingu pun
UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988.
Sebaik sahaja UMNO diharamkan ketika masa pada 4 Februari 1988, maka UMNO lenyap dibumi fana ini, itu adalah hakikat dan reality. Matinya UMNO ketika itu UMNO pupus sebagai komponandiantara parti menganggotai BN. Semua yang mewakili UMNO yang diharamkan itu, menganggotai kabinet dan sebagainya adalah diatas nama individu sebagai AP, ADUN atau Ahli Senat. .
Apa-apa pun lahir selepas mati haki secara teknikal ianya adalah sah mati mutlak. Kerana mati parti dan haram parti UMNO Asal, tidaklah matinya seperti mati Altantuya disebabkan peledak peletup C4. Manakala haramnya UMNO Asal, tidaklah umpama haram babi, bukan haram jadah. Mereka berebut kepejabat Pertubuhan untuk menubuh satu parti baru. Untuk dibawa masuk, dipertimbangkan agar sah menganggotai komponan BN, menerusi parti yang baru daftar, menerusi sijil pendaftaran baru (kalau ibu yang melahir anak, sijil lahir baru).
Diatas kepintaran dan nasib menyebelahi Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamed mantan Presiden UMNO Malaysia. Beliau bergabong dengan beberapa mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Makanya permohonan pendaftaran umNO(Baru) pada 13 Februari 1988 dilakukan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertbuhan pada hari yang sama iaitu 13 Februari 1988 kalau tidak salah ingatan saya (maaf, kalau terlupa tarikh). Dikemukakan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pihak Dr Mahathir menghantar permohonan kepada BN. Dewan Tertinggi BN menerima keanggotaan parti yang baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan iaitu parti umNO(Baru) menjadi komponan BN yang baru pada 16 Februari 1988.
Nampak sangat kan haram jadahnya umno mepermainkan agensi kerajaan sesuka hati mak bapak dia. Apa umno cukup bacul nak belawan secara anak jantan dengan pakatan melalui pilihanraya dua parti. Apa Spr dan Roc dah jadi parti komponen Umno ke
0 comments:
Post a Comment